Motivasi

Hanya mereka yang tahu menghargai

Seorang lelaki sebelum beliau meninggal dunia, berkata kepada anaknya,”Jam ini datuk kamu beri kepada ayah dan berumur lebih 200 tahun. Sebelum ayah beri kepada kamu, sila ke kedai jam di Jalan Utama dan beritahu kepada tauke tu yang kamu mahu jual jam itu dan tanya berapa harga yang tauke itu boleh tawarkan”.

Lalu si anak pun pergi. Selepas beberapa minit, dia pun kembali kepada ayahnya dan berkata, “Tauke itu hanya tawarkan RM5 sahaja sebab jam itu sudah lama dan banyak calar”.

Kemudian, ayah menyuruh anaknya ke kedai kopi pula.

Si anak pun ke kedai kopi itu dan selang beberapa jam, dia kembali dan berkata:”Tauke kedai tu dapat tawarkan RM5, ayah”.

Kemudian ayahnya berkata, “Pergilah ke muzium dan tunjukkanlah jam tersebut”.

Lalu si anak pun ke muzium dan balik bertemu ayahnya dengan hati yang gembira dan berkata kepada ayahnya, “Mereka tawarkan jam ini dengan harga sejuta ringgit!”

Ayahnya seraya berkata,” Ayah hanya mahu kamu tahu, apabila engkau berada di tempat yang betul, engkau akan dinilai dengan baik dan adil. Oleh itu, jangan sesekali letakkan diri kamu di tempat yang salah kerana di situ kamu akan dilayan seperti sampah. Hanya mereka yang tahu menghargai kamu sahaja akan tahu bahawa kamu seorang yang bernilai. Ingat, jangan biarkan diri kamu terlalu lama di tempat yang tidak pernah menghargai kamu meskipun kamu telah sentiasa melakukan yang terbaik.

Kredit FB : Bersama Cikgu Bob

Tahu value diri kamu

Seorang ayah sebelum dia meninggal dunia panggil anak dia dan berkata “Ini motor yang atuk kamu bagi, dah berpuluh tahun usianya, tapi sebelum ayah bagi kat kamu, kamu pergi kedai motor dan cakap kamu nak jual, tengok dia offer berapa harga”

Anak dia ni pun pergi lah kedai motor. Balik tu dia cakap kat ayah dia, “Kedai tu nak RM1500 je ayah, sebab dah lama sangat dan berkarat”. Ayah dia pun suruh dia pergi kedai besi buruk dan offer motor tu. anak dia balik dan cakap “Ayah, lagi teruk, dia nak RM100 je.

Ayah dia suruh pergi Muzium pulak dan tawarkan motor tu. Dia pun pergi muzium dan balik dalam keadaan excited, dia cakap kat ayah dia “Ayah, dia offer RM100K ayah untuk motor ni”.

Ayah dia terus jawab “Anakku, ayah suruh kamu buat semua ni sebab ayah nak kamu tahu, tempat yang betul akan value kamu dengan betul, jangan letak diri kamu di tempat yang salah. Marah diri kamu kalau tak dihargai . Jangan tinggal di tempat yang tak sesuai.”

Pengajaran dari cerita ini ialah “Tahu value diri kamu, jangan biar orang pijak diri kita”

NEWBIE AT 40 PLUS

NEWBIE AT 40 PLUS

Jika anda yang membaca status ini berumur 40 tahun atau lebih, ini coretan untuk Ceo & pembaca.

Ceo pun dah berumur 48 tahun. Kita sebaya. Alhamdullillah. Baiklah, jom teruskan bacaan kita.

Pencapaian kita ketika umur 40 sekarang adalah hasil dari puluhan tahun kita yang dulu.

Pekerjaan, kawan-kawan, tindakan, ilmu, penasihat, aktiviti harian, buku bacaan, kewangan & ianya membentuk diri kita sekarang.

Adakah impian atau cita-cita sudah tercapai? Atau masih mengharapkan sesuatu keajaiban terjadi.

