Monthly Archives: September 2018

Ummu Sibyan

📜
Maghrib adalah saat dimana matahari sudah tenggelam namun masih muncul dengan sinar yang terkadang berwarna jingga atau merah menyala. Pada waktu itulah, seluruh umat Islam diperingatkan untuk segera menutup pintu dan jendela sambil mengucapkan bismillah agar wanita ini tidak datang ke rumah.
………………………………………………………
Siapakah wanita itu?
Apa yg dia lakukan di rumah kita ?
Ketahui bahwa dia bukanlah wanita baik, namun mampu membahayakan anak dan wanita yang sedang hamil.
Mungkin ada yang pernah dengar nama Ummu Sibyan atau pun tidak sebelum ini.
Siapakah Ummu Sibyan?
✏Sekelumit sejarah ✏
………………………………………………………….
📜
Diriwayatkan daripada Nabi Sulaiman bin Daud a.s.
bahawa baginda telah melihat seorang perempuan tua yang sudah beruban rambutnya
dua matanya berwarna biru, kedua-dua keningnya bertanduk
kecil betisnya, rambutnya kusut masai, mulutnya ternganga dan keluar pucuk api daripadanya, dapat membelah bumi dengan menggunakan kukunya yang tajam dan boleh memecahkan batu-batan yang besar dengan pekikan suaranya.
Nabi Allah Sulaiman bertanya kepadanya, siapakah kamu?
Adakah kamu daripada jenis manusia atau jin?
Kerana aku tidak pernah melihat orang yang paling hodoh selain daripada engkau.
Perempuan itu menjawab: “Akulah Ummu Sibyan (Ibu penyakit sawan) yang dapat menguasai ke atas anak Adam lelaki dan perempuan
Aku boleh masuk ke rumah-rumah, boleh berkokok seperti ayam, menyalak seperti anjing, bertebah seperti lembu, bersuara seperti keldai dan kura-kura dan bersiul seperti ular.
Aku juga boleh bertukar-tukar wajah dengan pelbagai rupa, aku boleh mengikat rahim perempuan, boleh membunuh anak-anak di dalam kandungan dan mereka semua tidak akan mengetahui bahawa itu adalah angkara daripada aku, aku memasuki ke dalam rahim orang perempuan dan aku ikat rahimnya serta sumbat lalu dia tidak boleh mengandung dan jadilah rahimnya kosong, aku masuk ke dalam perut orang perempuan yang hamil di waktu janin di dalam kandungannya sedang membesar aku tendangnya, maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya kosong semua.
“Aku menyusup masuk kepada kanak-kanak perempuan ataupun orang-orang perempuan yang telah dicalitkan dengan tanda kepadanya, lalu aku mengenakan penyakit dengan ekorku, aku tukarkan kegembiraan orang-orang yang sudah bertunang dengan kecelakaan, aku menyusup masuk ke dalam badan orang lelaki dan aku menghirup spermanya yang putih pekat dan tinggal di dalamnya mani yang cair lagi jernih, maka jadilah dia mandul dan tidak akan melahirkan zuriat.
Aku juga pergi kepada peniaga-peniaga dan aku palingkan jualannya. Dengan itu, dia tidak akan mendapatkan keuntungan, aku meresap masuk ke dalam bumi yang kering, lalu aku sapu menjadikan ia tandus. Dengan itu, ia tidak lagi menjadi subur dan segala tanaman tidak akan menghasilkan buah. Aku juga menyekat kanak-kanak kecil dan aku campakkan kepadanya kepanasan yang sangat panas dan kesakitan yang mengerikan. Maka, dengan itu mengigillah badan mereka serta diconteng-conteng rupa paras mereka supaya dibenci orang”.
Nabi Allah Sulaiman pun menangkapnya sambil berkata : “Wahai perempuan yang celaka! Kamu tidak boleh lari dari genggamanku sehingga berikan satu perjanjian dan sumpah setia kepada anak-anak Adam, lelaki dan perempuan”.
………………………………………………………..
Tanda-tanda bayi terkena gangguan jin Ummu Sibyan:
1.Bayi menangis melalak (matanya terbeliak memandang ke atas / sudut tertentu)
2.Kanak-kanak berjalan yang jatuh seakan-akan ditolak
