Berhati-hatilah dengan urusan dunia kerana Halalnya dihisab, Haramnya diazab.
-Ustaz Zahazan Mohamed-

Soalan peperiksaan yang sebenarnya kita mesti lulus dengan cemerlang ialah SPM,iaitu ‘Soalan Padang Mahsyar.
-Ustaz Azhar Idrus-

Orang kafir terhalang kebaikannya kerana kekafirannya,
Orang Islam terhalang kebaikannya kerana tidak SOLAT.
-Dato’Abu Hassan Din Al-Hafiz-

Hadiah terbaik untuk Sahabat adalah DOA,
Hadiah terbaik untuk Musuh adalah kemaafan.
-Dato’ Dr.Haji Mohd Fadzilah Kamsah-

Jangan segan-segan ketika minta kepada Allah,jangan minta yang kecil,teta pi mintalah yang terbesar sekali.
-Habib Ali Zainal Abidin-

Sesiapa anak yang meninggalkan doa untuk kedua ibubapanya,
sesungguhnya dia telah telah memisahkan dirinya dengan rezekinya.
-Ustaz Hazlin Baharin-

Kalau cari Akhirat,Dunia akan dapat,
tetapi kalau cari Dunia,Akhirat tak akan dapat.
-Dato’ Ustaz Ismail Kamus-

Guru yang baik berwatak ibubapa,
Ibubapa yang baik berwatak guru,
Dan masyarakat akan menjadi sekolahnya.
-Ustaz Pahrol Md Juoi-

Jangan terlalu cepat mencari kesilapan dan kekurangan orang lain,perbaiki diri sendiri dahulu.
-Irfan Khairi-

Renung-renungkanlah
Fikir-fikirkanlah
Sebar-sebarkanlah