TAZKIRAH HARI INI..

proud

Ada orang bangga dengan suaminya…
akhirnya suaminya itu CURANG padanya.

Ada orang bangga dengan anaknya…
akhirnya Allah ambil nyawa anaknya.

Ada orang bangga dengan hartanya…
akhirnya DISAMUN, DIRAGUT, DIROMPAK.

Ada orang bangga dengan jawatannya…
akhirnya dia diberhentikan kerja.

Ada orang bangga dengan kecantikkannya…
akhirnya kena STROK. Habis herot-berot.
Hilang kecantikkannya.

Ada orang bangga dengan ketampanannya…
akhirnya dia mengalami kemalangan.
Pecah mukanya. Putus kakinya. CACAT.

Ada orang bangga dengan pimpinannya…
akhirnya dia angkuh dan gila kuasa.
Tak sedar orangnya BERPECAH-BELAH.

Ada orang bangga dengan ilmunya…
akhirnya dia menjadi JAHIL kerana tidak
mengamalkan ilmunya itu.

Siapa kita untuk berbangga dengan apa
yang kita ada di atas dunia? Semua itu
Allah bagi pinjam. Tak perlu nak bangga
dengan apa yang kita ada. Sedangkan pengakhirannya kita tak tahu akan jadi apa.???

PUISI SANGKA-SANGKA

Manusia hari ini suka sangka-sangka

Ada sangka baik

Ada sangka buruk

?Orang beribadah disangka riak

Orang rileks disangka malas

Orang berpakaian baru disangka menunjuk

Orang berpakaian buruk disangka hina

?Orang makan banyak disangka pelahap

Orang makan sedikit disangka diet

Orang yang senyum disangka mengejek

Orang yang masam disangka merajuk

?Orang berbincang disangka mengumpat

?Orang yang diam disangka menyendiri

Orang yang menawan disangka menggoda

Orang yang ceria disangka mengada

?Orang yang bertanya disangka menyibuk

Hakikatnya…

Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah

Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa

Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat

Mana tahu yang diam itu kerana beribadah

Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya

Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya

Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya

Justeru….

Sesuatu perkara yang kita lihat

Jangan suka sangka-sangka

Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa

Kerap sangka-sangka mengundang celaka

Jangan terlalu bersangka-sangka

Jauhi sikap sangka-sangka

“يأيها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم..”
“Wahai org2 yg beriman jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..”
(AlHujurat:12)
#Sharing caring