Sakit hati boleh menyekat rezeki

Spread the love

SAKIT HATI DAN MENYAKIT HATI ITU BOLEH MENYEKAT REZEKI…!?

Formula ini sangat bagus untuk dikongsikan agar membuka segala halangan pintu-pintu rezeki yang masih tertutup di kalangan rakan-rakan kita dan diri saya sendiri,

Menyakiti dan disakiti itu Isu Emosi..!

Walau sebesar kuman kita menyakitkan hati orang, kita sudah mempunyai Isu Emosi sebenarnya,

Kita yang merasa sakit hati dengan orang yang menyakitkan hati kita, kita juga sudah tentu mempunyai Isu Emosi,

Maka kedua-duanya, pintu rezeki mampu tersekat,

Tetapi kita tidak perasan hal ini bukan..?

Kerana kita ada sengaja dan tidak sengaja menyakiti hati orang sama ada lisan atau perbuatan,

Sebab itu, dalam Islam sangat dianjurkan antara kita bermaaf-maafan supaya Isu Emosi sesama manusia bebas berterbangan, tiada lagi bersarang.. malah merasa kelegaannya,

Sering kita dengar ibu bapa berkecil hati dengan anak, Ibu bapa juga dalam tidak sedar mempunyai Isu Emosi, anak yang merasa sakit hati juga mempunyai Isu Emosi. Kerana apa..? Kerana Islam tidak ajar kita menyimpan rasa sakit, marah dan dendam di hati,

Redha Meredhai,

Terasa hati, sakit hati dengan anak, akan mengakibatkan rezeki anak pula yang tersekat, Menyebabkan hidup anak dalam kesusahan dan kesulitan,

Anak-anak pula degil, ego, menyakiti ibu bapa makin menggunung Isu Emosinya, Adakah hidup ibu bapa bahagia dan kesenangan..?

Tidak ada kan..?

BAHAGIA ITU REZEKI.

Ingat, hubungan antara manusia itu sama pentingnya dengan hubungan kepada Allah, Hablum minannas. Itu antara kamu. Tak bermaafan, tidak redha meredhai, harus bersedia menanggung sebab akibatnya.. malah kita.., Kerana marah, kerana sakit hati, lebih rela melambatkan hisab sendiri dan orang lain.

Yang mana-mana terbuku marah di dalam hati,

– Ibu bapa
– Anak
– Suami
– Isteri
– Adik beradik
– Jiran
– Kawan
– Guru
– Saudara

Dan seluruh manusia.

Lepaskanlah sekarang..
Bebaskanlah hati..
Jangan ditambah lagi Isu Emosi dalam diri,

Selagi ada di dalam dada,
Selagi itu kita sedang mengumpul Isu Emosi yang terpendam dan mampu memberikan negativiti di pengakhirannya,

Islam ajar bersangka baik, tidak berdendam, pemaaf, pemurah dan saling mendoakan, Betul kan..?

Bebaskanlah jiwa-jiwa yang sakit itu supaya tenang dan sabar,
Dan keajaiban terbesar PASTI akan berlaku..!

REZEKI MELIMPAH RUAH AKAN TERTARIK KEPADA MANUSIA YANG SUKA MEMAAFKAN..!

“Saya minta maaf kepada semua makhluk,
Saya juga memaafkan semua makhluk,
Saya Cintakan semua makhluk dan saya juga mencintai Diri saya sendiri,
Saya rela hidup dalam Redha Meredhai dan Pintu Rezeki saya terbuka seluas-luasnya…! Terjadilah!”

Click: @QspLife

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...