Buku

Makrifat Hidup & Cinta

Teruja kerana kawan saya sudah menjadi penulis yang nama penanya adalah Wira Kenali.

Buku pertama karangan beliau adalah buku yang bertajuk Makrifat Hidup dan Cinta. Buku ini mengisahkan kepada kehidupan, ketuhanan and cinta kepada pencipta. Mulanya saya ingatkan cinta kepada manusia. Selalu klisenya begitu. Tetapi sangkaan saya meleset sekali.  Lagipun saya memang anti buku novel terutama buku novel cinta.

Buku ini memang menarik sekali !

Ada cerita mengenai Nabi Musa a.s yang ingin mengetahui Keadilan Allah taala dan diperlihatkan oleh Nabi Musa a.s dengan syarat dia perlu sabar dan jangan menyalahkan Allah dengan kejadian tersebut. Nak tahu kisahnya, kena lah baca. Saya tak nak ceritakan disini. Bagi suspenla sikit, kan?

Saya harap dapat habiskan buku ini dalam masa 2 hari dan dapat mengetahui kesudahan buku ini.  Jom istiqamah dan selamat membaca.

Oh ya! Kalau saudara/i yang berminat dengan buku ini, boleh la tempat dari saya. Harga RM40 dengan pos laju. [Nizam wasap: 0136408906]

 

Check-In Iman

Ramai suka check in Foursquare ke Swarm ke.  But tidak ramai yang Check-in Iman.

Tak Boleh Cepat, Tak Boleh Lambat

Adakala kita rasa macam tak sempat sahaja nak kejar urusan dunia dan tugasan kerja serta belajar. Macam masa 24 jam itu memang tak cukup-cukup. Kenapa itu berlaku?

Sebab itu, kita perlu check-in iman kita.

Masa 24 jam sehari aku, banyak dibazirkan untuk apa?

Sepanjang hidup aku, apa bekalan yang aku dah cari untuk dibawa ke akhirat nanti?

Apa kebaikan yang aku lakukan dalam sehari?

Apa ilmu yang aku dapat hari ini?

teetw00707 teetw00706

 

Harga RM21 je.

Buku Take 5 @Prof Kami

Saya memang mengumpul koleksi buku Prof Kamil Sejak dari awal lagi.

Buku ini baru dibeli di Popular Bookstore

RM15 sahaja.

*200 bahasa hati menyuntik motivasi

 

3a925ae2-79b2-41e9-bb24-d93442bd21a6 take5

DIY 360 Mengurus Wang

Buku terbaru dan beli online dari fb Alwi Adam. Saya memang suka baca buku mengenai pengurusan wang.

Menjadi kaya dan bebas kewangan adalah impian ramai orang. Namun tidak ramai yang mahu belajar sistem untuk menjadi bebas kewangan. Formula asas kaya sangat mudah iaitu, urus duit dan buat duit.

Lepas urus duit, buat duit sebanyak mungkin. Lepas buat duit, uruskan sebaik mungkin. Namun menjadi bebas kewangan perlu lebih daripada itu. Pengurusan duit perlu strategik dan bermatlamat. Minda perlu diubah, nafsu perlu dikekang. Fokus kepada matlamat dan tetap pada perancangan.

Buku ini membawa anda satu sistem kewangan yang lengkap dan menyeluruh dalam satu modul dinamakan #DIY360FinancialFreedom, satu pengurusan minda dan pelan untuk mencapai kebebasan kewangan.

Harga: RM35 je

diy360

Esiklopedia Akhlak Muhammad SAW

akhlakrasulullaTerpanggil untuk membeli buku ini setelah buku Rahsia Kematian. Belek punya belek memang best untuk mengetahui segala aspek akhlak SAW.

Memang sangat hebat Akhlaknya.

 

Rahsia sukses Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan dakwah Islam adalah senantiasa bersenjatakan budi pekerti mulia.

Hal ini diakui oleh banyak pihak- non muslim mahupun muslim.

