FENOMENA-FENOMENA YANG BERLAKU TANPA KITA MENYEDARI DUNIA SUDAH SEMAKIN HAMPIR KE PENGHUJUNGNYA

1. Ramai memiliki rumah besar tetapi anggota keluarga semakin kecil.

2. Anak-anak ramai semakin bijak tetapi akhlak semakin rendah.

3. Perubatan semakin canggih tetapi penyakit semakin banyak.

4. Melancong keliling dunia tetapi tidak kenal tetangga berdekatan.

5. Pendapatan semakin meningkat tetapi ketenteraman jiwa semakin kurang.

6. Kualiti ilmu semakin tinggi tetapi kualiti emosi semakin rendah

7. Manusia semakin banyak tetapi rasa kemanusiaan semakin menipis.

8. Pengetahuan semakin luas tetapi adab semakin tidak terkawal.

9. Ramai kawan di dunia maya tetapi tidak mempunyai teman sejati.

10. Minuman semakin banyak jenisnya tetapi air bersih semakin kurang.

11. Jam tangan pelbagai jenama tetapi tidak pernah tepati masa.

12. Ilmu semakin tersebar tetapi fikiran semakin sempit.

13. Pembelajaran semakin mudah tetapi guru tidak lagi dihargai.

14. Teknologi dan informasi semakin canggih tetapi fitnah dan aib semakin berleluasa.

15. Orang yang rendah ilmunya banyak bicara tetapi yang tinggi ilmunya banyak terdiam.

Renung-renungkanlah…

(Dipetik daripada majlis ilmu)