Spread the love

Pencuri pecah masuk rumah tapi tak boleh keluar, dia nampak laut, dia nampak air.

Berenang-renang dia kat ruang tamu atau kat atas simen didapur atau dia duduk termenung atau menangis ditengah-tengah rumah atau dalam bilik mandi.

Jom kita pakat amalkan tips di bawah ini. Moga kita sama-sama dirahmati Allah SWT.

DOA dan AMALAN mengelakkan rumah, pejabat atau kedai anda yg ditinggalkan dari dimasuki atau dicerobohi oleh si PENCURI/PEROMPAK atau yg sama waktu dengan JIN/SYAITAN/IBLIS.

🔴 Ketika rumah, pejabat atau kedai anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah, pejabat atau kedai dan bacalah ayat-ayat DOA seperti berikut :

1⃣ Mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH (1x)

2⃣ Berselawat keatas Nabi SAW (3x)

3⃣ Baca Ayatul Qursi (1x)

4⃣ Baca surah Yasin (ayat ke : 9) (1x)

“Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun”

Bermaksud :

“Dan KAMI adakan dihadapan mereka dinding-dinding dan dibelakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat”.

5⃣ Lafazkan “BISMILLAHITAWAKKALTUA’LALLAH” ~ “LA HAULAWALA KHUWATA I’LLA BILLAH ‘ILL ‘ALIYIL ‘AZIIIM” (1x)

Petikan dari kuliah : Al-Fadhil Ustadz Fadhly Syam.

p/s : Sila sebarkan pada ahli keluarga/kawan-kawan yang mungkin rumah/pejabat/kedai pernah/selalu kena rompak. Berikan manfaat pada orang melalui ilmu… Moga kita amalkan.. Maklumla korang simpan emas berkilo kilo kat rumah.. Mohon Allah bagi keselamatan dan menjaga kita dunia akhirat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...