3.Mengigau sambil mengatip gigi berulang kali.
4.Demam panas hanya selepas Asar hingga sebelum Subuh
Kesan dari gangguan di atas akan mengakibatkan:
1.Sawan Tangis
2.Autisme (Over Hiperaktif)
3.Nakal tahap Gaban
4.Terencat akal
5.Pelbagai kompilasi otak.
Tanda-tanda wanita mengandung terkena gangguan jin Ummu Sibyan:
1. Rasa sesak dada terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlarutan hingga tengah malam.
2. Kusut fikiran.
3. Sakit di bahagian tulang-tulang belakang.
4. Mengigau ketika tidur.
5. Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan.
…………………………………………………….
Cara Elak Gangguan Ummu Sibyan:
1.Tutup Pintu dan tingkap Rumah Waktu Maghrib
2.Jangan angkat atau masukkan baju yang sudah bermalam diluar rumah (jemuran tak kering)
Kaedah rawatan pada bayi:
Tiarapkan anak, jangan biarkan matanya melihat ke arah itu, baca ayat Qursi dan 3 Qul kemudian tiup ke ubun-ubunnya sampai berhenti menangis.. halaulah dengan bahasa dan bahasa masing masing seperti contoh “Wahai Ummu Sibyan pergilah kau keluar dari rumahku dan jangan ganggu anak anakku” InsyaAllah Ummu Sibyan akan pergi.
Kaedah rawatan pada wanita mengandung:
Bacakan doa-doa menghindar syaitan termasuk doa menghindar sihir seperti (surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah al-Baqarah, surah Ali-Imran dan surah al-Mu’awwizat )pada satu sudu madu asli dan kurma untuk dimakan setiap hari sebelum sarapan.
Boleh juga di bacakan doa doa pada minyak zaitun untuk di sapukan pada bagian dada dahi dan tulang belikat sebelum tidur.
…………………………………….
🌿
Begitulah sekelumit kisahnya
Akan jin yang akan merosakkan anak Adam dengan berbagai cara yang kita tersangka oleh kita yang selama ini tidak mengambil peduli. Makanya apabila jin sudah melakukan peranannya,
Tentu kita boleh mengagak apakah kesannya kepada kita anak-anak Adam. Tanpa rawatan dari mereka yang benar-benar berilmu haqq dan berkebolehan, tentulah kita anak-anak Adam ini akan merasai kesengsaraan sepanjang kehidupan.
Jika rawatan dilakukan oleh mereka yang tidak berada di jalan haqq, penyakit akan tetap datang dan pergi sebagaimana yang pernah di catatkan oleh Prof Shahidan Radiman dari National University of Malaysia, Faculty of Science and Technology.
Prof Shahidan Radiman mencatat:
Sebenarnya orang yang tidak belajar Ilmu Mengenal Diri tak guna mengamalkan perubatan Islam .
Banyak kes berlaku dimana seseorang itu “mengubat” si pesakit dengan ayat Al-Quran dan sebagainya, tetapi sakit orang itu tak baik, iaitu sakitnya berulang. Mengapa demikian? Sebab jin yang dia “buang” itu tidak ke mana – ia hanya menyorok dalam badan atau keluar sekejap kemudian masuk balik? Sampai bila pun tak akan baik…
Orang yang tak belajar Ilmu Mengenal Diri amat berbahaya jika “bermain” dengan alam ghaib. Ibarat orang Melayu cuba melintas padang pasir Sahara tanpa unta dan bekal, tanpa “guide” Baduwi, memang pasti akan binasa atau membinasakan orang lain.
Bukan saja jin pandai bermain wayang tetapi jenis dan perangainya beribu-ribu. Hanya orang yang sudah mengenal diri dapat mengenali semua makhluk-mahkluk itu .
Itu sebabnya Ilmu Mengenal Diri sangat penting, khasnya di waktu sakaratul maut.
Ia penting di dunia dan di akhirat. Begitulah perjalanan yang akan kita tempoh – jauh perjalanan, maka oleh itu, saya sarankan kepada semua pembaca, carilah ilmu untuk menyampaikan kita kepada Al-Haqq
Wallahualam.
🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏silakan di bagikan.

