Monthly Archives: December 2018

Tanggal 26

Hati hati di tanggal 26-12-2018 untuk kita semua

Adakah kita sadari…???

Aceh
Tsunami
26-12-2004

Bohemia
Gempa
26-11-1902

Jogja
Gempa
26-05-2006

Tasik – Jawa Barat
Gempa
26-06-2010

Gunung Merapi
Meletus
26-10-2010

Jambatan Tenggarong
Samarinda, Indonesia
Runtuh
26-09-2013

Mengapa semua ini
Terjadi pada Tgl. 26

Apakah ini suatu kebetulan??

Bukalah dan bacalah
Al-Quran Juz ke: 26

Allah SWT telah berfirman.

Bunyinya :

“Sedikit waktu lagi Aku akan menggoncang kan langit dan bumi, laut dan darat”.

Biar mereka semua tahu bahwa Mu’jizat Allah itu ada !!!

Jika sudi…

Sampaikanlah kepada hamba Allah yg lain… wallahu’alam…

Ternyata Cuma 1.5 jam⌚ saja Umur Kita hidup di DUNIA ini.

Mari kita lihat berdasarkan Al-Qur’an sebagai sumber kebenaran yang hakiki
1 hari akhirat = 1000 tahun dunia
24 jam akhirat = 1000 tahun dunia
3 jam akhirat = 125 tahun dunia
1.5 jam akhirat = 62.5 tahun dunia

Apabila umur manusia itu rata-rata 60-70 tahun, maka hidup manusia ini jika dilihat dari langit hanyalah 1.5 jam saja.

Pantaslah kita selalu diingatkan tentang masalah waktu. ⌛⏰

Allah berfirman : “Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa saja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia)”

Semoga bermanfaat bagi kita semua untuk meniti perjalan hidup kita ini.

Kuatkan berfikir utk akhirat.
Karena dunia ini akan kita tinggalkan.

Fokus akhirat
Itulah tempat kita akan hidup seterusnya.

Ingatlah ini :
untuk diri saya sendiri.
Mayat orang Islam yang tidak sembahyang pada 1000 tahun dulu masih disiksa hingga kini.

Allahuakbar!!! 1 waktu kita tinggalkan sholat sama dengan 8000 tahun siksaan neraka. Jika kita sehari 5 waktu x sholat?

5 x 8000 = 40.000
tahun.

Subhanallah…

Ringan-ringankanlah tangan untuk membagi berita ini. Akan mendapat pahala mengingatkan saudara Islam…

Kirim La illaha illa Allah,
_Muhammadu Rasulullah

  1. Kirim kepada 3 group saja.
    Lihat apakah anda
    mempunyai waktu untuk
    ALLAH atau tidak???🙏🙏🙏
    Semoga masuk surga yang membagikan ini aamiin…

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah,
menguatkan buah pinggang,
membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminum waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita engandung
tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang, memperbaiki otak,
memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan
penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika
dahaga hendaklah disedut
perlahan-lahan. Jangan diteguk.
Mudah mendapat sakit pada hati~

Sabda Rasulullah SAW;
“Siapa yang menyampaikan satu
ilmu dan orang membaca
mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walau pun sudah tiada.”

MADU VS CINNAMON

MADU VS CINNAMON (Kulit Kayu Manis) siapa pernah terfikir?

Madu merupakan satu-satunya makanan atas muka bumi yang tidak akan basi mahupun rosak. Apa yang terjadi hanyalah ianya ”bertukar jadi gula”. Realiti sebenarnya, madu tetap madu.Bagaimanapun, bila ditinggalkan di tempat yang gelap dan sejuk pada waktu yang lama ianya akan men”hablur” atau kristallized. Apabila ini berlaku , didihkan sedikit air dan masukkan bekas yang berisi madu ke dalam air panas , dan tutup api dari terus menyala, dan biarkan madu cair secara biasa tanpa pendidihan. Ianya akan tetap kekal sebagai madu dari segi perubatan dan keadaan.Jangan didihkan madu atau masukkan ke dalam mikrowave, ini akan membunuh atau merosakkan enzim-enzim berguna di dalam madu.

