Solat Hajat Untuk Usahawan Agar Usahanya Berjaya

Spread the love

Price: RM10

Penulis: Syarif Hidayatullah

Hanya kepada Allah sahajalah tempat yang layak untuk memohon dan merayu. Dan kepada-Nya lah juga tempat kita mengadu segala masalah dan bebanan kehidupan.

Solat hajat adalah solat khusus bagi seorang hamba untuk meminta dan memohon keperluan dan pertolongan kepada Allah S.W.T.

Solat hajat boleh digunakan sebagai perantara atau wasilah bagi mengabulkan keinginan dan kemahuan kita seperti ingin murah rezeki, berjaya dalam kerjaya dan perusahaan dan berbagai lagi impian lain.

Solat_HajatKenapa buku ini mengkhususkan solat hajat untuk usahawan? Tujuan asasnya adalah untuk mengajak semua usahawan untuk merenung semula tujuan dan matlamat yang ingin dicapai di dalam perniagaan menurut Islam. Bagaimanakah caranya untuk berusaha agar seiring dengan syariat dan ajaran Islam tanpa melemahkan usaha dan cita-cita kita.

Buku yang sangat sesuai bagi mereka yang ingin terjun ke dunia perniagaan agar mereka tidak dibutakan oleh kecintaan terhadap harta dunia. Seperti yang sering berlaku kepada segelintir usahawan yang terus hanyut dalam kemewahan harta dunia yang sementara. Dan akhirnya dibebani dengan penyesalan yang tidak kesudahan.

Semoga impak sebenar buku ini iaitu sumbangan dari sudut rohaninya dapat dijadikan pedoman asas bagi setiap usahawan. Matlamat hidup ini bukan hanya di dunia sahaja tetapi sebenar lebih jauh iaitu kehidupan yang berjaya dan bahagia di akhirat kelak. Selamat membaca dan beramal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...