Rahsia Al Kautsar

“`…Baca sekejap ( 2 minit )

RAHSIA SURAH ALKAUTSAR
BISMILLAHI RAHMA
NI RAHIM

INNA A’TTOINA KALKAUTSAR
FADSALLILI ROBBIKA WANHAR
INNA SYAANIAKA HUAL AB TAR

SURAH INI PALING PENDEK,

HANYA MENGANDUNGI 3 AYAT

DAN DITURUNKAN DI MAKKAH DAN

BERMAKSUD SUNGAI DI SYURGA,

KOLAM SUNGAI INI DIPERBUAT DARIPADA BATU PERMATA NAN INDAH DAN CANTIK.

RASANYA LEBIH MANIS DARIPADA MADU,

WARNANYA PULA LEBIH PUTIH DARIPADA SUSU DAN

LEBIH WANGI DARIPADA KASTURI.

SURAH INI DISIFATKAN SEBAGAI SURAH PENGHIBUR HATI NABI MUHAMMAD

KERANA DITURUNKAN KETIKA BAGINDA BERSEDIH ATAS KEMATIAN
DUA ORANG YANG DIKASIHI

IAITU ANAK LELAKINYA IBRAHIM DAN

BAPA SAUDARANYA ABU TALIB.

BERBAGAI KHASIAT TERKANDUNG DI DALAM SURAH INI BOLEH DIAMALKAN :

♥ BACA SURAH INI KETIKA HUJAN TURUN DAN BERDOA,

MUDAH-MUDAHAN ALLAH S.W.T MEMAKBULKAN DOA KITA.

♥JIKA KITA KEHAUSAN DAN TIADA AIR,

BACALAH SURAH INI DAN GOSOKAN DI LEHER,

INSYA ALLAH HILANG DAHAGA

♥JIKA SERING SAKIT MATA,

SEPERTI BERAIR, GATAL, BENGKAK,

SAPUKAN AIR MAWAR YANG SUDAH DIBACAKAN SURAH INI SEBANYAK 10X PADA MATA.

♥JIKA RUMAH DIPERCAYAI TERKENA SIHIR,

BACA SURAH INI 10X MUDAH-MUDAHAN ALLAH S.W.T BAGI ILHAM KEPADA KITA

DIMANA LETAKNYA SIHIR ITU.

♥JIKA MEMBACANYA 1000X REZEKI KITA AKAN BERTAMBAH.

♥JIKA RAJIN MEMBACANYA, HATI KITA AKAN MENJADI LEMBUT

DAN KHUSYUK KETIKA MENUNAIKAN SOLAT.

♥JIKA ORANG TERANIAYA DAN TERPENJARA MEMBACANYA SEBANYAK 71X,

ALLAH S.W.T AKAN MEMBERIKAN BANTUAN KEPADANYA KERANA DIA TIDAK BERSALAH TETAPI DIZALIMI.

(ADA 2 PILIHAN UNTUK ANDA)

1) BIARKAN DIDALAM INI TANPA BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN.

2) ANDA SEBARKAN KEPADA SEMUA KENALAN ANDA.

RASULULLAH BERSABDA,

BARANG SIAPA MENYAMPAIKAN SATU ILMU SAJA DAN

ADA ORANG YANG MENGAMALKAN,

MAKA WALAUPUN YANG MENYAMPAIKAN SUDAH TIADA

(MENINGGAL DUNIA)

DIA AKAN TETAP MEMPEROLEH PAHALA.

