NEWBIE AT 40 PLUS

Spread the love

NEWBIE AT 40 PLUS

Jika anda yang membaca status ini berumur 40 tahun atau lebih, ini coretan untuk Ceo & pembaca.

Ceo pun dah berumur 48 tahun. Kita sebaya. Alhamdullillah. Baiklah, jom teruskan bacaan kita.

Pencapaian kita ketika umur 40 sekarang adalah hasil dari puluhan tahun kita yang dulu.

Pekerjaan, kawan-kawan, tindakan, ilmu, penasihat, aktiviti harian, buku bacaan, kewangan & ianya membentuk diri kita sekarang.

Adakah impian atau cita-cita sudah tercapai? Atau masih mengharapkan sesuatu keajaiban terjadi.

Jangan mengharapkan takdir yang hebat berlaku untuk mencapai impian sejak azali. Jika kita mula bekerja atau berniaga sekitar umur 25 tahun sehingga umur 40 tahun.

15 tahun sudah cukup kita ambil sebagai fasa pengalaman & deretan ilmu yang di kutip sepanjang tempoh tersebut.

Fasa 40 ke atas adalah peluang ke2. Masih ada peluang untuk kita perbaiki diri & upgrade. Gunakan pengalaman yang lalu sebagai kelebihan.

Tapi awas, jika 2nd half pun buat perkara yang, bila dah umur 55 tahun pun di kuatiri masih kekal takuk lama. Tanam pokok betik mana mungkin berbuah durian Musang King.

Apa nak buat Ceo?

Kita ubah apa yang kita buat. Rutin lama mesti di peralusi. Dulu berjam setiap hari lepak kedai mamak, sekarang kurangkan & tukar aktiviti tersebut.

Mungkin kita dah boleh mulakan bisnes sendiri. Bila dah ada perniagaan sendiri, kita mesti belajar ilmu & buat skil baru.

Antara aktiviti yang boleh bantu mendapatkan perkara tersebut :

+Mulakan membaca buku bisnes, hartanah, motivasi, kisah kejayaan, kewangan & keagamaan. Mulakan dengan 2 buku sebulan.

+Tambah networking. Cari kawan baru. Jika nak menjadi seorang Usahawan berjaya, pastikan ada 3 atau lebih nombor telephone Usahawan yang berstatus berjaya.

Boleh belajar dengan mereka. Berkawan dengan semua orang tapi lebihkan masa dengan mereka.

+ Hadir program ilmu yang bermanfaat. Registerkan diri di seminar bisnes. Setkan mesti hadir minima 3 kali dalam setahun. Sediakan bajet untuk ini. Sediakan soalan sebelum hadir.

Aktif di dalam bilik. Biar penceramah atau mentor di depan kenal kita. Branding diri adalah jenama nombor satu.

+ Belajar ilmu kewangan peribadi. Ini ilmu mahal yang perlu kita kuasai. Ilmu ini tiada di mana-mana Universiti. Cari buku, beli, baca berulang kali & hadam lumat.

Bila ilmu tentang duit dah bertambah, kita dah bersedia mengurus duit sedikit & wang yang banyak. Ramai yang tersontot sebab jahil & bodoh sombong.

Penipu lebih bijak dari mereka walaupun dulu bekas student deretan A.

+ Ubah sikap kita. Hampir 100% kegagalan berpunca dari sikap. Nak ubah menjadi orang berjaya tapi sikap tak nak berubah. Macam mana?
Ubah sikap adalah PERCUMA.

Pilihan di tangan kita. Kunci kejayaan sentiasa berada di genggaman. Ini hak mutlak yang ada untuk semua.

Tak perlu minta kebenaran sesiapa untuk ubah hidup. Jangan sabatoj diri sendiri.

Kejutkan HULK yang lama tidur di dalam diri. Berapa lama nak jadi penonton & tukang tepuk tangan kejayaan orang lain?

Jadilah versi terbaik di peluang kedua ini.

Do the best, let ALLAH do the rest. Aamin.

Kredit to CEO SamadKinto

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...