Formula bersatu

Spread the love

FORMULA BERSATU

Kalau dalam sembahyang barisan tidak dapat diluruskan itu perbuatan lahir
Hati lagi susah diluruskan kerana itu perbuatan batin

Kalau dalam sembagyang , yang lahir tidak dapat disatukan
Apakah hati mudah disatukan ?

Kalau berhadapan dengan Tuhan hati bercelaru
Dalam kehidupan boleh bersatu ?
Dalam negara boleh bersatu ?

Dalam ekonomi boleh bersatu ?
Dalam memburu ilmu boleh bersatu ?
Jawab sendirilah
Jawapannya sama – sama akan tahu

Berhadapan dengan Tuhan tidak boleh bersatu
Didalam kehidupan boleh bersatu ?
Bersatu boleh berslogan
Bersatu boleh dicakap -cakapkan

Kalau hati tidak bersatu
Tidak semua hal boleh bersatu
Rahsia bersatu hanya kesatuan hati
Mereka sama – sama takut dan cintakan Tuhan

Kalau tidak sama -sama takut dan cintakan Tuhan
Manusia tidak boleh bersatu
Sekalipun satu agama dan satu bangsa

Bersatu hanya slogan
Tidak akan berlaku di dalam kehidupan
Tolong ambil ingatan
Terutama para pemimpin dan para ulama

Kalau mahu satukan manusia di dalam kehidupan

” Falsafah Dan Peranan Sembahyang ”
Minda ASZ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...