Dr. Tuah menulis daripada pengalaman yang telah beliau lalui sepanjang kehidupan; dari era persekolahan hingga masa kini. Peristiwa itu berlaku pada dirinya sendiri mahu pun yang berlaku pada orang lain. Daya imaginasinya cukup tinggi. Beliau segera nampak dan menganalisa di sebalik apa yang berlaku. Apa hikmahnya? Apa motivasi yang boleh dipelajari? Kenapa Tuhan jadikan peristiwa itu? Apa manfaatnya untuk pembangunan diri sendiri?
Dalam siri ini beliau menulis tentang semangat, daya tahan ,daya juang, kecerdasan minda, membangun minda, kepimpinan, kesihatan, kesungguhan bekerja, kerjaya, keusahawanan, mencipta nama, pengurusan cemerlang, fahaman keagamaan, emosi, cinta, peranan hati, akhlak, belajar dari alam, psikologi, ketamadunan manusia, sejarah nabi, takdir, rezeki dan ajal.
Buku ini ditulis dengan menggunakan bahasa yang santai dan mudah difahami-semacam separa novel. Ditambah pula dengan lebih 220 illustrasi yang menarik.
* Koleksi Buku DR HM TUAH
Comments are closed.