Ketam Cina vs Ketam Melayu

Spread the love

*Melayu:* Hello Apek! Itu ketam ada jual ka?

*Cina:* Ya hello.. Ada… ada… Lu mau ketam Cina ka ketam Melayu?

*Melayu:* Aik! Ketam pun ada Melayu dengan Cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam Melayu, mana ketam Cina?

*Cina:* Itu sana dalam bekas ada tutup… ketam Cina…. sana dalam bekas tak ada tutup… ketam Melayu la…

*Melayu:* Apa pasal ketam Cina apek kasi tutup…. ketam Melayu apek tak kasi tutup?

*Cina:* Itu ketam Cina kalau satu ekor keluar…. yang lain akan tengok dan belajar macam mana dia boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

*Melayu:* Ketam Melayu tak macam itu ka?

*Cina:* Ketam Melayu, kalau satu ekor keluar yang lain akan tarik itu kaki ketam tadi… jangan kasi keluar. Mereka tak mau dia seekor saja berjaya keluar. Yang lain biar dalam bekas. Kalau pun dia berjaya keluar, dia akan terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

*MORAL OF THE STORY:*

Begitulah cerita ketam Melayu dengan ketam Cina. Hakikatnya, jika orang Cina berniaga…. Cina lain tak kacau…dia tengok saja dan belajar macam mana dia boleh berjaya. Cina yg dah berjaya itu pula, akan ajar dan tolong Cina lain agar dia pun berjaya juga.

Kalau orang Melayu, bila satu Melayu berjaya, Melayu lain akan buat apa saja supaya Melayu tu jatuh balik. Macam ketam Melayu, bila seekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik. Lepas tu mula lah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini.

Sebab itu Melayu susah nak maju.
Jadi janganlah kita menjadi seperti ketam itu.
Sama-sama lah kita membantu antara satu sama lain..

*Kalau Rasa Kisah Ketam Ni Bermanfaat*
*Share Lah Sebanyak Mungkin*
*Agar Orang Melayu Sedar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...