Ensiklopedia ini merupakan kunci pembuka pintu-pintu kemuliaan akhlak Nabi Muhammad untuk kita aplikasikan dalam kehidupan sehari-hari. Ensiklopedia ini memerincikan akhlak-akhlak beliau yang nescaya menjadi panduan bagi pembaca yang menginginkan hidup selalu berhias akhlak mulia.

 

 

Magnet Impian dan Kejayaan – jootawan

Saya memang berminat dengan buku-buku rahsia tarikan ni  iaitu Law Of Attraction.
magnetimpiandankejayaanBuku ini bakal membantu anda:

Apabila anda membaca buku ini nanti, anda akan membaca 2 bahagian dalam buku ini.

Bahagian pertama, anda akan mempelajari maksud seperti Hukum Tarikan (Law of Attraction), bagaimana hukum tarikan ini berkesan di dalam hidup anda, contoh kisah sebenar bagi pengamal hukum tarikan ini dan fakta-fakta tentang Hukum Tarikan (Law of Attraction) ini.

Manakala, bahagian kedua adalah bahagian terpenting di dalam buku ini. Di mana, saya tunjukkan kepada anda bagaimana menggunakan hukum tarikan ini langkah demi langkah.

Nasihat saya, jangan langkau satu langkah pun untuk anda mencapai impian yang anda hajati apabila mengamalkan hukum tarikan ini.

Langkah 1 – Percaya Dan Terima: ‘Pemikiran Menghasilkan Realiti’

Dalam langkah pertama ini, saya minta ada untuk mempercayai bahawa hukum tarikan ini adalah wujud. Apabila anda sudah boleh mempercayai dan menerima hukum tarikan ini, ia akan bertindak terhadap anda apabila anda menggunakannya.

Langkah 2- Pembersihan Minda: Buat Ruang Untuk Penghasilan

Untuk langkah kedua ini, anda perlu mengosongkan pemikiran yang usang dan lusuh atau kepercayaan tidak boleh kepada hukum tarikan ini. Pastikan anda sudah mengosongkan fikiran negatif supaya mudah untuk hukum tarikan ini meresap ke dalam diri anda.

Langkah 3 – Apa Yang Anda Inginkan

Dalam langkah ini, anda perlu memasang impian yang anda betul-betul mahukan. Bukan impian seperti melepaskan batuk di tangga. Maksud saya, anda perlu memasang impian yang anda ingin capai dalam hidup yang bakal menggembirakan hidup anda.

Langkah 4 – Bentukkan Gambar Yang Jelas Tentang Apa Yang Anda Mahu

Jangan abaikan langkah ini ! Dalam langkah ini, saya tunjukkan satu persatu bagaimana anda membentuk gambaran impian yang anda mahukan. Baca, ikut dan buat !

Langkah 5 – Fokus Terhadap Impian Anda

Hukum tarikan membawa kesan yang besar terhadap pengamalnya. Sekali anda menarik impian ke dalam diri anda, ia akan menterjemahkan impian itu menjadi realiti. Tugas anda, anda sentiasa fokus kepada impian yang anda buat. Jangan lari daripada impian anda !

Langkah 6 – Fokus Yang Berterusan Terhadap Impian Anda

Langkah tambahan daripada langkah kelima. Fokus langkah keenam adalah konsisten dengan pembinaan impian yang anda buat !
Kunci utama untuk kosisten adalah memasang impian yang sama sehingga impian itu tercapai. Jangan fikirkan impian lain selagi impian yang anda bina sekarang tidak tercapai.

Langkah 7 – Tutup Minda Anda Kepada Keraguan Dan Ketakutan

Jangan biarkan impian anda terkubur begitu sahaja dengan ketakutan dalam diri anda ! Dalam langkah ini, saya tunjukkan 4 perkara utama untuk anda atasi perasaan ragu dan ketakutan mencapai impian anda.

Langkah 8 – Bersyukur

Orang yang bersyukur adalah orang yang berasa cukup dengan apa yang dia capai. Tindakan seterusnya ketika menggunakan hukum tarikan ini adalah bersyukur.

Bersyukur dengan hajat yang tercapai. Dan bersyukur dengan hasil yang sedikit walaupun matlamat impian itu masih jauh.

