Mari kita sama-sama baca dan meng”amin”kan doa ini :-
.
Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkan segala dosa-dosa mereka yang membaca status ini, dosa kedua Ibu-Bapa mereka dan semua dosa-dosa mereka yang lain. Kurniakan keberkatan dalam semua usaha mereka, limpah, taufik dan perkenan Mu Ya Allah. Kau permudahkan segala urusan mereka pada hari ini. Kau berikan rezeki yang melimpah ruah dalam apa jua bentuk yang Engkau suka supaya mereka boleh menambah nilai hidup orang lain yang lebih memerlukan Ya Allah. Kau lapangkan dada mereka untuk beribadah dengan lebih banyak dari semalam, berikan mereka lebih banyak pelanggan, lebih banyak transaksi dan lebih banyak keuntungan dalam perniagaan mereka supaya dengan itu sahaja cara mereka untuk membantu orang ramai yang memerlukan.
.
Ku mohon padaMu Ya Allah.
.
Amin Ya Rabbal Alamin.