6 Perkara BILA KITA UBAH AKAN MENARIK BANYAK REZEKI DATANG KEPADA KITA

Apa yang perlu diubah ialah Dalaman kita. Bila kita ubah dalaman, maka luaran akan mudah menerima.

1. Ubah niat.
Niat utk menjadi sebaik baik manusia, yang memberi manfaat buat ramai orang. Nak membantu ramai orang.

2. Jujur dan bercakap benar.
Kejujuran akan membina kepercayaan. Orang mudah urusan bila ada trust.

3. Sentiasa berakhlak mulia.
Kita baik orang sayang, malah dicintai oleh Allah swt. Tak perlu tunjuk baik depan org, tapi jadi lah baik untuk dapatkan redha Allah swt.

4. Sentiasa menepati masa.
Buangkan tabiat melengah dan tidak menepati masa. Mulakan dengan Solat di awal waktu. Bila kita perbaiki Solat Allah swt akan perbaiki hidup kita.

5. Sentiasa menjaga tutur kata.
Apa yang kita kata mencerminkan peribadi sendiri. Elakkan berkata buruk, kata kesat, menyindir dan memerli, mengumpat dan seangkatan dengannya.

6. Menjaga Minda Sentiasa Positif.
Sentiasa berfikiran positif. Fikir, cakap dan doakan yang baik-baik sahaja.