SELAMAT BERAMAL…

JGN LUPA KONGSI.
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

Hantar ke semua group contact. Anda akan membuat beribu,malah berjuta-juta org berselawat ke atas Nabi
Muhammad S.A.W“`

Bebas Hutang gaya David Cheang

Ini David Cheang.
Dia memegang status muflis hampir 10 tahun.
Dia muflis bukan kerana tidak tahu pengurusan kewangan atau berbelanja mengikut nafsu dan jenama.
Dia muflis kerana menjadi penjamin kepada kedua ibubapanya yang telah meminjam beberapa juta dollar untuk perniagaan peralatan elektrik.
Perniagaan tersebut gagal bertahan semasa krisis kewangan melanda Asia pada tahun 1997.

Namun begitu, status muflis yang dipikulnya itu tidak menghalang dia untuk menjadi seorang yang berjaya dan kaya. Malah, status muflis itu telah menjadi satu momentum yang kuat kepada dirinya. Dia berazam untuk menanggalkan status muflis yang telah terpalit. Lalu dia merancang jalan keluar dan berusaha bersungguh-sungguh sepertimana teori tebu yang telah menjadi salah satu prinsip hidupnya.

Siapakah David Cheang?

Pada usia 4 tahun, dia masih tidak boleh bercakap. Di Tahun 5, dia mendapat tempat terakhir di dalam kelas. Keluarganya miskin dan dia mempunyai sedikit kawan.

Pada tahun 1983, keluarganya buka kedai elektronik. Bisnes berkembang baik. Dia dan keluarga berpindah dari rumah kedai HDB ke rumah teres berkembar pada tahun 1990.

Masalah mula melanda keluarganya apabila krisis kewangan Asia berlaku pada tahun 1997. Ia satu kejutan besar buat keluarganya. Tambahan pula, ayahnya kena strok. Bagi mengharungi hidup, mereka sekeluarga perlu ‘downsize’ segalanya termasuk rumah teres berkembar mereka yang dijual semula untuk membayar hutang.

David Cheang, anak sulung daripada tiga orang adik-beradik telah menjadi penjamin untuk pinjaman yang dibuat oleh ibubapanya. Kegagalan membayar balik hutang tersebut telah menyebabkan mereka diisytihar muflis termasuk David Cheang. Semua itu berlaku ketika dia berusia awal 20-an.

Kini, dia boleh berbangga kerana berjaya menjadi bekas muflis pada tahun 2013. Bagaimanakah dia melakukannya?

11 Cara Bebas Daripada Status Muflis Gaya David Cheang.

1. Rancangan Realistik

Semasa menyertai Perkhidmatan Negara (National Service), dia memutuskan untuk memasuki bidang hartanah sebagai agen hartanah di Dennis Wee Group. Dia memilih industri hartanah kerana peluang mendapat komisyen yang banyak dalam masa yang singkat. Ia sesuai dengan keadaan keluarganya yang memerlukan wang.

2. Bekerja Lebih Masa

Tiga tahun pertama dalam kerjayanya, dia bekerja lebih 18 jam sehari dengan menghubungi prospek dan mengedarkan kad bisnes kepada orang ramai di lif.

3. Teori Tebu

Dia pernah nampak seorang makcik sedang memasukkan batang tebu ke dalam mesin. Apabila tebu itu diperah, banyak jus keluar. Dia mula memahami, sekiranya kita bekerja kuat dan bersungguh-sungguh, kita akan berjaya.

“I was driven by the sugar cane theory: the more sugar cane you put into the machine, the more juice you will get. The more hard work you put in, the better the results.”

4. Tidak Malu

Dia berbasikal ke tempat kerja kerana tidak mampu memiliki kereta. Selain itu, dia turut menggunakan van buruk untuk perjalanan yang lebih jauh. Dia turut mengedarkan kad bisnes kepada ramai orang termasuk meminta bantuan pengawal sekiranya ada orang mahu membeli atau mencari hartanah, tolong berikan kad bisnes dia kepada mereka.

