Syamail Muhammad S.A.W – Keperibadian Rasulullah

Spread the love

syamail+muhammadSYAMAIL MUHAMMAD S.A.W. : Keperibadian Rasulullah” merupakan satu karya terbaik mengenai keperibadian dan akhlak Rasulullah SAW.

Buku ini adalah karya Imam At-Tirmizi.

Karya ini singkat namun lengkap sehingga setiap orang yang membacanya seakan-akan menyaksikan langsung keindahan dan keagungan peribadi Rasulullah S.A.W. yang mulia itu. Buku ini menjadi ubat penawar rindu kepada sosok Nabi Muhammad SAW yang mulia yang dapat melembutkan hati yang keras serta menjadikan tegas kepada orang yg lemah.

Buku SYAMAIL MUHAMMAD SAW ini ialah himpunan hadis-hadis oleh Imam At-Tirmizi ; (seorang imam ahli hadis yang tidak diragukan kekuatan hujjah dan kualiti hadis-hadisnya) tentang semua aspek kehidupan dan sifat yang dimiliki oleh Rasulullah SAW.

Ini merangkumi 5 aspek kehidupan Rasulullah SAW iaitu :

1. FIZIKAL : Tanda kenabian, rambut, uban, celak, berbekam, pakaian, aksesori, cincin, kasut, sandal, pedang, baju besi, pelindung kepala, serban, sarung dan tempat idur.

2. PERILAKU : Cara berjalan, duduk, bersandar, bertopang, tidur, makan, jenis roti, lauk, gelas minuman dan buah-buahan.

3. IBADAH : Wudhu’, doa, wangi-wangian, solat Dhuha, solat sunat di rumah, puasa dan membaca Al-Qur’an.

4. PERHUBUNGAN & AKHLAK : Berbicara, ketawa, bergurau, bersyair, berbual, bersifat tawadhu’, rasa malu dan tangisan.

5. PENGHIDUPAN : Nama-nama Rasulullah SAW., penghidupan, usia, kewafatan, warisan dan mimpi melihat Rasulullah SAW

* Koleksi Peribadi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...