Penulis: Zulkarnain Dollah
Harga: RM4
“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu untuk orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik pada hari akhirat. Dia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya.”(Al-Ahzab:21)
Mengenalinya membuatkan orang lain jatuh hati padanya. Melakukan sunnahnya menyenangkan hati orang yang mengamalkannya. Perbuatan orang yang mengamalnya menyejuk mata orang yang memandang. Biarpun sudah beribu tahun beliau meninggal dunia, amalannya tetap menjadi ikutan seolah-olah dirinya masih hidup di kalangan umat Nabi Muhammad.
Setiap orang Islam ingin melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah (S.A.W.). Para sahabat berlumba-lumba mencontohi apa yang dilakukan oleh Rasulullah (S.A.W.) sekalipun perkara itu kecil.
Buku ini menghimpunkan amalan Rasulullah sepanjang hari bermula dari bangun tidur hingga kembali tidur pada waktu malam. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan amalan pada hari-hari dan waktu-waktu tertentu. Ia memudahkan pembaca bagi merujuk segala amalan Rasulullah S.A.W. dalam masa 24 jam. Turut dilampirkan ciri-ciri fizikal dan mukjizat Rasulullah bagi menambahkan rasa cinta kepada beliau.
ISI KANDUNGAN
BAB SATU 1 Sunnah-sunnah Rasulullah Dalam Amalan Seharian
Sunnah-sunnah Rasulullah Ketika Bangun Dari Tidur
Sunnah Rasulullah Ketika Memasuki Bilik Mandi dan Keluar
Sunnah Rasulullah Ketika Berwuduk
Sunnah Rasulullah Ketika Bersugi
Sunnah Rasulullah Ketika Memakai Kasut
Sunnah Rasulullah Ketika Memakai dan Menanggalkan Pakaian
Sunnah Rasulullah Ketika Masuk dan Keluar Rumah
Sunnah Rasulullah Ketika Pergi ke Masjid
Sunnah Rasulullah Sebelum Tidur
Sunnah Rasulullah Ketika Bertemu Sesama Sendiri
Sunnah Rasulullah Ketika Makan Sunnah
Rasulullah Ketika Minum
Sunnah Rasulullah Ketika Selesai dari Sesuatu MajlisBAB DUA 31 Sunnah-sunnah Rasulullah Ketika Solat
Sunnah Rasulullah Ketika Azan
Sunnah Rasulullah Ketika Iqamah
Solat-solat Sunat yang Ditunaikan Oleh Rasulullah Pada Waktu Siang dan Malam
Sunnah Rasulullah Ketika Mengerjakan Qiammullail
Sunnah Rasulullah Ketika Solat Witir
Sunnah Rasulullah Ketika Solat Sunat Fajar
Duduk seketika selepas solat fajar (subuh) adalah sunnah Rasulullah
Sunnah-sunnah Rasulullah ketika rukuk
Sunnah-sunnah Rasulullah ketika sujud
Sunnah-sunnah Rasulullah selepas solat fardu
Menunaikan solat sunat di rumah adalah sunnah RasulullahBAB TIGA Sunnah-sunnah Rasulullah pada Waktu Pagi dan Petang
Zikir-zikir yang dibaca oleh Rasulullah pada Waktu Pagi dan PetangBAB EMPAT 69 Sunnah-sunnah Rasulullah dalam Situasi Tertentu
Menghadirkan niat yang baik dalam segala amalan
Mengerjakan beberapa amalan dalam satu waktu
Mengingati allah pada setiap masa
Memikirkan nikmat kurniaan allah adalah sunnah Rasulullah
Mengkhatamkan al-quran setiap bulanCIRI-CIRI FIZIKAL DAN MUKJIZAT RASULULLAH
Comments are closed.