*السلام عليكم ورحمةالله وبركاته*

_*Salam Subuh*_☪

*Agama adalah Seluruh Kehidupan*

Agama adalah seluruh kehidupan.
Ada yang lahir ada yang batin.
Iman, Islam dan ihsan adalah patinya atau ajaran terpokok.
Pecahan dari tiga aspek tadi yang merupakan satu pakej jadilah agama itu luasnya seluruh kehidupan.
Adakalanya disebut hablumminallah wahablumminannas.
Hablumminallah adalah asas dan tapak agama dari Tuhan.
Hablumminannas adalah cabangnya atau buah daripada hablumminallah.
Ertinya agama itu ia berlaku dan mesti berlaku
di mana-mana.
Di dalam masjid sudah tentu semua orang tahu.
Ia berlaku di pejabat, di pasar, di tengah masyarakat, di dalam perjuangan, di dalam kebudayaan dan perhubungan.
Di rumah tangga, di dalam perhubungan, di dalam negara atau antarabangsa.
Berlaku di dalam jiran tetangga, di dalam pendidikan formal atau tidak formal.
Berkasih sayang, rasa bersama, bekerjasama,
bersatu-padu adalah agama.
Di dalam perhimpunan, di dalam perayaan, di dalam mesyuarat, di dalam bersukan mesti ada agama.
Bertimbang rasa, perikemanusiaan, bertolak ansur, berlapang dada, itu agama juga.
Di waktu memandu di jalan raya, membersihkan bandar, ketika bertugas menjadi nelayan, bekerja di kilang, semuanya agama.
Mentadbir negara, menjaga negara, menjaga keselamatan dan keamanan juga agama.
Berkawan, berkenalan, berbual, makan, rehat-rehat, tidur dan baring adalah agama.
Begitulah luasnya agama, tidak seperti yang difaham selama ini oleh kita.
Tanggapan ramai orang Islam agama itu hanya semata-mata.
ibadah rukun Islam serta sunat-sunatnya.
Kalau agama itu berlaku di mana-mana selagi berlaku syariat Tuhan sebagai disiplinnya itu ibadah umumlah namanya.
Ertinya agama atau ibadah itu berlaku di udara, di darat, di laut, di hutan, di bukit, di gunung, di padang pasir, selagi ada manusia.
Kalau agama berlaku di mana-mana ertinya ibadah umum berlaku di mana-mana sahaja selagi ada manusia.
Sekiranya agama berlaku di mana-mana sahaja selamatlah manusia.
Kerana maknanya agama itu ‘tidak kacau’
mengikut bahasa Sanskrit.
Ertinya orang beragama tidak huru-hara di dalam kehidupan.
Ertinya aman damai, harmoni, bahagia.
Tapi makna agama itu telah dipersempit maka manusia hidup huru-hara di mana-mana bahkan berlaku di masjid.
Kerana itulah umat Islam hina di mana-mana
kerana agama yang diamalkan selama ini adalah sempit.