Starting reading this book.
Price: RM15
KITA diciptakan dengan sebaik-baik kejadian. Amanah sebagai khalifah ALLAH S.W.T bagi mentadbir bumi ini menunjukkan betapa istimewanya kita. Sungguhpun begitu, perlulah beringat selalu bahawa hidup kita tidak akan sunyi daripada ujian ILAHI dan juga godaan as-syaitonirrajim. Dianugerahkan hati serta akal yang waras demi memandu kita menuju ke jalan yang benar lagi diredhai.
Hati yang dilindungi tulang rusuk menunjukkan raja anggota tubuh ini dijaga dengan teliti oleh Sang Pencipta. Begitulah diumpamakan kita untuk memeliharanya daripada dicemari sebarang noda. Baik buruk akhlak dan turun naik tahap keimanan kita tertakluk pada corak pemerintahan hati yang berkuasa. ALLAH S.W.T tidak memandang harta dan rupa tetapi kebersihan hati serta amalan hamba-NYA.
Selami pengisian Terapi Hati ini agar kita lebih berwaspada. Usah dibiarkan kuman-kuman mazmumah mengerumuni hati lantas memakannya sedikit demi sedikit. Bimbang andai hati menjadi buta, segala suruhan agama tidak dipeduli namun yang ditegah pula semakin digemari. Hapuskanlah karat-karat dosa yang menghitam di hati dengan kembali mendekatkan diri kepada DIA yang Maha Esa.
Antara kandungan menarik
• Jagalah Hati
• Ketinggian Takwa
• Derhaka Dalam Taat
• Kesan Pengabaian Hati
• Kehidupan Orang Soleh
• Mengapa Hati Terhijab
• Terapi Hati Indah Peribadi
• Renungan Untuk Perhatian
•Sifat Mahmudah dan Mazmumah
• Jadikan Hati Sebagai Khazanah Berharga
Comments are closed.