wirid-doa-selepas-sembahyangAMALAN yang wajib di dalam Islam tidak banyak, tetapi yang sunat itulah yang lebih banyak. Justeru itu untuk mencari pahala dan darjat di sisi Allah SWT,hendaklah kita banyak mengamalkan amalan-amalan sunat. Antara amalan sunat yang mudah untuk kita lakukan berwirid dan berdoa selepas sembahyang.

Di saat hati yang hening selepas sembahyang, canaikan lagi hati kita dengan ayat-ayat yang berbentuk pujian kepada Allah SWT, meminta kemaafan dan keredhaan, serta meminta pertolongan dan perlindungan.

Moga-moga dengan ini, Allah SWT akan sentiasa bersama kita dalam menempuh segala onak dan duri di dalam kehidupan. Dan yang lebih penting, moga-moga ia menjadi saham kita di akhirat nanti

Penerbit: Jahabersa
Harga: RM3