BERILAH SEBELUM DIMINTA

Dalam satu perbualan ketika menziarah,seorang berkata,”Pada saya,apa saja yang orang tua saya minta,saya tunaikan,belikan.”Seorang dua yang berada disitu memujinya sikapnya tetapi saya sebaliknya menongkah arus,” Itu tidak cukup baik.”Semua mata tertumpu kpd saya,lelaki yang memuji diri itu merah telinganya.”Sepatutnya seorang anak memberi kepada ibubapanya sebelum ia meminta, atau tanpa menunggu mereka meminta.”Saya perturunkan huraian hal ini moga dapat difikir juga oleh pembaca semua.

Ibubapa biasanya malu untuk meminta kepada anak,tetapi anak memang tidak malu meminta kpd ibubapa kerana telah terbiasa sejak kecil.Bahkan sebaliknya kebanyakan ibubapa tetap terus berusaha untuk memberi kpd anak walau mereka telah dewasa atau mereka tidak minta.Jadi jika ibubapa meminta, itu bermakna mereka sangat memerlukan atau tiada pilihan.

Adalah lebih elok seorang anak cuba menyelami apa kehendak ibubapa untuk dipenuhi sebelum ia meminta,tetapi jika ingin kepastian,bertanyalah.Jika nampak motor abah dah uzur sangat, belikankah yg baru,janganlah sampai diminta kerana itu tertera depan mata.Jika dapur emak nak roboh,berjelaga,belikanlah yg baru,jika bilik air orang tua kita terasa kembang tengkok nak dijijak,buatkanlah yg baru,tak perlu tunggu diminta,jika tandas ibubapa rasa jijik hingga tahan tak melepas dua tiga hari,buatkankan renovation .Apa yg nampak pada mata kita,usah tunggu diminta,tetapi apa yg tidak jelas pada pandangan dan pengetahuan,barulah bertanya.
Itulah anak yg terbaik,bukan menunggu ibubapa minta dan berbangga menunaikannya,kerana hakikatnya harta yg ada ditangan seorang anak,bukan miliknya,tetapi milik bapanya.

Harus diingat,semua diri seorang anak dan hartanya adalah menjadi milik ibubapanya. Rasulullah bersabda kepada seorang lelaki: “Kamu dan hartamu adalah milik bapakmu!” (Hadis Riwayat Abu Dawud, dan Imam Syafi’i).
Nabi bersabda dalam sebuah hadis lain, “Ibu dan bapak berhak memakan sesuatu dari harta milik anak mereka dengan cara yang baik. Seorang anak tidak boleh memakan sesuatu dari harta ibu bapaknya, kecuali dengan izin keduanya.” (Hadis Riwayat Imam Ad Dailami).

Dua hadis diatas dg jelas menunjukkan ibubapa berhak atas harta anaknya hingga mereka tidak perlu meminta,maka itulah yg menjadi alasan bahawa seorang anak yg baik sentiasa mencari keperluan ibubapanya lalu dipenuhinya tanpa perlu diminta oleh ibubapa.Jangan sesekali menjadi anak yg tak mahu memenuhi apa yg diminta oleh ibubapa,apa lagi berusaha untuk memenuhi keperluan ibubapa.

Beratnya tuntutan memenuhi keperluan ibubapa digambarkan dlm hadis berikut dimana bila ibubapa kita telah matipun masih ada 4 perkara yg kena dipenuhi oleh anak anak,walaupun mereka tidak memintanya.
Seorang lelaki dari kaum Anshar bertanya: “Wahai, Rasulullah! Apakah masih ada (perkara) yang tersisa yang menjadi tanggung jawabku berkaitan dengan bakti kepada orang tuaku setelah mereka berdua meninggal yang masih boleh aku lakukan?” Nabi menjawab: “Betul. (Iaitu) ada empat hal: engkau do’akan dan mintakan ampunan bagi mereka, melaksanakan janji mereka, serta memuliakan sahabat-sahabat mereka, juga menyambung tali silaturahmi dengan orang yang ada hubungannya dengan ayah ibu. Inilah (kewajiban) yang masih tersisa dalam berbakti kepada orang tuamu setelah mereka meninggal”. [HR Abu Dawud dan Ahmad].
Hadis ini menunjukkan perlunya memenuhi hasrat ibubapa hinggalah mereka telah berada diliang lahad. Maka lebih-lebih lagilah hasrat mereka dipenuhi semasa hidupnya.

Akhirnya saya mengajak anda semua kembali memikir hal ini kerana banyak dari kita menungggu ibubapa meminta,itupun belum tentu dapat, entah entah terpaksa pula menelan rungutan anak.Pada anak yg berada dan ibubapa pun berada,jangan rasa ibubapa tak perlu apa,dia ada duit sendiri.Pada anak yg perbelanjaan sendiri pun diparas hidung,lihatlah juga keperluan yg mendesak kpd ibubapa,korbankan sedikit keperluan keluarga sendiri,kerana ibubapa kena didahulukan.Ingatlah kita membela ibubapa untuk menunggu hari matinya,sedangkan ibu bapalah yg membela kita untuk menghidupkan dan menjadikan kita berjaya hingga hari ini.Wallahua’lam.abdghaniharon