5. Berkuli

David meningkat naik melalui pangkat di syarikat tempat dia bekerja. Dalam masa 8 tahun dia berjaya menjadi top senior vice-president. Dia turut berpindah ke beberapa syarikat dan memegang jawatan penting. Di antaranya dia pernah menguruskan 800 orang agen. Segala pengalaman berkuli ini menyediakan diri dia menjadi seorang ketua syarikat yang berkaliber.

6. Tetapkan Matlamat

Pada tahun 2000, dia bermula sebagai agen hartanah. Waktu itu dia tahu dia mahu memiliki empayar bisnesnya sendiri. Pada tahun 2013, setelah bebas daripada status muflis, David membangunkan syarikatnya sendiri, DC13 iaitu sebuah syarikat pembinaan hartanah. Projek terbarunya ialah Seaview Villa, rumah tiga tingkat semi detached di Pasir Ris.

7. Kepentingan Pelajaran

Meskipun dia muflis, keluarga jatuh miskin, ayah sakit dan pelbagai masalah melanda, dia tetap meneruskan pelajarannya sehingga dia berjaya memperolehi Diploma Kejuruteraan Kualiti dari Temasek Polytechnic pada tahun 1998 dan Ijazah Ekonomi dan Pengurusan dari Singapore Institute of Management and the University of London.

8. Tidak Putus Asa

Setiap kali dia mendapat wang, wang itu akan digunakan untuk membayar hutang-hutang. Maka, wang hanya singgah sekejap di poketnya tetapi keadaan itu tidak membuatkan dia berasa putus asa atau sia-sia. Dia teruskan sehingga berjaya langsaikan segala hutang keluarganya.

“I would be earning money, but I never saw the money! It seemed as though the bills and debts to pay were never-ending.”

9. I’m Possible

Klien pertama David ialah seorang perempuan yang mahu menjual apartment yang tiada lif dan kondisi yang teruk. Dia tetap cuba menjualnya meskipun orang kata agak mustahil untuk menjual rumah sebegitu. Selepas 3 bulan, dia berjaya menjual rumah tersebut.

10. Dahagakan Penghargaan

David suka akan pengiktirafan atau penghargaan. Semasa zaman sekolahnya, dia seorang pelajar bermasalah menjadi seorang yang bersemangat untuk belajar selepas dilantik sebagai pengawas sekolah.

Suntikan semangat yang sama diaplikasikan oleh David untuk kerjayanya. Dari 2000 hingga 2003, dia menerima pelbagai anugerah seperti Top Rookie, Top Manager, Top Career Manager (Recruitment), Top Commission Earner, Top Commercial Agent dan Top Producer of the Year.

11. Berjimat

Dia hanya makan roti kerana mahu berjimat. Malah berbasikal untuk mengelakkan dirinya di caj ERP dan caj tempat letak kereta.

Sumber: VR-Zone, Property Guru, Yahoo! Singapore, Strait Times, Amirul Fai

=================================

‘’Semoga Menjadi Pemangkin Semangat Kepada Kita Semua Untuk Terus Berjaya dalam Kehidupan. Tiada yang mustahil dengan usaha yang gigih, insyaAllah’’

Detox hati

 

Nafsu dan syaitan bekerjasama untuk merebut tempat di hati setiap manusia.

Jika hati sudah dikuasai dan ditawan oleh syaitan, maka manusia tidak lagi ikut perinta Allah dan rasulNya.

Mereka dengan mudah mengikut telunjuk dan kehendak nafsu syaitan. Nafsu syaitan mahu mencorakkan hati manusia dengan sifat tercela atau mazmumah.

Apabila sifat ini berputik dan bertapak pada hati manusia, maka syaitan akan memperalatkan nafsu melakukan apa saja yang disukainya. Maka akan timbullah segala penyakit hati.