Jangan mengharapkan takdir yang hebat berlaku untuk mencapai impian sejak azali. Jika kita mula bekerja atau berniaga sekitar umur 25 tahun sehingga umur 40 tahun.

15 tahun sudah cukup kita ambil sebagai fasa pengalaman & deretan ilmu yang di kutip sepanjang tempoh tersebut.

Fasa 40 ke atas adalah peluang ke2. Masih ada peluang untuk kita perbaiki diri & upgrade. Gunakan pengalaman yang lalu sebagai kelebihan.

Tapi awas, jika 2nd half pun buat perkara yang, bila dah umur 55 tahun pun di kuatiri masih kekal takuk lama. Tanam pokok betik mana mungkin berbuah durian Musang King.

Apa nak buat Ceo?

Kita ubah apa yang kita buat. Rutin lama mesti di peralusi. Dulu berjam setiap hari lepak kedai mamak, sekarang kurangkan & tukar aktiviti tersebut.

Mungkin kita dah boleh mulakan bisnes sendiri. Bila dah ada perniagaan sendiri, kita mesti belajar ilmu & buat skil baru.

Antara aktiviti yang boleh bantu mendapatkan perkara tersebut :

+Mulakan membaca buku bisnes, hartanah, motivasi, kisah kejayaan, kewangan & keagamaan. Mulakan dengan 2 buku sebulan.

+Tambah networking. Cari kawan baru. Jika nak menjadi seorang Usahawan berjaya, pastikan ada 3 atau lebih nombor telephone Usahawan yang berstatus berjaya.

Boleh belajar dengan mereka. Berkawan dengan semua orang tapi lebihkan masa dengan mereka.

+ Hadir program ilmu yang bermanfaat. Registerkan diri di seminar bisnes. Setkan mesti hadir minima 3 kali dalam setahun. Sediakan bajet untuk ini. Sediakan soalan sebelum hadir.

Aktif di dalam bilik. Biar penceramah atau mentor di depan kenal kita. Branding diri adalah jenama nombor satu.

+ Belajar ilmu kewangan peribadi. Ini ilmu mahal yang perlu kita kuasai. Ilmu ini tiada di mana-mana Universiti. Cari buku, beli, baca berulang kali & hadam lumat.

Bila ilmu tentang duit dah bertambah, kita dah bersedia mengurus duit sedikit & wang yang banyak. Ramai yang tersontot sebab jahil & bodoh sombong.

Penipu lebih bijak dari mereka walaupun dulu bekas student deretan A.

+ Ubah sikap kita. Hampir 100% kegagalan berpunca dari sikap. Nak ubah menjadi orang berjaya tapi sikap tak nak berubah. Macam mana?
Ubah sikap adalah PERCUMA.

Pilihan di tangan kita. Kunci kejayaan sentiasa berada di genggaman. Ini hak mutlak yang ada untuk semua.

Tak perlu minta kebenaran sesiapa untuk ubah hidup. Jangan sabatoj diri sendiri.

Kejutkan HULK yang lama tidur di dalam diri. Berapa lama nak jadi penonton & tukang tepuk tangan kejayaan orang lain?

Jadilah versi terbaik di peluang kedua ini.

Do the best, let ALLAH do the rest. Aamin.

Kredit to CEO SamadKinto

Kisah Helang

KISAH HELANG YANG MENAKJUBKAN

Helang boleh hidup sehingga 70 tahun. Tetapi utk sampai ke usia ini, ia perlu membuat keputusan yg sangat sukar.

Pada usianya 40 tahun, kukunya sudah tidak lagi mampu mencengkam mangsanya dgn kuat. Paruhnya yg panjang dan tajam semakin menjadi bengkok. Bulunya pula menjadi semakin tebal dan berat. Bulu yg semakin tebal dan berat didadanya itu menyebabkan ia semakin sukar utk terbang seperti biasa.

Oleh itu si helang hanya ada dua pilihan:
1. MATI
atau
2. Mesti melalui proses PERUBAHAN yg amat menyakitkan!

