*3 AMALAN UTK REZEKI*

Diceritakan seorg Tuanguru dalam satu Kuliah Maghrib :

*Ada riwayat menyebut seorg Sahabat pernah pergi berjumpa Nabi saw dan mengadu bahawa hidupnya sekeluarga tak berapa baik. Susah amat hidupnya. Tidak pernah senang seperti org lain. Senang cerita dia hidup dalam kemiskinan*

*Nabi.saw memberinya 3 amalan utk diamalkan. Selang beberapa bulan, dia datang kembali berjumpa Nabi saw dan menyatakan dia sudah sangat-sangat berubah, bertambah senang….hidupnya sudah semakin baik.*

*Nabi saw menyuruh Sahabat itu amalkan 3 amalan mudah jika mahu hidup senang (jika mahu keluar dari kesusahan hidup).*Nabi saw sebutkan kepada Sahabat agar amalkan 3 perkara ini :

*1. Wajib beri salam bila masuk rumah.*
Pastikan semua yg ada di dalam rumah baik suami, Isteri anak2 @ siapa saja yg tinggal bersama kita agar MEMBERI SALAM bila masuk rumah.
(Jika terlupa beri salam – keluar, ucap salam dan masuklah semula)

*2. Salam buat Rasulullah.*
Bila dah masuk rumah, berilah salam kepada Rasulullah saw. Sebutkan *Assalamualaika ya Rasulullah*…

*3. Membaca Surah Al Ikhlas.*
Bila sudah memasuki rumah dan sudah memberi salam kepada Rasulullah saw maka rehat sejenak dan bacalah Surah Al Ikhlas sebanyak 3 kali (Qulhuwallah). Baca sekali pun tidak mengapa jika malas (asalkan kita membacanya)

*Pastikan 3 perkara itu menjadi amalan wajib. Tidak akan susah hidup manusia yg amalkan secara istiqamah 3 perkara tersebut…malah siapa yg suka memberi Salam bila masuk rumah dijamin tempatnya di Syurga oleh Allah Taa’la.*

Amalkanlah….
Keberkatan Allah Ta’ala pasti akan datang bagi hambaNya yg ikhlas melaksanakan sunnah Nabi saw. Malaikat Rahmat akan datang dan memasuki rumah kita membawa rahmat dari-Nya dan kehidupan pastilah akan lebih baik, tenang dan terkeluar dari segala kesusahan
(Ingat…jika hidup masih susah juga, itu bermakna Allah sdg menguji kesabaran dalam amalan kita, redha lah… *100% PASTI* Allah akan berikan juga kebaikan dan rahmatNya nanti selepas tamat segala Ujian-Nya)

Semoga bermanafaat!
*SELALU BERSABAR & BERSYUKUR*