Langkah 9 – Bertindak Dan Bawa Visi Anda Ke Dalam Tindakan

Langkah paling penting di dalam bahagian kedua buku ini. Jangan abaikan langkah ini !
“Orang berjaya adalah orang yang melakukan tindakan.”
Rancang tindakan anda. Dalam langkah ke sembilan ini, saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana memulakan tindakan selepas anda memasang impian yang mahu ada capai.

Langkah 10 – Kongsikan Pesanan Ini Dan Dapatkan Hasilnya

Apa yang anda mahu, perlu dibalas dengan kemahuan anda itu.
Sebagai contoh, anda mahukan kekayaan wang. Anda perlu berikan wang kepada orang ramai. Anda mahukan kebahagiaan. Anda perlu memberi kebahagiaan kepada orang ramai.
Sebagai permulaan, apakah tindakan yang perlu diambil oleh anda untuk mencapai kekayaan dan kebahagiaan ini?
Dalam langkah ke sepuluh ini, saya tunjukkan caranya.

Langkah 11 – Program Minda Dengan Hipnosis

Maksimumkan kuasa magnet impian dan kejayaan dengan hipnosis.
Dalam langkah ke sebelas ini, saya kongsikan kepada anda bagaimana hipnosis ini mempercepatkan anda mencapai impian dengan hukum tarikan.
Apabila anda memberi arahan yang betul kepada pemikiran anda, anda telah menghipnosis diri untuk terus mencapai impian tanpa berfikir panjang lagi.

 

Harga: RM39.90

Maharaja Wang – Azizi Ali

Buku terbaru yang saya beli di Pesta Buku MABOPA semalam di KLCC.

maharajawangBuku terkini Azizi Ali ini membongkarkan rahsia membina kekayaan yang sebenar. Ia penuh dengan penyelesaian, jawapan dan pengetahuan berkaitan kewangan.

Ia merupakan sebuah panduan tentang bagaimana ingin menjadi kaya, hidup kaya, kekal kaya dan sudah tentu mati pun kaya.

Ia sesuai bagi mereka yang sibuk bekerja, usahawan atau orang kaya baru.

Buku ini akan menerangkan bagaimana untuk menjadikan duit bekerja keras untuk anda sambil anda menikmati kehidupan ini.

Pelajari:

  • Langkah-langkah yang dijamin selamat untuk menyimpan wang
  • Bagaimana untuk menjadi pakar dalam kewangan
  • Bagaimana menggunakan hutang untuk menjadi kaya dengan secepat mungkin
  • Bagaimana membuat duit melalui unit amanah
  • 8 petunjuk untuk mengenal pasti pengkomplot
  • 5 langkah untuk melindungi diri anda anda daripada keruntuhan sistem kewangan
  • Bagaimana untuk menjadi kaya dan bahagia
  • Bagaimana untuk hidup kaya sebenarnya
  • Bagaimana untuk mati kaya

 

 

Jadi kaya, Hidup Kaya, Mati Kaya   Bila lagi??

Harga: RM49.90

 

Buku Jutawan dari Rumah

jutawandarirumahSaya cukup suka membaca buku motivasi perniagaan terutama yang melibat bisnes kecil tapi berhasil besar.  Bisnes yang dalam kategori biasa-biasa tapi income dia gempaq.

Memang tidak dinafikan, ramai yang minat bisnes besar mahu jadi CEO, MD tapi risiko besar walaupun income juga besar.

Salah satu formula untuk menjadi kaya dalam buku tersebut adalah  belajar “Simpan wang setiap hari untuk dilupakan”.   Ikut pepatah lama Sikit sikit lama-lama jadi Bukit.

Dalam buku ini juga memaparkan 7 ketagihan yang perlu jika anda ingin menjadi Jutawan di Rumah.

Nak tahu.  pergi la beli dan Baca Sendiri..

Ke Guano?

