KISAH HELANG YANG MENAKJUBKAN
Helang boleh hidup sehingga 70 tahun. Tetapi utk sampai ke usia ini, ia perlu membuat keputusan yg sangat sukar.
Pada usianya 40 tahun, kukunya sudah tidak lagi mampu mencengkam mangsanya dgn kuat. Paruhnya yg panjang dan tajam semakin menjadi bengkok. Bulunya pula menjadi semakin tebal dan berat. Bulu yg semakin tebal dan berat didadanya itu menyebabkan ia semakin sukar utk terbang seperti biasa.
Oleh itu si helang hanya ada dua pilihan:
1. MATI
atau
2. Mesti melalui proses PERUBAHAN yg amat menyakitkan!
Untuk pilihan yg ke 2 sang helang perlu terbang ke atas puncak gunung dan duduk bersendirian di sarangnya. Dan disana ia akan mematuk paruhnya yg bengkok itu ke atas batu yg keras dengan kuat sehingga paruhnya itu tercabut dari mulutnya.
Kemudian sang helang perlu menunggu sehingga paruhnya tumbuh kembali. Setelah tumbuh ia akan mencabut kuku kukunya pula.
Setelah kukunya tumbuh semula, sang helang akan mencabut pula bulu bulunya yang tebal dan kusut itu.
PERUBAHAN yang amat bernilai walaupun sangat menyiksakan.
Dan selepas melalui proses tersebut, Sang Helang sekali lagi dapat terbang dgn gagah dan megah semula di angkasa sehingga 30 tahun…
Kenapa PERUBAHAN itu PERLU?
Untuk terus hidup, kita juga perlu melalui proses PERUBAHAN. Dibandingkan dgn Sang Helang tadi, kita perlu “mencabut” segala memori luka dan duka, tabiat negatif dan minda yg terhad (fixed mindset).
Hanya apabila kita bebas daripada bebanan silam, barulah kita boleh mengambil manfaat daripada kehidupan kita sekarang. Utk memulakan perjalanan baru menuju ke masa hadapan, buangkanlah semua kepercayaan lama dan terhad anda itu. Bukakan fikiran anda dan terbanglah semula seperti Sang Helang!
@MikaylaHolisticTherapy
Comments are closed.