Kita ada 3 kehidupan.

  1. Public life.
  2. Private life.
  3. Secret life.

Public life adalah kehidupan kita sehari-harian. Bergaul dengan siapa, bekerja, melepak berkongsi di media sosial dan seumpamanya.

Private life adalah kehidupan kita bersama keluarga. Hubungan kita dengan isteri. Hubungan kita dengan anak-anak. Hubungan kita dengan ibubapa, mertua, adik-beradik, saudara mara.

Secret life adalah rahsia kita dengan Allah sahaja. Tahajud kita. Sedekah dan amal jariah yang kita tak pernah cerita dekat orang. Waima suka meletakkan semangkuk air untuk anjing jalanan yang kehausan, itu antara secret life kita jika kita tidak pernah berkongsi dengan sesiapa hal itu.

Hanya kamu dan Tuhanmu sahaja.

Public life ini, banyak yang fake. Kita kongsi pada dunia apa yang kita nak dunia tahu tentang kita. Kita hanya akan paparkan yang terbaik, yang molek-molek, yang bahagia, yang sempurna agar pandangan awam pada kita itu baik.

Dan private life, mereka yang terdekat dengan kita sahaja tahu bagaimana sebenarnya perangai kita. Yang tidak diceritakan orang.

Bukan semua yang bahagia, baik dan molek itu yang kita paparkan pada public life menggambarkan private life kita. Ada orang hanya kelihatan bahagia di alam maya. Di pandangan orang luar sahaja.

Sedangkan orang yang berdekatan dengan kita menderita dengan perangai kita. Anak isteri, ibu ayah dan adik-beradik tahu sebenarnya kita ini bagaimana.

Dan yang paling berharga dalam hidup ini ialah secret life. Hubungan kita dengan Allah. Masa kita bersendirian sujud dan doa. Masa kita benar-benar menghulur tanpa sesiapa tahu melainkan kamu dan Tuhanmu.

Orang yang memiliki secret life yang berkualiti, automatik private life dia turut sama berkualiti. Walau pada pandangan awam, pada public life dia kelihatan biasa-biasa dan tiada kelebihan, namun orang terdekat dalam circle private life dia sangat menghargainya.

Kerana dalam ketiga-tiga pecahan itu, secret life adalah jantung utama. Elok yang itu, elok semua, InsyaAllah.

Itulah antara perkongsian dari Prof Dr Muhaya pada kami semalam. Aku tokok tambah untuk menyesuaikan kata-kata beliau namun maksud asalnya tetap sama.

Sama-sama kita renungkan. Sama-sama kita perbaiki public life, private life dan paling utama secret life.

Kita semua pendosa yang mengimpikan Redha Allah & Syurga.

Begitulah….

TolongDoaUntukSaya

StayAtHome

FightCovid19