BERITA KEMATIAN.
Setiap hari kita mendengar berita kematian.
Hari ini kita mendengar kematian orang.
Mungkin esok orang mendengar berita kematian kita.
Ada sesiapa yang tidak percaya dia akan mati bila-bila masa sahaja daripada sekarang?
Percayalah..
Sebenarnya kita hidup ..
hanyalah untuk mencorak kematian kita.
maka coraklah kematian itu dari sekarang..
Persiapkanlah kematian itu dari sekarang..
Jika persiapan untuk akhirat tidak dimulakan dari sekarang,
maka, Bila lagi?
Kadangkala kita terlalu sibuk dengan kehidupan.
Sibuk dengan urusan dunia kita.
Dunia dan dunia..
Sehingga kita lupa bahawa
kita bakal mati satu hari nanti.
Bila-bila masa sahaja..
Dimana-dimana sahaja..
Tanyalah diri kita sendiri, apabila waktu itu tiba,
Apakah persiapan kita?
Sudah cukup kah persiapan kita?
Kemanakah kita selepas itu?
Ingatlah mati..
kerana melupakan mati itulah kematian jiwa
manakala mengingatinya itulah kehidupan yang sebenar..
3 rahsia kematian yang mungkin tidak kita sedar :
1. Rahsia WAKTU :
Kita tak akan pernah tahu..
Bila kematian akan menjemput kita..
2. Rahsia TEMPAT :
Kita tak akan pernah tahu..
Di mana kematian akan menjemput kita..
3. Rahsia CARA :
Kita tak akan pernah tahu..
Dengan cara apa kematian menjemput kita..
ALLAH Subhanahu Wata’ala merahsiakannya
agar kita selalu membuat persiapan setiap waktu dan saat…
Jangan menunda-nunda amal ibadah..!!
Jangan menunda-nunda taubat..!!
Jangan menunda-nunda kebaikan diri..!!
Janganlah tertipu dengan usia MUDA
kerana syarat Mati, TIDAK harus TUA..
Jangan terpedaya dengan tubuh badan yang SIHAT
kerana syarat Mati, TIDAK harus SAKIT
Jangan terbuai dengan Harta Kekayaaan..
kerana yang kaya pun tidak pernah menyiapkan kain kapan buat dirinya meskipun cuma selembar
Teruslah berbuat BAIK,
berfikir yang BAIK-BAIK,
berkata yang BAIK-BAIK,
Memberi nasihat yang BAIK
Meskipun TIDAK banyak orang yang mengenalimu dan
Tidak suka dengan nasihat mu
Cukup lah اللهِ yang
mengenalimu lebih daripada orang lain.
Semoga kita semua sentiasa bergerak di atas landasan kehambaan yang sebenar dalam menuju kepada Tuhan..
Ya ALLAH, Ringankanlah lisan kami mengucapkan
“LAA ILAA HAILLALLAAH” di saat Sakaratul Maut datang.
Aamiin ya Rabbal’alamin..
Semoga diakhir hayat kita dikurniakan HUSNUL KHOTIMAH..
Mati dalam keadaan suci dari DOSA..
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
“Apabila ajal datang padamu maka tidak sejengkal bumi dan tidak pula sebidang langit yang dapat melindungimu.”
(Imam As-Syafie)
Comments are closed.