Dulu…
Dulu saya fikir solat dhuha dan membaca zikir itu pembuka pintu rezeki. Dulu juga saya fikir, rezeki itu apabila ada wang, gaji yg besar, banyak tender yang masuk, Banyak simpanan di bank, banyak aset seperti kenderaan, tanah,rumah
Kesemuanya soal harta dan kekayaan
Setelah mencari dan mengetahui lebih mendalam apa makna rezeki dalam Islam, ternyata saya tersasar besar…
Ternyata, langkah kaki yg *dimudahkan untuk hadir ke majlis ilmu*, itu adalah rezeki.
Langkah kaki yg *dimudahkan untuk solat berjemaah di masjid*, adalah rezeki.
Hati yg Allah jaga *jauh dari iri, dengki, dan kebencian*, adalah rezeki
Ada *teman yang soleh dan saling mengingatkan dalam kebaikan*, itu juga rezeki
Ketika *ujian datang penuh getir penuh kesusahan dibantu Allah*, itu juga rezeki.
Mempunyai *orang tua yang sakit* ,ternyata itu adalah rezeki, kerana ianya adalah merupakan ladang amal pembuka pintu syurga bila kita Ikhlas mengurusnya.
*Tubuh yang sihat*, adalah rezeki… Bahkan apabila *diuji dengan sakit*, itu juga bentuk lain dari rezeki kerana sakit adalah *penggugur dosa*.
Dan mungkin akan ada jutaan senarai lainnya bentuk rezeki yang kita tidak sedari…
*Suami Isteri dan anak anak sihat* itu rezeki,
*Anak-anak pembelajarannya lancar dan cerdik* itu rezeki.
*Hidup aman bersama sama jiran tetangga* itu rezeki.
Walhal apa yang harus kita waspada ialah ketika hidup kita cukup, penuh dengan kemudahan dan kebahagiaan, padahal begitu banyak hak Allah yang belum mampu atau tidak kita tunaikan… 😔
Mari sebarkan kebaikan dan nikmati rezeki yg Allah amanahkan kepada kita.
*ۚﻭَﻣَﺎ ٱﻟْﺤَﻴَﻮٰﺓُ ٱﻟﺪُّﻧْﻴَﺎٓ ﺇِﻻَّ ﻣَﺘَٰﻊُ ٱﻟْﻐُﺮُﻭﺭِ*
*_… Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu._* (Al-Hadid – 57:20)
Berkongsilah ilmu walaupun satu huruf… Aaminn ya Robb…😁👍
Comments are closed.