Pada mula nya, skeptikal juga nak datang dan bekerja di Australia sebab visa tak approve lagi. Dah hampir dua bulan untuk mendapat Visa 457 Business Long Term visa. Akhirnya dapat juga visa 457 tu dan expire pada 31-Mac-2007 so bolehlah aku berjalan-jalan tengok negara yang ke 18 dalam koleksi hidup aku.
Fly ke Melbourne pukul 9 malam dan sampai pukul 7 pagi waktu Australia (masa tu GMT+10) sebelum daylight saving time lagi. Kad imigresen/kastam perlu diisi tapi tak faham cara untuk declare. Sebab kat australia ni memang strict sangat pasal produk-produk luar even saki baki tanah kat kasut pun tak boleh.
Aku declare yg aku bawak ubat-ubat herba, tapi ubat-ubat ni satu row dengan firearms dan dadah. Nak declare ke tidak kang kastam tanya macam-macam. so aku declacre juga sebab kat atas itu tulis “kalau tak faham, declare saja”.
Kastam tak tanya apa-apa pun, lagipun pegawai kastam tu orang cina so dia orang tak kisah sangat kalau kita orang asia ni, sama je dengan dia orang.
Dapat luggage terus aku ke taxi ke bandar. Borak-borak dengan driver tu, dia orang somalia jadi driver taxi kat melbourne ni. Banyak betul orang luar berbanding dengan orang tempatan.