TEKNIK SELF HYPNOSIS
Terapi Urut Nusantara:
Oklah…. kita teruskan dgn pelajaran selfhipnosis. Teknik memprogram diri sendiri agar sembuh dari segala penyakit…
Teknik ini biasanya hanya saya ajarkan pada kelas2 private aja. Tapi kali ini saya mahu berbahagikan agar ramai yg mendapat manfaatnya.
Bagi 1 dan Allah tambah 10 lagi… 😁
Teknik selfhipnosis ini melakukan programan sehingga ke inti sel anda.
Caranya agak berlainan sedikit tetapi ianya sangat powerful…
Pertamanya anda duduk bersila. Sebaiknya duduk di atas bantal kecil atau alas sesuatu di tempat duduk anda agar anda tidak cepat penat.
Kaki yg anda lipatkan, sebaiknya lebih rendah dari tempat duduk anda.
Tarik nafas yg dalam dan hembuskan perlahan melalui mulut… lakukan beberapa kali…
Bagi yg muslim, sebaiknya berselawat dan bacalah apa2 yg terlintas di kepala anda…
Tapi selawat jgn lupa. Ini kerana selawat sangat baik utk diri anda sendiri…
Pejamkan mata dan fokus pada keluar masuk nafas anda.
Anda hanya perlu menikmati nafas anda saja…
Lama kelamaan, nafas anda mulai perlahan dan anda mulai merasakan deyut jantung anda.
Sekarang anda mulai fokus pada deyut jantung anda. Nikmati getarannya…
Sedikit demi sedikit anda mulai merasakan denyutan jantung anda semakin kuat.
Tenggelamlah di dalam vibrasi jantung anda…
Sedikit demi sedikit, tubuh anda mulai berhayun dan bergoyang. Ikuti saja hayuannya…
Nikmati saja tubuh anda bergoyang ke depan dan kebelakang. Semakin lama semakin kuat.
Tubuh anda bergoyang dgn sendirinya tanpa anda buat2. Bergoyang mengikut rentak jantung anda…
Saat ini anda seolah olah tidak dapat kendalikan tubuh anda. Dia bergetar dan bergoyang dgn sendirinya.
Tapi anda boleh merasainya dan kesedaran ada sangat kuat sekali…
Waktu ini minda bawah sadar anda telah dominan.
Denyutan jantung adalah nyawa kita, jiwa kita atau roh kita. Sekarang roh kita kendalikan jasad.
Utk memprogram diri anda di dalam selfhipnosis , anda hanya perlukan niat.
Niat saja begini. “Aku kembali semula kepada fitrah ku yg suci…”
Dgn teknik ini, anda dapat menguatkan vibrasi diri anda. Anda dapat membesarkan medan energi diri anda.
Anda kembali kepada kesucian bererti anda bersihkan segala energi negetif di dalam tubuh, jiwa dan fikiran anda.
Fitrah kita adalah suci. Niat anda adalah kembali semula seperti bayi yg baru lahir. Bersih dari segala galanya.
Getaran tubuh anda akan merembas segala energi2 negetif itu keluar dari tubuh. Anda semakin sihat, fikiran semakin kuat dan jiwa semakin tenang…
Utk akhiri meditasi selfhipnosis, anda hanya perlu niatkan saja utk berhenti dan tubuh berhenti sendiri…
Akhir meditasi dgn apa pun mengikut kepercayaan anda. Sama ada sujud syukur atau doa…
Tamat….
Ok dh siap dicompile..🙏😊
Comments are closed.