Untuk pilihan yg ke 2 sang helang perlu terbang ke atas puncak gunung dan duduk bersendirian di sarangnya. Dan disana ia akan mematuk paruhnya yg bengkok itu ke atas batu yg keras dengan kuat sehingga paruhnya itu tercabut dari mulutnya.

Kemudian sang helang perlu menunggu sehingga paruhnya tumbuh kembali. Setelah tumbuh ia akan mencabut kuku kukunya pula.

Setelah kukunya tumbuh semula, sang helang akan mencabut pula bulu bulunya yang tebal dan kusut itu.

PERUBAHAN yang amat bernilai walaupun sangat menyiksakan.

Dan selepas melalui proses tersebut, Sang Helang sekali lagi dapat terbang dgn gagah dan megah semula di angkasa sehingga 30 tahun…

Kenapa PERUBAHAN itu PERLU?
Untuk terus hidup, kita juga perlu melalui proses PERUBAHAN. Dibandingkan dgn Sang Helang tadi, kita perlu “mencabut” segala memori luka dan duka, tabiat negatif dan minda yg terhad (fixed mindset).

Hanya apabila kita bebas daripada bebanan silam, barulah kita boleh mengambil manfaat daripada kehidupan kita sekarang. Utk memulakan perjalanan baru menuju ke masa hadapan, buangkanlah semua kepercayaan lama dan terhad anda itu. Bukakan fikiran anda dan terbanglah semula seperti Sang Helang!

@MikaylaHolisticTherapy

Jika kita bertemu

Jika kita bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI,
itulah waktunya kita untuk MENIMBA ILMU.

Jika kita bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI,
itulah waktunya kita untuk saling BERTUKAR ILMU.

Jika kita bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI,
itulah waktunya kita untuk MENYAMPAIKAN ILMU.

Jika kita bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT,
itulah waktunya kita untuk MUHASABAH DAN MERENUNG.

Jika kita bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA UMPATAN DAN MENGADU DOMBA,
itulah waktunya kita untuk DIAM & BERLALU PERGI..

💓🌸☝️😊
@Dakwah_Itu_Cinta 🌹🕌🌹

Dunia dah berubah – Motivasi Jack Ma

APABILA GRABCAR DAN UBER SUDAH MENGAMBIL ALIH TUGASAN DAN FUNGSI TEKSI ” analog ” DI ZAMAN DIGITAL MASA KINI

Nasihat yang Terbaik dari orang paling kaya di China..
Wilson Jack Ma
Pengasas Alibaba

Jack Ma berkata:

“Tolong beritahu anak-anak kamu bahawa dunia berubah setiap hari dan tiada sesiapa akan menunggu bila masa sudah berlalu.

Bila pemetik api dicipta, mancis perlahan-lahan lenyap.

Bila kalkulator dicipta, abakus juga menghilang.

Bila kamera digital direka, jualan negatif filem tidak lagi wujud.

Bila jualan langsung @ penjualan secara online meningkat, pemasaran secara tradisional menurun.

Bila smartphone guna 4G
(akses internet tanpa talian) diperkenalkan kpd dunia, kita tidak perlu lagi memasang komputer di rumah.

Bila wechat dan whatsapp
(mesej teks/suara/video bergerak) dibangunkan, mesej teks tradisional (SMS) tidak lagi sepopular dulu.

Jangan kita tuduh “siapa ambil bisnes siapa.” Ia hanyalah disebabkan orang lebih cepat menyesuaikan dan mengadaptasi kepada idea baru dan perubahan di dunia.

Ada org bertanya kepada Jack Ma, “Apakah Rahsia kejayaan kamu?” Dia berkata “Sangat mudah… Saya buat (bertindak) semasa kamu hanya memerhati.”

Ingatlah dunia berubah setiap hari. Kalau kamu tidak berubah, kamu akan ketinggalan. Kamu Tuai apa yg kamu Semai dan Bagaimana Anda Guna MASA yang Ada.

Kalau kamu habiskan masa bergaul dengan orang-orang Berjaya, kamu menjadi seorang yang BERJAYA.

