MUHASABAH DIRI. BUAT SETAKAT MAMPU…INSHA ALLAH
- Bangun awal 4 pagi. Dalam suasana dingin dini dan sunyi.
- Mulakan hari dengan mengadu pada Allah SWT.
- Mandi sebelum subuh. Mandi antara maghrib dan Isya’
- Mulakan perjalanan awal pagi dengan pergi ke rumah Allah.
- Baca al Quran walaupun selembar cuma. Semak tafsir.
- Exercise awal pagi sekurang kurangnya 30 minit.
- Membaca sekurang kurangnya 100 muka surat sehari. 100 -150 buah buku setahun.
- Baca Hadith dan Sirah setiap hari. Sedekah walaupun rm1.
- Menulis sekurang kurangnya 1000 patah perkataan sehari.
- Bekerja secara produktif denga tekun 6 jam sehari.
- Kurangkan makan. Makan makanan sihat. Minum banyak air.
- Usah ambil kisah apa orang kata. Usah jadi bulldozer orang.
- Utamakan keluarga. Berikan kasih sayang melipah ruah. Peluk Isteri, sayangi suami.
- Solat awal waktu. Belajar agama berguru.
- Puasa isnin khamis. Banyakkan istighfar.
- Belajar melalui youtube -1 jam sehari.
- Bina perbualan agung dengan orang hebat.
Melabur dalam networking mahal. - Sentiasa tulis log budi. Usaha balas budi.
Doakan ayah bonda walaupun mereka telah tiada. - Usah banyak sembang kencang dan gebang meroyan.
- Kejapkan silaturahim dalam apa jua cara sekalipun. Muliakan semua orang samada yang tua mahupun yang muda.
- Tidur selepas Isya’ dalam keadaan lapar.
Tidur “relatif masa” 8 jam. Ada “25 jam” sehari.
Maafkan semua orang. Hidup tenang tanpa beban.
Comments are closed.