Makrifat Hidup & Cinta

Spread the love

Teruja kerana kawan saya sudah menjadi penulis yang nama penanya adalah Wira Kenali.

Buku pertama karangan beliau adalah buku yang bertajuk Makrifat Hidup dan Cinta. Buku ini mengisahkan kepada kehidupan, ketuhanan and cinta kepada pencipta. Mulanya saya ingatkan cinta kepada manusia. Selalu klisenya begitu. Tetapi sangkaan saya meleset sekali.  Lagipun saya memang anti buku novel terutama buku novel cinta.

Buku ini memang menarik sekali !

Ada cerita mengenai Nabi Musa a.s yang ingin mengetahui Keadilan Allah taala dan diperlihatkan oleh Nabi Musa a.s dengan syarat dia perlu sabar dan jangan menyalahkan Allah dengan kejadian tersebut. Nak tahu kisahnya, kena lah baca. Saya tak nak ceritakan disini. Bagi suspenla sikit, kan?

Saya harap dapat habiskan buku ini dalam masa 2 hari dan dapat mengetahui kesudahan buku ini.  Jom istiqamah dan selamat membaca.

Oh ya! Kalau saudara/i yang berminat dengan buku ini, boleh la tempat dari saya. Harga RM40 dengan pos laju. [Nizam wasap: 0136408906]

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...