Kalau kamu luangkan masa utk belajar, kamu mungkin beroleh kebijaksanaan.

Kalau kamu luangkan masa utk membaca buku untuk majukan diri, kamu akan beroleh Peningkatan Diri.

Kalau kamu habiskan masa utk minum, kamu mungkin menjadi seorang pemabuk.

Kalau kamu habiskan masa mengomplen, kamu akan menjadi seorang yang suka menyalahkan.

Kalau kamu luangkan masa untuk mencantikkan diri kamu, kamu mungkin menjadi seorang gadis yang cantik/lelaki yg handsome.

Kalau kamu luangkan masa untuk kekal sihat, kamu akan nikmati kehidupan sihat yang baik.

Kalau kamu habiskan masa menjadi seorang yang suka marah-marah, kamu mungkin menjadi orang yang tidak disukai orang.

Kalau kamu habiskan masa dengan keluarga, kamu akan mewujudkan kasih sayang dan perhubungan yang aman dengan orang-orang yang kamu sayangi.

Beza antara Orang yang Berjaya dan Tidak ialah Bagaimana Pintarnya Anda Menggunakan MASA.

Tips simple untuk menjadi orang KAYA

Nak merasa jadi orang kaya ? Boleh try amalkan tips simple kat bawah ni :

1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan shj duit balance yg seringgit dua/sen tu sebagai tips kpd mereka yg serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.

2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tlg kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun,kita tidak tahu doa yg mana akan makbul. Mereka yg berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang utk buat camtu.

3. Jika kita singgah solat kat mana2 surau atau masjid,jgn lupa lepas solat seluk poket carik note yang paling BESAR utk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yg betul-betul kaya mampu berbuat demikian.

4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar spt Tesco/Giant, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sgt mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.

5. Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam2 toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada duk gi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je.

6. Bila naik teksi, genapkan ajer tambang tu. Dengan niat utk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi.Tak semua orang berpeluang naik teksi & jd penumpang.

7. Adakala kita tgh queue di kaunter bayaran mini market, jumpa budak2 merengek nak beli jajan or gula2, apa salahnya tolong amikkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum.

8. Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok2 la orang sekeliling. Ada yg singgah dgn family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pon mcm kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.

9. Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan,sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum utk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yg mana yg patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.

10. Jika ada peluang pi melawat org sakit kat wad, time nk belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan ksejahteraan mereka.Besar nilainya bg org yg tgh sakit dpt ingatan sebegitu. Orang kenamaan shj biasanya ada peluang buat camtu.
Kita tidak memerlukan masa dan saat yg sesuai utk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu utk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN.

Cubalah, saya yakin insyaAllah anda akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa kalu buat perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yg memberi, mana tahu esok lusa kita pula yg akan menerima?

dari FB.

Akal Vs Nafsu

Apabila AKAL menjadi penasihat maka hati pun BAIK,

Apabila NAFSU menjadi penasihat, maka raja dalam diri manusia itu juga menjadi JAHAT

Tips tenang dan redha dalam bisnes

Tips tenang dan redha dalam bisnes jika dilanda ujian :