Syarikat ubat (ubat-ubatan moden) tidak suka perkara ini kecoh di dalam masyarakat yang mana fakta menunjukkan madu dan kayu manis : campuran madu dan kayu manis boleh menyembuhkan hampir kesemua penyakit. Madu boleh didapati di semua negara dunia. Para saintis juga menerima bahawa madu merupakan ubatan ”Ram Ban” (paling berkesan) terhadap semua jenis penyakit. Madu boleh digunakan tanpa tanpa sebarang kesan sampingan untuk apa-apa jenis penyakit. Sains moden juga mengatakan bahawa walaupun madu adalah manisan, tetapi apabila diambil pada dos yang betul sebagai ubat , ianya tidak akan memberi kesan buruk termasuk pada pengidap kencing manis.

Ini di antara kajian dari saintis barat :

✴Penyakit Jantng : Buatkan serbuk kayu manis. Sapukan madu dan serbuk kayu manis pada roti dan makan secara tetap setiap hari semasa sarapan
(sebagai ganti dari jem). Ini akan mengurangkan kolesterol di dalam pembuluh darah (arteri) dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung (heart attack). Juga, bagi yang sedia ada atau pernah diserang serangan jantung , apabila amalan ini dibuat secara harian, ianya akan menjauhkan pesakit berbatu-batu dari serangan seterusnya. Penggunaan secara tetap amalan di atas akan mengurangkan kesukaran bernafas (membetulkan pernafasan) dan akan menguatkan jantung mengepam. Di Amerika dan kanada , pelbagai jururawat di rumah telah merawat pesakit secara jayanya dan juga didapati bahawa pada satu tahap umur, pembuluh dan salur darah (arteri dan vein) akan hilang flexibilitinya (kekenyalan) dan akan mudah tersumbat , madu dan kayu manis akan mengembalikan semula sifat asalnya.

✴Radang sendi (arthritis) : pesakit arthritis boleh mengambil secara harian (pagi dan malam) satu cawan air suam bersama 2 sudu teh madu dan satu sudu serbuk kayu manis. Apabila ini diambil secara tetap , pesakit kronik arthritis juga boleh sembuh. Di dalam kajian terbaru yang diketuai oleh Universiti Copenhagen , mereka mendapati bawa doktor-doktor yang merawat psakit mereka dengan campuran 1 sudu madu dan 1/2 sudu serbuk kayu manis sebelum sarapan pagi, mereka mendapati bahawa di dalam satu minggu (dari 200 orang pesakit yang dirawat) – 73 pesakit hilang kesakitannya di dalam seminggu dan di dalam sebulan , hampir kesemua pesakit yang tidak boleh berjalan atau bergerak disebabkan radang (arthritis) sudah boleh berjalan tanpa sebarang kesakitan.

✴Jangkitan Pundi Kencing: ambil dua sudu serbuk kayu manis dan satu sudu madu di dalam air suam dan minum. Ianya akan membunuh kuman di dalam pundi.

✴Kolesterol : Dua sudu besar madu dan tiga sudu teh serbuk kayu manis dicampurkan dengan 16 auns air teh diberikan pada pesakit kolesterol , didapati bahawa kandungan kolesterol di dalam badan pesakit turun sebanyak 10% hanya selepas 2 jam. Apabila ini diambil sebanyak 3 kali sehari , sebarang penyakit kolesterol tahap kronik akan sembuh. Melalui maklumat yang diterima dari Journal , madu asli yang diambil secara harian bersama makanan mengurangkan komplen(keluhan) terhadap kolesterol.

✴Selesema : bagi yang terseksa dengan selesema perlu mengambil 1 sudu besar madu bersama 1/4 sudu serbuk kayu manis 3 kali sehari. Proses ini akan menyembuhkan kesemua batuk yang terus, demam , dan membersihkan sinus (ruang udara di dalam tengkorak sekeliling hidung).

✴Perut Meragam : Madu diambil bersama kayu manis menyembuhkan sakit perut
dan membersihkan @ menyembuhkan perut dari sebarang ulcers. Kembung (gas) : kajian yang dibuat di Jepun dan India, mendapati bahawa madu yang diambil bersama-sama kayu manis akan mengeluarkan gas dari perut.

