OTAK

Seminar “Future Brain” Otak cantik, otak cerdik oleh Dr Rizal Abu Bakar.

Dr Rizal yang masih bertugas sebagai timbalan dekan Unimas mendapat PHD dari Universiti di Australia hasil kajian tentang tidur dan otak manusia.

Saya ingin kongsikan sedikit ilmu yang saya dapat kerana sblm ini tidak pernah didedahkan dalam mana-mana seminar.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Otak ada 6 jenis.

Setiap satu jenis otak mempengaruhi perangai dan tindakan seseorang.

Otak kita merupakan tanggungjawab bagi kita menjaganya.

Sebarang perubahan pada otak bakal mengubah perangai seseorang.

Ada orang yang sering marah2 dan bersikap negatif kerana otaknya telah rosak.

Tindakan makan gula berlebihan boleh menyebabkan kerosakan otak.

Otak boleh dipulihkan dengan mengubah tabiat pemakanan dan tidur yang cukup.

Hindari makanan yang mengandungi gula yang banyak dan bertukar kepada pemakanan yang sihat.
Fakta tidur oleh Dr Rizal :

1. Bila tidur, otak jadi aktif.

2. Tidur digambarkan seperti pakaian.

3. Kita boleh jadi pandai sewaktu tidur.

4. Untuk anak2 berumur 10 tahun ke bawah,  tidur minima 9 jam, boleh membantu anak jadi pandai.

Orang dewasa perlu 6 jam waktu tidur.

5. Bila anak2 cukup tidur, mereka boleh lebih  fokus dalam kelas.

6. Tidur sebelum zohor 27 minit boleh tingkatkan keupayaan otak hingga 35%.

7. Kalau terlebih tidur siang, badan akan jadi letih tetapi kalau kurang tidur, kita  akan rasa pening bila bangun.

8. Kita perlu dapatkan tidur nyenyak sewaktu tidur malam hari.

9. Tidur mati amat bagus kerana proses  ‘self healing’ berlaku dengan elok.

10. Bila bermimpi, mata akan  ke kiri dan ke kanan.

11. Tidur mesti dengan lampu tertutup.

12. Bila cerah, akan mengganggu pengeluaran melatonin yang boleh mengakibatkan kanser.

13. Masalah kegemukan juga berlaku bila tidur dalam keadaan terang.

14. Sewaktu tidur, segala lampu samada dari handphone, laptop dan aircond perlu ditutup.

15. Off kan segala barangan elektronik di dalam bilik sewaktu hendak tidur.

16. Bila tidur tak cukup, akan menyebabkan otak mengecil. Bila otak mengecil, tahap kecerdikan dan daya berfikir juga akan berkurang.

Cara mendapatkan tidur nyenyak.

Sebelum tidur wajib :

1. Tutup semua lampu termasuk dari handphone n laptop.

2. Berwuduq atau mandi untuk turunkan suhu badan.

3. Baca Quran (surah Al Mulk)

4. Tidur mengiring ke kanan.

Selepas bangun tidur wajib :

1. Baca doa bangun tidur

2. Minum air suam.

Selepas 20 minit dari bangun tidur baru otak kita dapat proses dengan baik.

Sebab itu, jangan lakukan aktiviti seperti memandu dsb sebelum 20 minit yang pertama dari bangun tidur.

Anda nak otak cantik sebelah kiri atau otak berlubang2 di sebelah kanan?

Otak cerdik terbina dari otak cantik.
Perkongsian oleh : Haslinda Hasnan