1. Yakin Allah tu ada
2. Allah tak pernah terlepas pandang kita walaupun sesaat. Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat. Yakinlah bahawa kita tak pernah terabai walau sedetik
3. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang
4. Mahasuci Allah dari kesilapan. Allah tak pernah silap dan tak akan pernah buat silap
5. Allah sangat dekat. Pertolongan Allah juga dekat. Jika Allah nak tolong, tak kan pernah lewat walau sesaat, dan tak akan cepat walau sesaat. Namun jika Allah tak mahu tolong, takkan ada apa daya pun akan dapat tolong.
6. Allah Maha Mengetahui sedangkan kita tak tahu. Barangkali kamu menyukai sesuatu tapi ia tidak baik untuk kamu. Barangkali kamu tidak suka akan sesuatu, namun ia baik untuk kamu. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita dan masa yang terbaik untuk anugerahkan kurniaanNya itu. Dan Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk kita walaupun kadang-kadang dalam keadaan kita tak suka sesuatu itu. Bahkan disebalik kejadian yang paling malang sekalipun masih ada kebaikan disebaliknya jika kita tahu..
7. Allah pilih kita untuk terima ujian ini. Untuk menghapuskan dosa kita dan untuk naikkan darjat kita. Bersyukurlah atas kurniaan ujian itu..
Ucaplah Inna lillahi wainna ilaihi rajiun jika mendapat musibah.
Boleh saja Allah menukar sesuatu yang buruk kepada yang baik dengan kekuasanNya jika Dia mengkehendaki namun kita sebagai hambaNya kena sentiasa sabar, tenang dan redha atas tiap kejadian sambil sentiasa berdoa supaya diberikan kebaikan dunia dan akhirat sama ada berkaitan dengan hal kita ketahui, atau tidak kita ketahui..
Orang berjaya adalah orang yang TENANG, bukan yang sentiasa meroyan bila ditimpa musibah.

Kredit: Abd Hakim Awang D’apple

Orang Senang Vs Orang Susah

Seorang anak bertanya sama ibunya…..

Anak : Mama, kita orang susah kah, atau orang senang?
Mama : Ishhh…!! tak tahu mama nak jawab.
Anak : Alahhh… bagi tahulah kita ni orang susah kah, atau orang senang?
Mama : Agak-agak…., kita orang senang kah, atau orang susah?
Anak : Ermmmm…. kita ada kereta, kita ada duit. Kita orang senang lah mama…
Mama : Salah tu sayang….
Anak : Takkan kita orang susah kot?
Mama : Orang senang tu maksudnya dia senang nak berzikir kepada Allah. Walaupun dia miskin, sibuk, sakit, dia tetap sebut nama Allah, istighfar, tahmid, tasbih. Senang sebab guna mulut saja dan bila-bila masa dan di mana-mana saja….
Orang susah tu maksudnya dia susah nak berzikir kepada Allah walaupun dia ada banyak harta, ada banyak duit, ada banyak masa dan sentiasa sihat. Allah bagi macam-macam nikmat dan kesenangan tapi susah sungguh mulut nak sebut-sebut nama Allah… Itulah orang susah namanya….
Anak : Ooooo….. macam tuuuu….
Mama : Adik jadilah orang senang. Lagi banyak kita senang nak ingat dan sebut nama Allah lagi banyak Allah bagi kesenangan macam-macam….
Adik nak jadi orang senang kah, atau orang susah?
Anak : Adik nak jadi orang senanglah mama
Mama : Ya betul. Jadilah orang senang sebab bukan susah nak jadi Orang Senang.

Semoga kita semua jadi Orang Senang & mendapat redha Allah dunia & akhirat…InshaaAllah Ta’ala, Aamiin

Usahawan Yang Miskin

PESANAN SENTAP BUAT USAHAWAN YANG MISKIN!

Jack Ma, pengasas Alibaba berkata :
“Orang paling teruk nak dilayan ialah,
orang yang miskin minda.”

◾️Apabila bagi free,
mereka akan kata, itu perangkap.
◾️Apabila diberitahu ini perlukan pelaburan kecil, mereka jawab, pulangannya sikit sangat.
◾️Apabila diminta untuk buat pelaburan besar, mereka jawab, tiada duit.
◾️Apabila diminta untuk cuba benda baru, mereka kata, tiada pengalaman.
◾️Apabila diberitahu, ini bisnes tradisional, mereka kata, susah.
◾️Apabila diberitahu, ini model bisnes yang baru, mereka akan kata, ini MLM.
◾️Apabila diminta buka kedai, mereka kata, tiada kebebasan.
.
Mereka ini, mempunyai 3 persamaan kolot :-
✔️Mereka suka bertanya di Google.
✔️Suka dengar cakap kawan yang miskin macam mereka juga.
✔️Berfikir lebih banyak daripada seorang professor, tetapi sedikit buat kerja, lebih sedikit daripada orang buta.
.
Cuba tanya mereka, “Apa mereka boleh buat?”
Mereka tiada jawapan.
Kesimpulan yang boleh dibuat …
.
“Sementara jantung anda sedang berdegup kencang, apa kata, buat je kerja laju-laju.
Daripada asyik berfikir tak habis-habis, lebih baik buat SESUATU”

Orang miskin ini ada satu persamaan. Hidup mereka hanya tunggu dan lihat.