✴Imun Sistem : penggunaan harian madu dan serbuk kayu manis menguatkan sistem pertahanan (imun) dan melindungi badan dari serangan kuman dan bakteria. Saintis mendapati bahawa madu mempunyai pelbagai vitamin dan zat besi dalam jumlah yang besar. Penggunaan madu secara tetap akan menguatkan korpuskel sel darah putih (dimana mengandungi dna) untuk melawan penyakit yang disebabkan bakteria dan kuman (virus).

✴Tak Hadam : Serbuk kayu manis dicampur bersama 2 sudu besar madu yang diambil sebelum tidur akan merembeskan asid dan menghancurkan makanan berat.

✴Influenza : Saintis dari sepanyol membuktikan bahawa madu mempunyai kandungan semula jadi yang membunuh kuman influenza dan menyelamatkan pesakit dari flu.

✴Umur Panjang : Teh yang dibuat bersama madu dan serbuk kayu manis,bila diambil secara tetap , mengelakkan kerosakan disebabkan bertambahnya usia. Pengambilan 4 sudu teh madu, 1 sudu teh serbuk kayu manis dan 3 mangkuk kecil air panas untuk membuat teh. Minum 1/4 mangkuk – 3-4 kali sehari. Ini akan mengekalkan kesegaran kulit, kelembutan dan ketegangan. Jangka hayat dipanjangkan , dan mereka yang berumur 100 tahun sekalipun boleh memulakan aktiviti seperti berumur 20 tahun. (dalam Islam , kita ada beberapa amalan untuk panjang umur – amalkan di atas + bersedekah dan menyambungkan silaturrahim – in sya allah, umur kita akan panjang)

✴Sakit tekak : apabila tekak rasa tidak selesa , ambil satu sudu madu dan kulum sambil telan sedikit demi sedikit sehingga ambil. Ulang setiap 3 jam sehingga tekak hilang simptom sakit/ketidak selesaan.

✴Jerawat : 3 sudu besar madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis paste. Sapukan paste ini di atas jerawat sebelum tidur dan basuhnya tika bangun keesokan pagi dengan air suam. Jika diamalkan selama dua minggu , ia akan membuang jerawat dari akarnya.

✴Jangkitan Kulit :Sapukan campuranmadu dan serbuk kayu manis dalam ratio yang sama pada kulit yang terkesan , akan menyembuhkan ekzema , dan semua jenis jangkitan kulit.

✴Hilangkan Berat Badan : Pagi , sejam setengah sebelum sarapan pagi dan tika perut kosong , dan pada waktu malam sebelum tidur , minum madu dan serbuk kayu manis di dalam air suam. Jika diambil secara tetap, ianya akan mengurangkan berat walaupun pada mereka yang berlebihan berat badan. Jika minum secara tetap , ianya tidak akan membenarkan lemak untuk berkumpul dalam badan walaupun individu tersebut mengambil makanan yang tinggi kalori.

✴Kanser : Kajian terbaru di Jepun dan Australia mendedahkan bahawa kanser perut dan tulang telah berjaya dirawat dengan jayanya. Pesakit yang mengidap penyakit ini perlu mengambil setiap hari satu sudu madu bersama satu sudu teh serbuk kayu manis 3 hari sekali selama satu bulan.

✴Lemah : kajian baru-baru ini menunjukkan gula yang terkandung di dalam madu adalah sangat membantu dalam mengembalikan kekuatan badan berbanding gula buatan. masyarakat yang mengambil madu dan serbuk kayu manis dengan ratio yang sama didapati lebih peka dan flexible. Dr. Milton , yang menjalankan kajian ini , mengatakan separuh sudu besar madu yang diminum bersama segelas air yang dicampur dengan serbuk kayu manis, jika diambil setiap hari selepas gosok gigi dan tengah hari (sekitar 3 petang) – akan mengembalikan kecerdasan badan dalam masa seminggu.

✴Sukar Bernafas : penduduk di Amerika selatan berkumur dengan satu sudu madu dan serbuk kayu manis dicampur dengan air suam , sebagai rutin harian pertama pada waktu pagi , bagi membolehkan pernafasan mereka sentiasa segar sepanjang hari.