Aura QSP 2

ENERGY UPDATE (OGOS)

Pada bulan ini, perbanyakkan melakukan tafakkur dan meditasi terutama meditasi yang melibatkan Medan Tenaga Kepala iaitu

Crown
Pineal
Throat

Perkuatkan ikatan dengan suami/isteri, sahabat rapat atau adik beradik rapat, jika ada Guru personal, mula merapatkan diri secara personal dengan guru-guru anda,

Fokus networking dengan kawan-kawan ‘di dalam’ seperti komuniti taman, perumahan, kampung, office, NGO,

Aktiviti riadah masih boleh dilaksanakan, balance kan dengan perbanyakkan berdoa dan bertafakkur/bersendirian,

Laburkan kewangan kepada hal-hal yang dekorasi dalaman, keperluan persendirian, atau memberi lebihan rezeki kepada ‘orang-orang dekat’ (jiran, saudara, ahli keluarga dll)

Perbanyakkan minum air putih, elakkan provokasi, elakkan situasi ‘panas’ yang boleh menimbulkan perkelahian,

Untuk Nafas Pecutan, Terbaik untuk melakukan Nombor 2, 3, 4, 10

Bagi Auratherapy, perbanyakkan gunakan warna-warna yang berkategori sejuk

Moga kita semua dapat selaraskan Energi kita terhadap Alam Semesta sepanjang masa, Inshaallah 🙏

Teknik Nafas Aura

1. Niat/Affirmasi

2. Gunakan nafas Laksana nombor 3

3. VAK kan si anak kembali ke pangkuan bapanya

4. Lock (hentak kaki 3x atau lain2)

Kemudian serahkan urusan itu pada Allah SWt, Dia yang Maha Mengetahui

Latihan Fokus Aura

LATIHAN FOKUS (kaedah santai titik panah)

1. Tatap mata pada satu-satu arah sahaja, lebih elok pada sebuah dinding kosong

2. Sedut nafas dalam dan sebut Aaaaa… kemudian teruskan dengan menyedut nafas dalam dan sebut Mmmmm…

Semasa sebutan Aaaaa dan Mmmmm visualkan bahawa anda sedang mencipta satu titik hitam di dinding tersebut. Semakin bagus visual semakin tajam ‘makrifat’ anda

3. Kemudian, tambahkan elemen yang membuatkan anda tambah lagi fokus anda, iaitu seperti membayangkan beberapa anak panah dari tubuh anda menuju ke titik hitam tersebut.

4. Bagi pengamal QSP (Pioneer Level), boleh tambahkan dengan teknik Pernafasan ‘Secret Breathing’ (mulut-hidung) untuk memberdayakan lagi tembakan anak panah tersebut

5. Bagi menambahkan ‘desire’ & ‘indent’ tersebut, tambahkan dengan affirmasi

“Di titik hitam tersebut adalah target atau impian yang aku ingin capai dalam minggu ini, semakin kuat dan tepat tembakan anak panah ini, maka semakin itu aku berjaya mencapai impian dan target yang aku impikan tersebut, Terjadilah!”

Lakukan dengan santai dan setiap kali selesai ucapkan Alhamdulillah dengan sesungguh-sungguhnya, Inshaallah

Selamat beramal 🙏😊

Sakit hati boleh menyekat rezeki

SAKIT HATI DAN MENYAKIT HATI ITU BOLEH MENYEKAT REZEKI…!?

Formula ini sangat bagus untuk dikongsikan agar membuka segala halangan pintu-pintu rezeki yang masih tertutup di kalangan rakan-rakan kita dan diri saya sendiri,

Menyakiti dan disakiti itu Isu Emosi..!

Walau sebesar kuman kita menyakitkan hati orang, kita sudah mempunyai Isu Emosi sebenarnya,

Kita yang merasa sakit hati dengan orang yang menyakitkan hati kita, kita juga sudah tentu mempunyai Isu Emosi,

Maka kedua-duanya, pintu rezeki mampu tersekat,

Tetapi kita tidak perasan hal ini bukan..?

