Ustaz

Spread the love

Dr whatsapp…

Ustaz dicaci orang tak bising…

Ustaz dihina orang tak bising..

Ustaz diherdik orang tak bising… 

Ustaz dipukul orang tak bising…

Ustaz disaman orang tak bising…

Niat Ustaz sering disalah ertikan…
Ustaz korban masa dan tenaga untuk pelajar orang tak pandang…

Ustaz korban perasaan untuk pelajar orang tak pandang…

Ustaz korban perasaan anak2 dan keluarga untuk pelajar orang tak pandang…
Ustaz buat segala kebaikan untuk pelajar orang tak pandang…

Pengorbanan Ustaz orang tak pandang…

Niat Ustaz sering disalah ertikan…
Di madrasah ;
Ustaz sentiasa ingatkan pelajar

Supaya sentiasa menghormati ibubapa… 

Sentiasa mengenang jasa ibubapa…

Sentiasa menyayangi ibubapa…

Jangan bercakap kasar dengan ibubapa… 

Jangan biadab dengan ibubapa…

Jangan melawan ibubapa… 

Jangan derhaka pada ibubapa…

Supaya berkhidmat kepada ibubapa…
Tapi segelintir sahaja ibubapa yang ingatkan anak 

Supaya hormati Ustaz…

Supaya mengenang jasa Ustaz…

Supaya menyayangi Ustaz… 

Supaya tidak bercakap kasar dengan Ustaz…

Supaya tidak biadap dengan Ustaz… 

Supaya tidak melawan Ustaz…

Supaya tidak derhaka pada Ustaz…

Supaya berkhidmat kepada Ustaz…
Gaji Ustaz yang sering diungkit…

Hadiah untuk Ustaz yang sering diungkit…

Cuti Ustaz yang sering diungkit…

Rotan dan denda yang sering di salah ertikan…
Seorang dua Ustaz yang buat silap,

Semua Ustaz kena kutuk… 

Seorang dua Ustaz yang buat salah, 

Semua Ustaz kena hina… 

Ustaz pun manusia biasa….
Orang yang bukan Ustaz ;

Mungkin kurang memahami perasaan Ustaz…

Mungkin kurang memahami hati Ustaz…
Orang tak tahu…
Bila tiba hari PIBG& REPORT KAD,

Ustaz bersusah payah untuk siapkan segalanya demi memastikan majlis berjalan lancar…
Bila tiba hari anugerah kecemerlangan,

Ustaz bersusah payah untuk siapkan segalanya demi untuk pelajar yang cemerlang..
Bila dekat hari raya, Ustaz bersusah payah dan letih membawa pelajar kesana sini demi untuk pelajar dapat meraikan majlis jemputan…
Orang tak tahu,
Ada Ustaz yang menitiskan air mata kerana terharu ada dikalangan pelajar yang berjaya khatamkan 30 juz Al-Quran…
Ada Ustaz yang menitiskan air mata kerana terharu ada dikalangan pelajar yang berjaya selesaikan syahadah 30 juz Al-Quran…
Ada Ustaz yang menitiskan air mata kerana terharu ada dikalangan pelajar yang kenang jasa Ustaz dengan berkhidmat di madrasah dimana dia belajar…
Orang tak tahu…
Ustaz dikata kejar nama….

Ustaz dikata kejar duit…

Ustaz dikata kejar pangkat…

Ustaz dikata kejar glamour….

Ustaz dikata cinta dunia…

Ustaz nampak senang sikit dikata kejar dunia…
Wahai Ustaz…

Biarkan apa orang nak kata…

Biarkan apa orang nak cerca…

Biarkan apa orang nak nista…

Biarkan apa orang nak hina…
Bukan pujian yang Ustaz pinta..

Bukan sanjungan yang Ustaz damba..

Bukan darjat yang Ustaz puja..

Bukan hadiah yang Ustaz paksa..

Tetapi keberkatan ilmu dan redho Allah yang Ustaz inginkan drpd pelajar.
Serahkanlah saja pada yang Maha Esa.
Satu huruf seseorang itu belajar ilmu dengan mana2 Ustaz, selamanya dia Ustaz kita. (Walaupun ustaz kampung je)
Kepada sahabat2 kami yang bergelar Ustaz dan Guru.
Terima kasih USTAZ DAN Guru

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...