Tips tenang dan redha dalam bisnes

Spread the love

Tips tenang dan redha dalam bisnes jika dilanda ujian :

1. Yakin Allah tu ada
2. Allah tak pernah terlepas pandang kita walaupun sesaat. Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat. Yakinlah bahawa kita tak pernah terabai walau sedetik
3. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang
4. Mahasuci Allah dari kesilapan. Allah tak pernah silap dan tak akan pernah buat silap
5. Allah sangat dekat. Pertolongan Allah juga dekat. Jika Allah nak tolong, tak kan pernah lewat walau sesaat, dan tak akan cepat walau sesaat. Namun jika Allah tak mahu tolong, takkan ada apa daya pun akan dapat tolong.
6. Allah Maha Mengetahui sedangkan kita tak tahu. Barangkali kamu menyukai sesuatu tapi ia tidak baik untuk kamu. Barangkali kamu tidak suka akan sesuatu, namun ia baik untuk kamu. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita dan masa yang terbaik untuk anugerahkan kurniaanNya itu. Dan Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk kita walaupun kadang-kadang dalam keadaan kita tak suka sesuatu itu. Bahkan disebalik kejadian yang paling malang sekalipun masih ada kebaikan disebaliknya jika kita tahu..
7. Allah pilih kita untuk terima ujian ini. Untuk menghapuskan dosa kita dan untuk naikkan darjat kita. Bersyukurlah atas kurniaan ujian itu..
Ucaplah Inna lillahi wainna ilaihi rajiun jika mendapat musibah.
Boleh saja Allah menukar sesuatu yang buruk kepada yang baik dengan kekuasanNya jika Dia mengkehendaki namun kita sebagai hambaNya kena sentiasa sabar, tenang dan redha atas tiap kejadian sambil sentiasa berdoa supaya diberikan kebaikan dunia dan akhirat sama ada berkaitan dengan hal kita ketahui, atau tidak kita ketahui..
Orang berjaya adalah orang yang TENANG, bukan yang sentiasa meroyan bila ditimpa musibah.

Kredit: Abd Hakim Awang D’apple

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...