Kerana kita ada sengaja dan tidak sengaja menyakiti hati orang sama ada lisan atau perbuatan,

Sebab itu, dalam Islam sangat dianjurkan antara kita bermaaf-maafan supaya Isu Emosi sesama manusia bebas berterbangan, tiada lagi bersarang.. malah merasa kelegaannya,

Sering kita dengar ibu bapa berkecil hati dengan anak, Ibu bapa juga dalam tidak sedar mempunyai Isu Emosi, anak yang merasa sakit hati juga mempunyai Isu Emosi. Kerana apa..? Kerana Islam tidak ajar kita menyimpan rasa sakit, marah dan dendam di hati,

Redha Meredhai,

Terasa hati, sakit hati dengan anak, akan mengakibatkan rezeki anak pula yang tersekat, Menyebabkan hidup anak dalam kesusahan dan kesulitan,

Anak-anak pula degil, ego, menyakiti ibu bapa makin menggunung Isu Emosinya, Adakah hidup ibu bapa bahagia dan kesenangan..?

Tidak ada kan..?

BAHAGIA ITU REZEKI.

Ingat, hubungan antara manusia itu sama pentingnya dengan hubungan kepada Allah, Hablum minannas. Itu antara kamu. Tak bermaafan, tidak redha meredhai, harus bersedia menanggung sebab akibatnya.. malah kita.., Kerana marah, kerana sakit hati, lebih rela melambatkan hisab sendiri dan orang lain.

Yang mana-mana terbuku marah di dalam hati,

– Ibu bapa
– Anak
– Suami
– Isteri
– Adik beradik
– Jiran
– Kawan
– Guru
– Saudara

Dan seluruh manusia.

Lepaskanlah sekarang..
Bebaskanlah hati..
Jangan ditambah lagi Isu Emosi dalam diri,

Selagi ada di dalam dada,
Selagi itu kita sedang mengumpul Isu Emosi yang terpendam dan mampu memberikan negativiti di pengakhirannya,

Islam ajar bersangka baik, tidak berdendam, pemaaf, pemurah dan saling mendoakan, Betul kan..?

Bebaskanlah jiwa-jiwa yang sakit itu supaya tenang dan sabar,
Dan keajaiban terbesar PASTI akan berlaku..!

REZEKI MELIMPAH RUAH AKAN TERTARIK KEPADA MANUSIA YANG SUKA MEMAAFKAN..!

“Saya minta maaf kepada semua makhluk,
Saya juga memaafkan semua makhluk,
Saya Cintakan semua makhluk dan saya juga mencintai Diri saya sendiri,
Saya rela hidup dalam Redha Meredhai dan Pintu Rezeki saya terbuka seluas-luasnya…! Terjadilah!”

Click: @QspLife

Latihan Aura

Latihan untuk hari ini (3 min only)

Jika di office ambil masa sedikit letak semua pen, kertas, hp dll, jika di rumah ambil masa sekejap 3 min, jika baru naik kereta sebelum drive buat sebentar sebelum gerak dll

1. Gores
2. Gosok
3. Pancar (Niatkan tapak tangan menjadi Pemancar Aura)

Gunakan warna Putih saja memadhai atau warna kuning/coklat.

Halakan tapak tangan ke bahagian sekeliling pinggang sambil bacakan kalimah basmalah berulang-ulang kali, Niat untuk memperbetulkan dan menyihatkan daerah di pinggang sendiri, lakukan sekeliling pinggang,

Supaya duduk bangun lebih mudah, supaya pinggang jadi kuat, supaya pinggang dapat menanggung beban tubuh dengan lebih effisien.

Pinggang nak pakai lama kan? So cegah dari awal sebelum ianya melarat… Moga Bermanfaat untuk semua… Jom laksanakan! 😊

Elemen

1- LOGAM-Bijak, memang dilahirkan sebagai pemimpin, kreatif, banyak idea baru, berani, berdikari, positif, mementingkan diri sendiri, perfectionist,agresif, sentiasa nak menang, keras kepala, ego yang tinggi, terlalu terus terang, sentiasa rasa dia betul.

