Buat duit dari rumah

Spread the love

Pada mulanya, saya bukanlah suka sangat baca buku BM ni tapi setelah baca a few buku dari Chef Li teruja pulak nak baca buku BM. Bukannya apa, kalau dok baca buku BM, berkarat pula english sebab kena selalu presentation kat orang. Tup tup vocab lak hilang.

Tapi tak pe, ini sinopsis buku buat duit dari rumah yang aku beli. Penulisnya adalah Mohd Rozani Pawan Chek.

Jika selama ini anda teraba-raba mencari pendapatan tambahan ataupun berasa gelap dalam mencari cara dan teknik bagi mengubah kuasa ekonomi anda, kini dengan hadirnya buku ini, sedikit sebanyak dapat mengurangkan dan mengubah kedudukan ekonomi anda.
Buku ini juga membuka mata, membuka hati dan membuka jalan kepada para pembaca menerokai alam siber dan menjalankan perniagaan secara online.

Kadang-kadang kita selalu berfikir, hendak menjadi jutawan memerlukan modal yang juga bernilai jutaan ringgit. Tetapi perniagaan mail order tidak memerlukan modal hingga jutaan ringgit. Percayakah anda apabila saya katakan, modal bagi perniagaan ini tidak sampai pun RM2,000. Mengapa? Tidak percaya?

Buku ini mengandungi dua cara berniaga melalui pos iaitu secara konvensional (pos biasa dan pengiklanan melalui akhbar dan majalah) dan melalui internet. Anda boleh memilih cara mana yang sesuai. Tetapi jika hendak menjadi jutawan, gunakanlah kedua-dua cara ini. Saya pernah dan sedang merintis kedua-dua cara.

Buku ini tidaklah memberikan input 10 peratus, tetapi cukup sekadar membuka minda dan pemikiran anda yang jalan bagi menjadi kaya dan jutawan adalah luas.

Isi Kandungan
Prakata
Bab 1 Buat Duit dari Rumah
Bab 2 Berkenalan dengan Mail Order
Bab 3 Kelebihan Mail Order
Bab 4 Peti Pos Jadi Mesin Duit?
Bab 5 Ayuh Kita Mulakan!
Bab 6 Menjual Barangan
Bab 7 Menjual Perkhidmatan
Bab 8 Menjual Maklumat
Bab 9 Jualan MLM
Bab 10 Menjana idea
Bab 11 Kelebihan Iklan Akhbar dan Majalah
Bab 12 Teknik Menulis Iklan
Bab 13 Teknik Menulis Katalog dan Brosur
Bab 14 30 Cara Meningkatkan Kualiti Katalog dan Brosur
Bab 15 Bagaimana Hendak Berjaya?
Bab 16 5 Tip Sukses Mail Order
Bab 17 Firma-firma Luar Negara
Bab 18 Rancang Gerak Kerja
Bab 19 Cari Idea
Bab 20 Dapatkan E-mel
Bab 21 10 Rahsia Laman Web Hebat
Bab 22 Dapatkan Domain Name
Bab 23 Promosi… Promosi… Promosi…
Bab 24 Kelebihan dan Kekurangan Produk
Bab 25 Promosi Melalui Enjin Pencari
Bab 26 20 Kedudukan Teratas Enjin Pencari
Bab 27 Promosi Melalui Direktori dan Yellow Pages
Bab 28 Promosi Melalui PPC
Bab 29 Promosi Melalui E-mel
Bab 30 Promosi Melalui E-Book
Bab 31 Promosi Melalui Program Affiliate
Bab 32 Promosi Melalui E-zine
Bab 33 Promosi Melalui Message Board
Bab 34 Promosi Melalui Pertukaran Link
Bab 35 Promosi Melalui E-Bay
Bab 36 Promosi Melalui Ruangan Chat
Bab 37 Promosi Melalui Banner Exchanges
Bab 38 Promosi Melalui Weblog
Bab 39 Cara Bayaran Perniagaan Internet
Bab 40 Menggalakkan Pelanggan Respons pada Laman Web
Bab 41 7 Kesilapan Perniagaan Melalui Internet
Bab 42 10 Dalil Kenapa Perniagaan Internet Gagal
Bab 43 Tingkatkan Kualiti Laman Web Secara Percuma
Bab 44 Jualan ‘Gila-gila’
Bab 45 Mulakan produk Maklumat Sendiri
Bab 46 5 Cara Pelanggan Boleh Percaya pada Anda
Bab 47 18 Langkah Sukses
Bab 48 12 Dalil Mengapa Anda Perlu Bekerja di Rumah
Bab 49 Miskin Bukan Alasan
Bab 50 Peluang Ada di Mana-mana
Bab 51 Pemikiran Jutawan
Bab 52 Rahsia Kebahagiaan dalam Perniagaan dan Hidup
Bab 53 Apa Tunggu Lagi…
Bab 54 Biodata Penulis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Users who found this page were searching for:

  • buku mohd rozani pawan check

Leave a Reply