Harga: RM19
Penulis: Muhadir Haji Ijol

Buku ini memaparkan sekelumit daripada kisah-kisah benar Rasulullah SAW dan orang-orang soleh yang telah mewarnai kehidupan mereka dengan ketaatan dan ubudiyah kepada Allah SWT.

keajaiban-firasatSebahagiannya pernah diceritakan kepada kami oleh Masyaikhunal Kiram dalam majlis ilmu mereka termasuklah Sheikh Abdul Aziz bin Ahmad al-Fathoni al-Makki, Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki, Sheikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki, Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki dan masyaikh yang lain.

Kisah-kisah dan cerita-cerita ini juga dimuatkan dalam beberapa kitab tulisan para ulama dan asatizah yang dinyatakan sumbernya dalam buku ini. Semoga Allah SWT memberikan ganjaran yang sempurna kepada para ulama dan asatizah yang telah menulis kisah-isah yang baik ini dalam kitab-kitab mereka dan menjadikan ia bermanfaat kepada seluruh umat, Amin.

Jika Allah SWT menyebutkan bahawa kisah merupakan salah satu cara yang efektif untuk menghiburkan hati, di samping memberi pengajaran, sebagai peringatan dan memberi pengharapan, maka tentulah kisah dan cerita orang soleh yang merupakan pewaris para nabi juga mempunyai kesan yang sama.
Kisah-kisah sebegini sangat perlu untuk diceritakan dan dimanfaatkan terutama sekali pada zaman moden ini yang hati-hati selalu dikotori dunia dengan segala keindahan, kebendaan dan kelalaiannya, agar ia kembali sedar dan insaf betapa perlunya mengharapkan didikan Ilahi untuk menuju kehidupan yang hakiki.