Banyak orang memperkatakan tentang buku ini. Awal-awal lagi saya sudah membeli kerana ingin tahu apa isi kandungannya.

Isinya bagus untuk newbie dan intermediate. Tapi cara yang lebih detail tidak diberitahu disini. hanya lah dalam bentuk surface.

 
Sinopsis

10 langkah mudah menjadi usahawan Dot Com.

Pada 2010, berniaga di e-dagang dijangka memperoleh keuntungan sehingga US$40 bilion. Ramalan ini menarik minat penduduk seluruh dunia menceburi bisnes secara online sehingga meningkat mendadak lebih 500 peratus.

Ini adalah cabaran bagi pemilik bisnes online bersaing menarik minat pengunjung internet membeli produk mereka.

Rahsia Buat Duit dengan Internet memberi panduan bagi mereka yang ingin meraih keuntungan melalui internet. Ia juga dilengkapi dengan CD bagi membantu bakal jutawan:
-Membina laman web yang efektif.
-Memasarkan perkhidmatan dan produk perniagaan dengan cara yang mudah.
-Cara paling efektif menjadikan laman web anda kerap dikunjungi pembeli.
-Mengetahui kesilapan yang selalu dilakukan peniaga e-dagang.

Isi Kandungan
Daripada laptop penulis
Langkah 1: Kami, Anda, Mereka dan Internet
Langkah 2: Bekalan bagi Pengembaraan yang Menguntungkan
Langkah 3: Produk Terhangat di Pasaran
Langkah 4: Model Perniagaan Terlaris Masa Kini
Langkah 5: Membina Laman Web yang Efektif
Langkah 6: Hosting: Tapak Bisnes Anda
Langkah 7: Penjenamaan Melalui Domain
Langkah 8: Melancarkan Bisnes Dot Com Anda
Langkah 9: Merancang Pengiklanan Berkesan
Langkah 10: Pecutan Terakhir, Pemasaran Gemilang

Â