Saya memang berminat dengan buku-buku rahsia tarikan ni  iaitu Law Of Attraction.
magnetimpiandankejayaanBuku ini bakal membantu anda:

Apabila anda membaca buku ini nanti, anda akan membaca 2 bahagian dalam buku ini.

Bahagian pertama, anda akan mempelajari maksud seperti Hukum Tarikan (Law of Attraction), bagaimana hukum tarikan ini berkesan di dalam hidup anda, contoh kisah sebenar bagi pengamal hukum tarikan ini dan fakta-fakta tentang Hukum Tarikan (Law of Attraction) ini.

Manakala, bahagian kedua adalah bahagian terpenting di dalam buku ini. Di mana, saya tunjukkan kepada anda bagaimana menggunakan hukum tarikan ini langkah demi langkah.

Nasihat saya, jangan langkau satu langkah pun untuk anda mencapai impian yang anda hajati apabila mengamalkan hukum tarikan ini.

Langkah 1 – Percaya Dan Terima: ‘Pemikiran Menghasilkan Realiti’

Dalam langkah pertama ini, saya minta ada untuk mempercayai bahawa hukum tarikan ini adalah wujud. Apabila anda sudah boleh mempercayai dan menerima hukum tarikan ini, ia akan bertindak terhadap anda apabila anda menggunakannya.

Langkah 2- Pembersihan Minda: Buat Ruang Untuk Penghasilan

Untuk langkah kedua ini, anda perlu mengosongkan pemikiran yang usang dan lusuh atau kepercayaan tidak boleh kepada hukum tarikan ini. Pastikan anda sudah mengosongkan fikiran negatif supaya mudah untuk hukum tarikan ini meresap ke dalam diri anda.

Langkah 3 – Apa Yang Anda Inginkan

Dalam langkah ini, anda perlu memasang impian yang anda betul-betul mahukan. Bukan impian seperti melepaskan batuk di tangga. Maksud saya, anda perlu memasang impian yang anda ingin capai dalam hidup yang bakal menggembirakan hidup anda.

Langkah 4 – Bentukkan Gambar Yang Jelas Tentang Apa Yang Anda Mahu

Jangan abaikan langkah ini ! Dalam langkah ini, saya tunjukkan satu persatu bagaimana anda membentuk gambaran impian yang anda mahukan. Baca, ikut dan buat !

Langkah 5 – Fokus Terhadap Impian Anda

Hukum tarikan membawa kesan yang besar terhadap pengamalnya. Sekali anda menarik impian ke dalam diri anda, ia akan menterjemahkan impian itu menjadi realiti. Tugas anda, anda sentiasa fokus kepada impian yang anda buat. Jangan lari daripada impian anda !

Langkah 6 – Fokus Yang Berterusan Terhadap Impian Anda

Langkah tambahan daripada langkah kelima. Fokus langkah keenam adalah konsisten dengan pembinaan impian yang anda buat !
Kunci utama untuk kosisten adalah memasang impian yang sama sehingga impian itu tercapai. Jangan fikirkan impian lain selagi impian yang anda bina sekarang tidak tercapai.

Langkah 7 – Tutup Minda Anda Kepada Keraguan Dan Ketakutan

Jangan biarkan impian anda terkubur begitu sahaja dengan ketakutan dalam diri anda ! Dalam langkah ini, saya tunjukkan 4 perkara utama untuk anda atasi perasaan ragu dan ketakutan mencapai impian anda.

Langkah 8 – Bersyukur

Orang yang bersyukur adalah orang yang berasa cukup dengan apa yang dia capai. Tindakan seterusnya ketika menggunakan hukum tarikan ini adalah bersyukur.

Bersyukur dengan hajat yang tercapai. Dan bersyukur dengan hasil yang sedikit walaupun matlamat impian itu masih jauh.

Langkah 9 – Bertindak Dan Bawa Visi Anda Ke Dalam Tindakan

Langkah paling penting di dalam bahagian kedua buku ini. Jangan abaikan langkah ini !
“Orang berjaya adalah orang yang melakukan tindakan.”
Rancang tindakan anda. Dalam langkah ke sembilan ini, saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana memulakan tindakan selepas anda memasang impian yang mahu ada capai.

Langkah 10 – Kongsikan Pesanan Ini Dan Dapatkan Hasilnya

Apa yang anda mahu, perlu dibalas dengan kemahuan anda itu.
Sebagai contoh, anda mahukan kekayaan wang. Anda perlu berikan wang kepada orang ramai. Anda mahukan kebahagiaan. Anda perlu memberi kebahagiaan kepada orang ramai.
Sebagai permulaan, apakah tindakan yang perlu diambil oleh anda untuk mencapai kekayaan dan kebahagiaan ini?
Dalam langkah ke sepuluh ini, saya tunjukkan caranya.

Langkah 11 – Program Minda Dengan Hipnosis

Maksimumkan kuasa magnet impian dan kejayaan dengan hipnosis.
Dalam langkah ke sebelas ini, saya kongsikan kepada anda bagaimana hipnosis ini mempercepatkan anda mencapai impian dengan hukum tarikan.
Apabila anda memberi arahan yang betul kepada pemikiran anda, anda telah menghipnosis diri untuk terus mencapai impian tanpa berfikir panjang lagi.

 

Harga: RM39.90