Melbourne Cup Hari cuti di melbourne

Melbourne cup carnival atau dipanggil Victoria Derby atau karnival racing kuda di Melbourne merupakan acara yang paling dinantikan di melbourne ni. Sebalik hari cuti umum untuk warga melbourne, ia adalah satu acara penting untuk warga melbourne atau australia yang suka berjudi perlumbaan kuda.

Bagi aku, aku nak relaks sikit terutama cuti-cuti ni memang selalu dinantikan.

Kalau di taiwan atau hongkong, kadang-kadang tu tertunggu-tunggu biar typhoon/taufan datang. Kalau skala taufan lebih tinggi maka selalunya di isytiharkan cuti. Memang mengarut doakan cuti sebegini tetapi kadang-kadang ianya perlu kerana stress. hehe

Popularity: 13% [?]

Kisah Daylight saving time

Ramai orang yang tidak tahu mengenai perkara ini terutama yang travel oversea sekejap-sekejap atau memang tak pernah travel negara orang atau travel ke negara yang terletak dengan khatulistiwa (equator)… pelik gak nak tulis khatulistiwa.. semacam je bunyi dia.

Ok berbalik kepada daylight saving ni, aku dapat notis dari hotel supaya ubah waktu dari 2 pagi kepada 3 pagi pada 29-10-2006 untuk pertukaran daylight saving time ni. So terpinga-pinga la wife aku ni kenapa sebab tak pernah rasa daylight saving time ni. So memang la, pertukaran 1 jam ni akan berlaku di musim panas (summer) la di Australia disebabkan waktu siang akan lebih panjang dari biasa. Walaupun time zone di australia adalah GMT+10. so sekarang jadi GMT+11. Tapi cara nak tukar dalam hand phone adalah timezone GMT+10 dan cari daylight saving time dan turn on kan, so handphone secara otomatik akan menambah 1 jam lagi kepada masa anda.

Colleque aku dari adelaide sms aku tanya kenapa hotel suruh tambah 1 jam lagi, rupa-rupanya dia tak tahu pun pasal day light saving ni. so aku mula lah beritahu yang ianya akan berlaku pada hari ahad terakhir bulan oktober.. so oleh kerana 29-10096 adalah hari ahad terakhir, maka pertukaran daylight saving dibuat.

Lucu kan.. Itulah namanya.. jauh berjalan luas pandangan..

Perkara macam ni tak berlaku di malaysia sebab memang masa 12 jam siang dan 12 jam malam. Malaysia kan duduk dekat dengan garisan equator.

 

Popularity: 13% [?]

Next Page »