20 TIP TENANG1. Solat di awal waktu dan langsung tidak meninggalkan solat lima waktu. Orang yang jaga solat, InshaAllah Tuhan akan menjadikan jiwa kita lebih tenang dan damai.2. Perbanyakkan doa dan mohon kepada Tuhan supaya diberi ketenangan jiwa. Doa yang sungguh-sungguh, bukan sekdar doa di media sosial atau sekadar menadah tangan sahaja.3. Tidur awal atau tidur yang mencukupi serta mempunyai waktu rehat yang sempurna.4. Jangan menangguhkan kerja. Kalau kerja yang terlalu banyak, buat sedikit demi sedikit sehingga siap. Susun perjalanan seharian supaya lancar dan sempurna. 5. Banyakkan senyum dan ketawa. Atau bangkitkan perasaan yang boleh membuatkan kita tersenyum seperti tengok video lawak di Youtube, baca majalah humor, imbau kenangan manis dan sebagainya.6. Sentiasa “move on” dan lupakan kenangan pahit.7. Sentiasa menjadi insaf pemaaf yang sentiasa memaafkan orang lain. Biarlah orang buat jahat kepada kita, sentiasalah menjadi insan pemaaf yang tidak berdendam.8. Jangan sesekali mencari masalah atau berbalah dengan orang lain termasuklah rakan di media sosial, ibu bapa, adik-beradik, jiran, rakan pejabat dan lain-lain. Jaga percakapan dan penulisan. 9. Kalau ada duit lebih, pergilah bercuti dalam atau luar negeri. Lagi baik kalau pergi melakukan ibadat umrah di tanah suci.10. Sayangi binatang peliharaan, bayi, kanak-kanak dan orang tua. Sentiasa hormat kepada orang lain dan merendah diri.11. Banyakkan bersedekah dan melibatkan diri dengan aktiviti sosial setempat. 12. Sentiasa bersyukur dengan apa yang telah kita miliki. Bukan dengan perkara yang belum kita miliki.13. Sentiasa mencintai kerjaya atau apa yang kita buat.14. Jangan paksa diri buat perkara yang kita tidak mampu buat. Kalau terpaksa juga buat, buatlah dengan rela dan ikhlas.15. Sedar bahawa dunia ini adalah persinggahan. Bahawa akhirat adalah tempat yang kekal abadi. 16. Jangan berhutang. Atau kalau terpaksa berhutang juga, pastikan hutang itu tidak membelenggu hidup kita.17. Berbelanja mengikut kemampuan. Bukan ikut kemahuan. Biar hidup sederhana. Asal jiwa tenang dan bahagia.18. Perbanyakkan amal ibadat dan jauhi maksiat. Contohnya solat rawatib, solat Dhuha, solat Tahajud, baca Quran. Dalam masa yang sama jauhi perkara maksiat yang menjadikan jiwa kita gelisah.19. Hadiri majlis ilmu. Belajar, belajar dan belajar.20. Banyakkan riadah dan bersukan.Wahai JIWA2 yang TENANG… 😞SENYUM…