Setiap kali hantar anak ke Taska atau pengasuh, serahkanlah ‘penjagaan’ itu sepenuhnya kepada Allah. Minta Allah jaga anak dan juga jaga hati si penjaganya sebab hati manusia ni Allah yang pegang.
Abah ajar dulu, keluar saja dari rumah pagi pagi tu terus baca ayat-ayat ni:
1. Bismillahi tawakkaltu alallah 3x
(بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ)
2. Bismillahillazi la yadhurru 3x
(بسْمِ اللهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ)
3. Ayat kursi
4. Surah 3 Qul
5. Hasbunall wa ni’mal wakil
(حَسبنا الله و نعم الوکیل نعم المولی و نعم النصیر)
Dah habis baca, hembuskan pada anak. Ayat-ayat ini bukan sahaja untuk hantar anak ke Taska atau pengasuh, tapi juga untuk kita apabila nak keluar rumah. Moga Allah jauhkan segala bahaya dan niat tak baik orang dari setiap penjuru yang kita tak tahu.
Dan apabila kita dah berikhtiar, serahkan sepenuhnya pada Allah. Tetapi jika tetap terjadi musibah itu, sesungguhnya Allah yang lebih mengetahui hikmah disebaliknya.
Wallahu’alam (C&P)
Takziah buat keluarga anak syurga Adam Rayqal. Semoga kuat menghadapi ujian yang berat ini 😢💔
Comments are closed.