Assalamua’laikum.

Cuba isi jawapan di bawah. Jawablah dengan ikhlas.

1. Allah menciptakan TERTAWA dan …….?
2. Allah itu MEMATIKAN dan ……?
3. Allah menciptakan LELAKI dan …….?
4. Allah memberikan KEKAYAAN dan ……?

Majoriti kita akan menjawab:
1. MENANGIS.
2. MENGHIDUPKAN.
3. PEREMPUAN
4. KEMISKINAN.

Yakinkah jawapan anda itu betul?  Untuk mengetahui adakah jawapan di atas itu benar atau tidak, mari kita sesuaikan jawapan tersebut dengan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam Surah An-Najm (Surah 53) melalui ayat-ayat berikut:

“dan Dia-lah yang menjadikan orang TERTAWA dan MENANGIS.” (Ayat 43).

“dan Dia-lah yang MEMATIKAN dan MENGHIDUPKAN.” (Ayat 44).

“dan Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan LELAKI dan PEREMPUAN. ” (Ayat 45).

“dan Dia-lah yang memberikan KEKAYAAN dan KECUKUPAN.” (Ayat 48).

Ternyata jawapan kita umumnya BETUL hanya pada soalan no. 1-3.

Tapi, jawapan kita untuk no. 4 (kalau jujur) umumnya mesti KEMISKINAN (jawapan yang salah)
Jawapan Allah dalam Al-Qur’an bukan KEMISKINAN, tapi KECUKUPAN…

Maasyaa Allah..!!!

Sesungguhnya Allah Subhaanahu wa Ta’ala hanya memberi KEKAYAAN dan KECUKUPAN kepada hamba-Nya.

Yakinlah! Dan yang “menciptakan” KEMISKINAN adalah diri kita sendiri. Hal ini boleh berlaku kerana ketidakadilan ekonomi, malas, boleh juga kerana kemiskinan itu kita bentuk di dalam fikiran kita sendiri. Itulah hakikatnya, mengapa orang-orang yang sentiasa bersyukur, walaupun hidup susah, ia akan tetap tersenyum dan merasa CUKUP…

Jadi, marilah kita melahirkan rasa KECUKUPAN di dalam hati dan fikiran kita, agar kita menjadi hamba Allah yang selalu BERSYUKUR.. baik dalam kegembiraan ataupun dalam kesedihan dan kesusahan. Kerana kesusahan dan kesedihan itu pun adalah rezeki dr Allah SWT.

Renung-renungkan.
Wallahua’lam.