Pesta malaysia di City Square Melbourne. Meriah juga lah tapi sederhana je. Pelajar-pelajar malaysia yang membuat persembahan tapi oklah ada bakat juga dia orang ni. Baju-baju traditional di taja oleh Tourism Malaysia.

Persembahan yang paling menarik adalah tarian bangra dari pelajar india. Memang best terutama dengan rentak yang laju dan kuat memang menarik minat mat salleh australia ni.

OIeh kerana ini adalah kali pertama di adakan di Kota Melbourne so banyak kekurangan yang ada. Juadah-juadah juga dijual disini tapi harga nya memang mahal.  Karipap/popia kecil memang kecik la sudah berharga $1 Aud. Tak berbaloi kalau nak beli.

Fiesta Malaysia ini bermula dari pukul 11 pagi hingga 4 petang. Cuaca memang sejuk kat sini walaupun sudah masuk summer.  Gelak juga saya lihat pelajar yang memakai baju traditional kadazan yang tak memakai baju.. memang dia kesejukkan. sedangkan aku pakai 2-3 lapis baju pun masih sejuk. Aku memang tak suka sejuk. Maklumlah orang kampung, walaupun aku dah merantau banyak negara.

Yang paling sejuk pernah aku alami adalah -28 yang negatif dua puluh lapan di utara Sweden atau tiga atau empat jam ke utara Stockholm. Apa tidaknya di bandar stockholm sendiri sudah -14 darjah masa tu.

Tapi tak pe dengan long john dan 2-3 lapis baju berserta baju sejuk ala ski tu memang dapat memanaskan badan aku. Lagipun hotel memang dipasang heater. Walaupun ada heater, aku masih pakai 2-3 lapis baju kerana sejuk. Memang aku anti sejuk ni. Maklumlah aku ni kan orang kampung. kekek.

Walaupun begitu, anak-anak dan isteri aku ni semuanya suka dok tempat sejuk-sejuk begini. Heran aku, aku memang tak suka sejuk, suka panas. Dia org semua suka sejuk-sejuk kalau tidak berpeluh sakan.

Tengok rasanya bila balik Malaysia nanti. mesti kepanasan punya.