✴Kurang @ hilang pendengaran : Pagi hari dan malam – madu dan serbuk kayu manis diambil pada sukatan yang sama boleh mengembalikan pendengaran.

👉Rujukan : Dr Zulkifli Sharif

Dasyatnya Sedekah

Dasyatnya Sedekah

Jika seseorang itu memberi sedekah, dan dia tahu bahwa sedekahnya itu sampai kpd Allah SWT dahulu sebelum orang yang disedekahinya, maka dia akan mendapat kegembiraan dalam pemberiannya.

Adakah kamu tahu antara kebaikan2 sedekah itu?😍😍

Silakan perhatikan nombor 17 hingga 19

Rujukan dari hadits2

1. Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah SWT❤❤

2. sedekah yang paling baik adalah dgn memberi makanan kepada orang🌹🌹

3. Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan Inn Syaa Allah menjauhi api neraka jahanam💯😘

4. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur💯❤

5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang2 yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut🤭

6. Sedekah mampu mensucikan roh dan menambah pahala kebaikan😍😍

7. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah SWT😍

8. Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat anda sengsara disebabkan masa lampau anda🙈🙈

9. Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa2 yang telah dibuat😘😘

10. Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada anda🌹❤

11. Orang2 yang memberi sedekah ialah orang2 yang baik dan siapapun yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT ❤❤

12. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT In Syaa Allah 🕋

13. Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang2 yang disayang oleh masyarakat👨‍👩‍👧‍👧

14. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia dan dihormati🌹

15. Sedekah mampu melepaskan anda drpd kesusahan dan doa2 akan dimakbulkan Allah SWT In Syaa Allah🕋

16. Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia💯

17. Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang dan bisa memberi kejayaan hidup🌹🧚🏻‍♀

18. Sedekah adalah ubat💊

19. Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas🌹

20. Sedekah ialah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang2 atau burung2😘

Yang akhir sekali…..🌹🌹🌹

Sedekah yang paling baik adalah jika anda membagikan pesan yang baik ini kepada orang lain dan diniatkan sebagai sedekah..kerana itu hanya dengan cara berkongsi tulisan ini anda akan mendapat pahala sedekah, jika yg membaca tulisan ini tergerak hatinya untuk bersedekah… share sebanyak banyaknya kpd group keluarga, teman sekolah, teman kerja dll.

Doa untuk semua

ALFATEHAH UTK KITA KEDUA IBU BAPA DAN MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT

‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
‎اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Allah, Ya Rahman Ya Raheem panjangkanlah umur kami, sihatkanlah badan kami, terangkanlah hati kami dan perbaikkanlah amal kami.

Ya Allah kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram, hiasilah hati kami dgn sifat syukur, sabar dan redha diatas segala ketentuan Mu.

Ya Allah Engkau jauhkanlah kami drpd sifat ujub, riak dan takabbur dan bersangka buruk ke atas org lain.

Ya Rashid Ya Rahman Ya Rahim jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka Engkau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka,

Ya Allah jika ada di kalangan kami yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kpd mereka,

Ya Allah jika ada di kalangan kami sedang berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka,

Ya Allah jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka Engkau sembuhkanlah mereka Ya Allah agar mereka dpt beribadah bersama kami.

Ya Allah jika ada di kalangan kami yang derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka Engkau ampunilah kami, jadikanlah kami anak2 yang taat dan berbakti, sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi.

Ya Allah Ya Razak Ya Fattahu Ya Alim, kurniakan kpd kami rezeki yg halal lagi diberkati dan jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgn Mu,

Ya Allah sebaliknya, jgnlah Engkau jadikan kami dpd golongan yg lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.

Ya Allah, bantulah kami dlm menjalankan urusan agama kami,

Ya Allah elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tpt kami mencari kehidupan, elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tpt kami akan kembali utk selama2nya,

Ya Allah jadikanlah kehidupan kami ini sbg tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sbg ketenangan kpd kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepadaMu dgn jiwa yg tenang.

Ya Allah bersihkan hati kami dan jgnlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau beri kami petunjuk.

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tpt yg istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa2 kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru2 kami, sahabat2 kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.

‎رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
‎رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
‎وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
‎وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...