 

Al-Jauhar Al-Mauhub Wa Munabbihat Al-Qulub

Al_Jauhar_Al_Mauhub

Kitab ‘AL-JAUHAR AL-MAUHUB’ ini adalah merupakan hasil terjemahan oleh Asy-Syeikh ‘Ali bin ‘Abdur Rahman Al-Kalantani, yang telah beliau nukilan daripada ” Kitab Lubab Al-Hadith”, karangan bagi Asy-Syeikh Al-‘Alim Al-‘Allamah Jalaluddin ‘Abdul Rahman As-Suyuthi. Buku ini merupakan “mau’izah” (pengajaran) dan bimbingan agama di dalam berbagai lapangan ‘ibadat yang perlu bagi setiap mukallaf mengetahuinya.
Kitab ini telah banyak kali diulang cetaknya dan banyak digunakan di pondok-pondok. Dan sesungguhnya kitab asalnya ialah dalam tulisan jawi, tetapi memandangkan kebanyakan generasi sekarang ini yang kurang mahir dalam tulisan jawi, maka untuk membantu mereka yang amat berminat mendalami ‘ilmu agama maka Ustazah Noraine Abu telah cuba menyalinnya dari tulisan jawi ke tulisan roman dengan tanpa ada pindaan daripada teks asal, agar mudah bagi mereka untuk mengikuti setiap perkataan yang terdapat dalam teks asal.

Sebagai penerbit, besai- harapan kami semoga kitab ini akan dapat memberi manfa’at dan bimbingan kepada pembaca sekalian. Segala ‘amalan yang balk ini semoga mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Tuhan itu dekat

Penulis: Amaluddin Mohd Napiah
Harga: RM22

tuhan_itu_dekat

Buku ini mengandungi 60 tazkirah pendek mengajak kita muhasabah diri dan taqarrub kepada ALLAH. Tetapi padat dengan isi-secara halus menyentuh naluri dan kalbu kita untuk merenung kelemahan diri.

ASBABUN NUZUL – Sejarah Turunnya Ayat-Ayat Al-Quran

Penulis: Imam Jalaluddin As- Sayuthi

Asbabun Nuzul adalah salah satu ilmu yang harus dipelajari bagi seseorang yang ingin menafsirkan Al-Qur’an.

asba

Pemahaman terhadapnya merupakan sebuah kemestian, agar tidak menjadi kesalahan dalam menafsirkan ayat-ayat Allah. Pemahaman terhadap ilmu ini juga akan mempekaya penafsir dalam mengkaji mukjizat-mukjizat Al-Qur’an.

Kitab ini bernama Lubabunnuquul fi Asbaabin Nuzuul. Ia ditulis oleh ulama terkemuka Imam Jalaluddin as-Suyuthi.

Ia merangkum dari berbagai kitab kumpulan hadith dan kitab-kitab rujukan utama, serta menyeleksinya dari tafsir-tafsir para ahli riwayat.

Bersyukurlah Kerana-Nya

bersyukurlah

Penulis: Syed Alwi Alatas
Harga: RM25

Terlalu banyak nikmat Tuhan yang kita kecapi setiap saat namun tidak disedari manusia. Segala nikmat ini tidak mampu kita membayarnya dengan segala harta yang dimiliki di dunia ini, Namun Allah dengan kasih sayang dan rahmat-Nya, terus memberi hamba-Nya dengan nikmat yang banyak, baik manusia itu taat atau ingkar kepada-Nya. Satu-satu cara untuk membayar nikmat itu adalah dengan beryukur kepada Allah. Sesungguhnya bahagia itu milik mereka yang bersyukur!

BERSYUKURLAH KERANA-NYA mengajak pembaca melihat nikmat dan syukur dalam dimensi dan perspektif baru. Santai, tetapi sarat dengan pengajaran.

Risalah Doa

DSC_0009Buku Risalah Doa ini adalah buku kumpulan doa doa yang dipetik dari beberapa kitab dan tersusun dari:

Ayat ayat Al Quranul Karim,
Doa doa yang diamalkan Rasulullah saw dan para sahabat,
Doa doa para Wali dengan susunan kata kata yang halus dan fasih, baik yang di dapat dari mimpi maupun yang diambil dari Asmaul Husna dan sebagainya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...