2-AIR-Jujur, pembersih, lembut, tenang, pendengar tapi tak semestinya buat,memahami, penyabar, mudah dibuat kawan dan berkawan, diplomasi, suka bersimpati, boleh dipercayai, mudah memaafkan, pemalu, terlampau sensitif, cemburu, susah buat keputusan, tidak tetap pendirian.

3-API-Pembaran, popular, cepat siapkan kerja tapi tak sempurna, baran, agresif, kurang tegas, perhubungan rapuh, mudah berkawan, suka ikut fesyen, bersemangat, mudah teruja, kreatif, egois, suka mengarah.

4-KAYU- Kemahiran yang tinggi, bijak, tidak mudah putus asa, sukar simpan wang, perhubungan mudah putus, bersangka buruk pada orang, bangga, rajin, keras kepala (degil),kedekut, setia, suka kerja rutin, logik, tak berani ambil risiko.

5-TANAH-Kuat kerja (workaholic), pemimpin, keras kepala, berpangkat tinggi, adventurous, bercita rasa tinggi/mewah, bijaksana, berfikiran jauh, berani ambil risiko, suka/minat berniaga, boros, suka bertangguh, berkira.

6-LOGAM-Suka duit, citarasa mewah, berdikari, mahu menguasai, tidak mementingkan diri, suka duduk di rumah, bijak, jujur, berperikemanusiaan, penyayang, tamak.

7-AIR-Suka bertelagah, cerewet, popular, tarik penyokong, percaya kepada mistik, moody, pemalu, suka mengasingkan diri, analitikal, suka berfikir, kekuatan kerohanian.

8-API-Bertanggungjawab, pendiam tapi ramai kawan, boleh dipercayai, suka kebebasan dan kuasa, keras kepala, ada sifat kepimpinan, suka terurus dan kemas, suka membantu dan baik hati, gila wang, ego, mudah tertekan, kekuatan deria rasa ke-6.

9-KAYU-Pandai berkomunikasi, bergaya kemas, mudah tarik simpati orang tua, bijak, kesunyian, sensitif, ikhlas, berbakat, ada sifat kepimpinan, penyayang.

Energi QSP

ENERGY UPDATE (SEPTEMBER)

Pada bulan ini, tafakkur dan meditasi perbanyakkan dilakukan untuk daerah Medan Tenaga di Perut iaitu

Solar Flexus
Sacral
Root

Perbanyakkan mencari idea-idea baru, menghadiri kelas-kelas dengan ilmu-ilmu baru, dan bagus dalam Upgrade ilmu yang telah dimiliki, berguru secara online, pembacaan, perjumpaan semuanya digalakkan,

Lakukan networking kepada komuniti tetapi kali ini jadi seorang followers dan sentiasa menerima pendapat orang lain, kurangkan arguement atau bantahan baik di office, taman, ngo, kampung dll

Perbanyakkan berdoa dan bermeditasi atau mengolah nafas dan mengolah tenaga bersama kawan-kawan, berkomuniti, masih boleh bersendirian, tetapi perbanyakkan berkomuniti,

Laburkan kewangan kepada hal-hal yang berkaitan ilmu, dan kemudian laburkan ilmu untuk dikongsikan kepada orang lain lebih kerap, seperti memberikan tips-tips, nasihat-nasihat, kata-kata, saranan etc

Minum air atau makan yang penuh dengan bekalan tenaga seperti glukose, manisan, madu, atau seumpama dengannya, (balance kan juga kandungan gula itu nanti supaya tidak timbul pula penyakit2 lain),

Kurangkan bersendirian bagi yang mempunyai isu kejiwaan, berkomunitilah dan menerima pendapat orang lain,

Untuk Nafas Pecutan, terbaik untuk melakukan nombor 1, 3, 4, 5, 7

Bagi Auratherapy, perbanyakkan menggunakan warna-warna yang berkategori panas,

Inshaallah kita semua dapat selaraskan Energi Alam pada bulan September ini untuk kemanfaatan Diri kita semua, 🙏

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...