_Dulu mak pernah cakap, “Kalau mak dan ayah dah tiada nanti, selepas kebumikan, jangan balik lagi.. Tunggulah 10 – 15 minit kerana ketika itu, malaikat akan datang.. Jika masih ada anaknya di atas kubur, malaikat akan tanya kepada arwah dengan nada yang rendah”_

_Nabi kata, apabila kita dimasukkan ke dalam kubur, badan kita bersandar dengan batu, tanah dan kain kapan.. Akhirnya dihadapkan ke arah kiblat.. Dibuka muka kita, pipi kita akan kena tanah.. Duduk dalam kubur menghadap kiblat.._

_Suami, isteri, anak-anak menangis.. Lepas tu, diambil papan lalu ditutup.. Tanah pun diturunkan secara perlahan-lahan.. Bila dah sampai separuh kubur, tukang kubur pun naik melompat ke atas.. Bila melompat naik ke atas, tutup..! Dipijak-pijaknya kubur.._

_Nabi kata, bila berpaling sahaja muka orang yang menghantar kita ke belakang kubur, kita mendengar bunyi derapan tapak kasut mereka pulang.. Derapan kasut-kasut mereka kita boleh dengar.. Maka, pada masa itulah, roh kita akan duduk.. Duduknya roh dan kaki melunjur.. Badan tegak.._

_Maka, pada masa itulah, kita akan memanggil orang-orang yang menghantar kita ke kubur.. Kalau isteri yang hantar, kita akan memanggil isteri kita.._

_”Pah, jangan tinggalkan Abang.. Pah kata nak sehidup semati”_

_Pah tak dengar.. Pah bawa cerek dengan daun pandan balik sambil lap air mata.. Sayang macam mana pun isterinya, dia akan balik.. Suami dia panggil, “Pah, jangan balik, Pah.. Tunggu Abang, Pah” .. Dia tak kisah.. Dia balik.._

_Lepas tu, kita akan nampak anak-anak kita balik.. Kita panggil anak-anak, tapi tak dengar.. Selepas mereka semua beredar, datanglah dua malaikat.. Yang hitam kedua-duanya.. Yang biru kedua-duanya.. Dan kita dengar derapan kaki malaikat lebih kuat daripada derapan kaki-kaki orang yang balik tadi.. Siap dengar bunyi rantai yang dibawa lagi.. Lagi menggerunkan.._

_Yang tak pernah senyum dan ketawa, malaikat masuk terus menghadap dan memanggil kita, “Hai manusia” .. Malaikat tak kata dah, “Hai ustaz, hai ustazah” .. Malaikat tak sebut dah.. Malaikat pun tak kenal kita.. Malaikat tak panggil hajjah, haji tapi panggil, “Hai manusia”_

_”Hai manusia, apa pendapat kamu tentang Muhammad bin Abdullah..?”.. Itulah soalan dia.. Maka, kita akan menjawab, “Dia itu adalah hamba Allah, dia adalah pesuruh Allah.. Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah” .. Kalau itulah jawapan kita, selamatlah kita.. Dia tak tanya lagi, “Ma Robbuka..? Ma Nabiyyuka..?”_

_Kalau lulus soalan ni, maka lepaslah soalan-soalan yang lain.. Maka, malaikat tadi dengar apa yang kita jawab.. Malaikat kata, “Kami tahu dah kamu akan jawab seperti itu.. Saja kami tanya untuk pastikan bahawa kamu orang yang baik” .. Maka, kata malaikat kepada kita, “Tidurlah kamu di dalam kubur ini seperti tidurnya pengantin”_

_Maka ahli kubur tadi berkata, “Pulangkan aku balik ke dunia.. Aku mahu balik pada keluargaku.. Aku mahu beritahu keadaan aku di kubur.. Tolong hantarkan aku balik..!”, rayu si mati pada malaikat.._

_Rupanya, orang mati ni nak balik ke dunia bukan nak makan nasi briyani gam, bukan nak tengok TV.. Bukan..! Dia balik sebab nak beritahu pada anak-anak supaya solat.._

_”Wahai anak-anakku dan isteriku, solatlah.. Wahai suamiku, solatlah”_

_Tapi malaikat kata, “Tak boleh balik.. Kamu sekarang berada di alam barzakh.. Kamu tak boleh campur dengan alam dunia”_

_Nabi SAW kata, kalau kamu orang yang baik, kata Nabi SAW, akan diluaskan kubur 70 hasta, dilebarkan 70 hasta dan dicerahkan kubur kamu.. Tetapi, walaupun mayat tak boleh beritahu kita, Nabi dah khabarkan pada kita.. Itulah untungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad SAW.._

_Madu di tangan kanan, racun di tangan kiri.. Pilihlah mana yang kita mahu.. Sesungguhnya bekalan yang paling baik adalah taqwa.. Jagalah solat kita.._

*_ALLAHU AKBAR …_*

#ingatmati..