Entah kenapa, rasa tergerak hati aku ni nak baca buku especially ramai yang mengaku menjadi jutawan mlm kat Malaysia. Kalau di dada majalah atau akhbar pasti anda lihat gambar seseorang bergambar didepan kereta mewah mereka. Ini semua sinonim dengan perniagaan mlm. Mesti ada gambar seseorang bergambar dengan kereta mewah mereka. Macam pelik pulak. Tak de pula yang bergambar dengan duit mereka yang berkepuk atau bergambar di depan bank atau at least dengan akaun bank mereka.
Tapi tak pe, untuk pembelajaran, nak tahu gak apa isi kandungan nya. so bacalah sinopsis dibawah.
Sinopsis
Tahukah anda? 20 peratus daripada 500 ribu jutawan Amerika terlibat dalam bisnes MLM. Manakala 35 peratus jutawan di Malaysia adalah jutawan MLM. Nilai bisnes MLM melebihi 100 bilion USD dan lebih 40 juta rakyat seluruh dunia berkecimpung dalam bisnes MLM.
Lahirnya buku ini adalah satu daripada khazanah panduan MLM yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh para usahawan jualan langsung (MLM). Saya memerhatikan bahawa setiap usahawan yang gigih dan aktif, kadang-kadang tidak mengetahui tentang teknik-teknik yang berkesan dalam membina perniagaan MLM. Mereka yang sepatutnya mendapat didikan yang secukupnya daripada upline ataupun penaja dibiarkan tanpa panduan yang betul.
Tidak kurang juga ada upline yang begitu mengambil berat dan bertanggungjawab terhadap downline. Kehadiran buku ini, dapat menambahkan lagi khazanah ilmu pengetahuan mereka untuk berjaya dalam MLM. Apabila kita perhatikan dengan lebih mendalam, dapat dibuat kesimpulan iaitu potensi jualan langsung amat memberang-sangkan. Jumlah jualan industri jualan langsung sedunia kini melebihi USD80 bilion.
Manakala di Malaysia pula, jumlah jualan industri jualan langsung melebihi RM4 bilion. Angka ini memberikan satu petanda yang positif bahawa sudah tiba masanya MLM (Multilevel Marketing / pemasaran pelbagai peringkat / jualan langsung) menjadi sebuah industri yang terhebat di dunia. Abad ke-21 adalah milik MLM.
Dahulunya iaitu sekitar tahun 70-an, MLM dipandang hanya sebelah mata. MLM pada waktu itu dianggap kelas bawahan dan sudah tentu pengedarnya dipandang hina. Ini terjadi kerana MLM pada waktu itu adalah konsep jualan dengan cara mengetuk pintu dari rumah ke rumah. Kini, MLM sudah berubah dengan pesatnya. Seiring dengan zaman IT dan telekomunikasi, perniagaan jualan langsung ini dapat dijalankan dengan menggunakan kemudahan IT dan telekomunikasi.
Bahkan, industri ini dipandang mulia kerana melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya dan bertaraf jutawan melebihi industri lain. Saya amat berbesar hati jika anda dapat mengamalkan setiap kandungan dalam buku ini.
Buku ini dibahagikan kepada 5 bahagian:
Bahagian 1: Mengenali MLM
Ramai orang berminat menyertai MLM. Tetapi masih banyak yang mereka tidak tahu. Oleh itu, bahagian ini memperkenalkan MLM, panduan memilih syarikat MLM, komitmen dalam MLM dan yang paling penting, bolehkah mereka menjadi jutawan MLM.
Bahagian 2: Kelebihan MLM
Apabila anda menyertai MLM, sebenarnya banyak kelebihan yang anda perolehi. Bahagian ini menerangkan lebih lanjut kelebihan-kelebihan itu.
Bahagian 3: Cabaran dan Persiapan
Setiap perniagaan ada cabarannya yang tersendiri. Bahagian ini memberi panduan bagaimana menghadapi cabaran dalam MLM dan persiapan yang perlu anda lakukan. Antaranya, apa yang perlu dibuat apabila pelanggan menolak dan persediaan emosi dan sikap.
Bahagian 4: Menaja dalam MLM
Bahagian ini menekankan teknik menaja dalam MLM. Antara topik yang menarik ialah 5 langkah penajaan yang baik, teknik menaja ala helang, teknik jualan, power closing, home party dan teknik peniruan yang kreatif.
Bahagian 5: Motivasi MLM
Dalam bahagian ini diberikan beberapa tip dan teknik bagi memotivasi diri mereka yang terlibat dalam MLM. Antaranya bagaimana mengatasi rasa takut, teknik kuasa minda, bagaimana memotivasi downline dan dalil-dalil mengapa anda perlu terlibat dalam MLM.
Di dalam buku ini juga ada dimasukkan panduan-panduan ringkas dan ditandakan dengan beberapa ikon tertentu.
Harapan saya semoga dengan lahirnya buku ini, dapat memberikan cahaya bagi kegelapan. Biarpun suluhan cahaya itu tidak seterang mana, sekurang-kurangnya melalui cahaya yang sedia ada, dapat dijadikan penyuluh pada malam hari. Fahamilah sedalam-dalamnya.
Mohd Rozani bin Pawan Chek
Isi Kandungan
Sekapur Sireh
Bahagian 1 : Mengenali MLM
1. Asal-usul MLM
2. Bolehkah Menjadi Jutawan Melalui MLM?
3. Prasyarat dalam Memilih Syarikat
4. Apa yang Tidak Perlu dalam MLM?
5. Komitmen Anda dalam MLM
Bahagian 2 : Kelebihan MLM
6. Keuntungan Membeli dan Berniaga MLM
7. Makan Gaji atau MLM?
8. Kebebasan Kewangan dalam MLM
9. Keluhan yang Biasa Kita Dengar
Bahagian 3 : Cabaran dan Persiapan
10. Rintangan yang Bakal Anda Hadapi
11. Mudahkah Menjalankan MLM?
12. Tugas Anda
13. Bersedia Alam Emosi dan Sikap
14. Rahsia Memikat Hati Pelanggan
15. Apabila Pelanggan Berkata Tidak
16. Perlukah Anda Menjadi Super Salesman?
17. Ciri-ciri Orang Berjaya dalam MLM
Bahagian 4 : Menaja dalam MLM
18. Ciri-ciri Bakal Tajaan yang Berkualiti
19. Persediaan Sebelum dan Sewaktu Menemui Prospek
20. 5 Langkah Penajaan yang Baik
21. Sebab-sebab Penolakan
22. Teknik Menghadapi Penolakan
23. Alasan yang Bakal Anda Terima
24. Menaja Ala Helang
25. Cermin
26. Power Closing
27. Home Party
28. Perlukah Menaja Ramai Downline?
29. Persediaan Home Party
30. Apakah yang Perlu Dilakukan Selepas Menaja?
31. Anda Sebenarnya Bukan Menaja
32. Peniruan yang Kreatif
Bahagian 5 : Motivasi MLM
33. 4 Ketakutan
34. Jadikan Perniagaan MLM Anda Lebih Penting
35. Mengapa Downline Tidak Aktif?
36. Apa Itu Service?
37. Teknik Kuasa Minda
38. Bina Impian
39. 50 Dalil Mengapa Anda Perlu Terlibat dalam MLM
Biodata Penulis
Â