Rezeki Tahu dimana DiriMu

Rezeki Tahu dimana DiriMu

REZEKIMU TAHU DI MANA DIRIMU

Mungkin kau tak tahu dimana rezekimu..
Tapi rezekimu tahu dimana dirimu..
Dari lautan biru, bumi dan gunung..
Allah memerintahkannya menujumu..
Allah menjamin rezekimu, sejak 4 bulan 10 hari kau dalam kandungan ibumu..

Amatlah keliru bila rezeki dimaknai dari hasil bekerja..
Kerana bekerja adalah ibadah..
Sedang rezeki itu urusanNya.

Melalaikan kebenaran demi menghawatirkan apa yang dijamin-Nya adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji..
Yang mungkin esok akan ditinggal mati..

Mereka lupa bahwa hakekat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka..
Tapi apa yang telah dinikmatinya..

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita..
Allah menaruh sekehendak-Nya..

Diulang bolak balik 7x Shafa dan Marwa,
Tapi zamzam justru muncul dari kaki bayinya..
Ikhtiar itu perbuatan..
Rezeki itu kejutan..

Dan jangan lupa..
Tiap hakikat rezeki akan ditanya..
“Darimana dan untuk apa?”

Kerana rezeki adalah “hak pakai”
Halalnya di hisab..
Haramnya di azab..

Maka, jangan kau iri pada rezeki orang lain…
Bila kau iri pada rezekinya,
KAU JUGA HARUS IRI PADA TAKDIR KEMATIANNYA…

Kerana Allah memberi rezeki, jodoh dan usia ummat-Nya..
Tanpa boleh tertukar satu dan lainnya..

Jadi bertawakkal lah, redha dengan ketentuan Allah, sehingga apapun itu, engkau akan merasa cukup dan penuh kenikmatan…

MARI KITA BERSYUKUR. . .
MESKIPUN ITU BERAT TERKADANG.

Tidak percaya rezeki bererti tidak percaya dengan si Pemberi rezeki

Wahai diriku.

Syurga *lelaki*
pada perempuan iaitu *IBU*

Syurga *perempuan*
pada lelaki iaitu *suami.*

Sehebat-hebat *suami*
kena patuh pada *ibu.*

Sehebat-hebat *ibu*
kena patuh pada *suami.*

Masa *hidup*
anak perlukan *doa ibubapa.*

Masa *mati*
ibubapa perlukan *doa anak.*

Di *dunia*
nasab itu pada *lelaki.*

Di *akhirat*
nasab itu pada *perempuan.*

*Sehebat-hebat manusia*,
bila mati
dia tetap *perlu orang lain*
untuk *kebumi jenazahnya.*

*Setinggi-tinggi ilmu*
yang manusia ada.
Dia tetap perlu *belajar*
daripada seorang *guru.*

Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara.
Pasti yang dirindu
adalah *keluarga.*

Walau *sekaya* manapun seorang manusia.
Dia tetap perlu untuk *berurusan*
dengan *orang lain…*

Seorang *General Manager*
tidak akan mampu uruskan perjalanan premis
tanpa *general worker.*

Seorang *raja*
tidak berkuasa
tanpa ada *rakyat jelata.*

Inilah manusia…
*Lemah.*
Walau sehebat mana pun kita didunia.
Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi.
Taraf kita hanya seorang *”Hamba”.*

Lalu kenapa mahu rasakan
kita adalah yang terbaik dan terhebat ???

Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada
*taraf ujub, riak,sombong dan hina*

*Ingatlah wahai diriku*
dan yang sedang membaca.
Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat.
*sombong dan merasa dia lebih baik.*🤓

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...