Spread the love

Seorang ayah sebelum dia meninggal dunia panggil anak dia dan berkata “Ini motor yang atuk kamu bagi, dah berpuluh tahun usianya, tapi sebelum ayah bagi kat kamu, kamu pergi kedai motor dan cakap kamu nak jual, tengok dia offer berapa harga”

Anak dia ni pun pergi lah kedai motor. Balik tu dia cakap kat ayah dia, “Kedai tu nak RM1500 je ayah, sebab dah lama sangat dan berkarat”. Ayah dia pun suruh dia pergi kedai besi buruk dan offer motor tu. anak dia balik dan cakap “Ayah, lagi teruk, dia nak RM100 je.

Ayah dia suruh pergi Muzium pulak dan tawarkan motor tu. Dia pun pergi muzium dan balik dalam keadaan excited, dia cakap kat ayah dia “Ayah, dia offer RM100K ayah untuk motor ni”.

Ayah dia terus jawab “Anakku, ayah suruh kamu buat semua ni sebab ayah nak kamu tahu, tempat yang betul akan value kamu dengan betul, jangan letak diri kamu di tempat yang salah. Marah diri kamu kalau tak dihargai . Jangan tinggal di tempat yang tak sesuai.”

Pengajaran dari cerita ini ialah “Tahu value diri kamu, jangan biar orang pijak diri kita”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...