Monthly Archives: August 2018

Family first

Sharing yg sgt bagus & berkesan kepadaku secara peribadi….

FAMILY FIRST

Suatu hari saya terlanggar dengan seseorang yang tidak saya kenal. “Oh, maafkan saya,” reaksi spontan saya. Dia juga berkata, “maafkan saya juga.” Orang itu dan saya bertegur sangat sopan. Kami pun berpisah dan mengucapkan salam.

Namun cerita jadi lain apabila sampai di rumah. Pada hari itu juga, ketika saya sedang menelefon salah satu rakan sekerja terbaik saya, dengan bahasa sangat lembut dan santun untuk meraih/melobi simpati rakan saya itu, tiba2 anak lelaki saya berdiri diam2 di belakang saya. Ketika saya hendak berpusing,
hampir saja membuatnya jatuh. “Pergi!!! Main sana, ganggu saja!!!” teriak saya dengan marah. Ia pun pergi dengan hati hancur dan merajuk.

Ketika saya berbaring di tempat tidur malam itu, dengan halus Malaikat berbisik. “Tuhan menyuruh Aku mencabut nyawamu dan mengambil hidupmu sekarang. Namun sebelumnya, Tuhan izinkan kau melihat lorong waktu sesudah kematianmu. Sewaktu kamu berurusan dengan orang yang tidak kau kenal, etika kesopanan kamu gunakan. Akan tetapi dengan anak sendiri, engkau perlakukan kasar, akan ku perlihatkan engkau setelah kematianmu hari ini, bagaimana keadaan majikanmu, kawan rapatmu, sahabat dunia mayamu serta keadaan keluargamu”.

Lalu aku pun melihat, hari itu saat jenazahku masih diletakkan di ruang keluarga, hanya satu orang sahabat dunia mayaku yg datang, selebihnya hanya mendoakan di dalam group, bahkan ada juga yang tdk memberi komen apa apa pun atas kepergianku dan ada juga yang hanya menulis, ‘Al-Fatihah’ ada yg ‘RIP’.

Kawan sekerja ku dtg, Sekejap melihat jenazahku, lalu mereka asyik mengambil gambar dan bercerita. Bahkan ada yg asyik membicarakan aibku sambil tersenyum2. Bos yg aku hormati, hanya datang sebentar melihat jenazahku dalam beberapa minit lalu pulang dan kawan2 rapatku, tidak ada satupun dari mereka yang aku lihat.

Lalu ku lihat anak-anakku menangis di pangkuan isteriku, yang kecil berusaha menggapai jenazahku meminta aku bangun, namun isteriku menghalangnya. Isteriku pengsan berkali-kali, aku tidak pernah melihat dia sebingung demikian. Lalu aku teringat betapa sering aku acuh tak acuh dengan panggilannya yg mengajakku berbual, aku selalu sibuk dengan hp ku, dengan kawan2 dan teman2 dunia mayaku. Lalu aku lihat anak2ku sering ku herdik & ku bentak mereka saat aku sedang asyik dengan hpku, di saat mereka minta perhatian dariku. Oh Tuhan….Maafkan aku.

Lalu aku melihat 7 hari selepas kematianku. Teman2 sudah melupakanku, sampai detik ini aku tidak lagi mendengar doa mereka untukku. Pihak office menggantiku dgn staf lain, teman2 dunia mayaku masih sibuk dengan perbualan di group, tanpa ada yang berbicara tentangku ataupun bersedih terhadap ketiadaanku di group mereka.

Namun, aku melihat isteriku masih pucat dan menangis, air matanya selalu menitis saat anak2ku bertanya di mana papa mereka? Aku melihat dia begitu longlai dan pucat, ke mana semangatmu isteriku? Oh Tuhan maafkan aku….

Hari ke 40 sejak aku tiada, teman2 FB ku lenyap secara drastik, semua sudah memutuskan hubungan denganku, seolah tidak ingin lagi melihat kenanganku semasa hidup. Bosku dan teman2 sekerja, tdk ada satu pun yang mengunjungi kuburku atau pun sekadar mengirimkan doa. Lalu kulihat keluargaku, isteriku sudah boleh tersenyum, tapi tatapannya masih kosong, anak2 kecilku masih asyik bertanya bila papa pulang. Anakku yang paling kecil adalah yang paling kusayang, masih selalu menungguku dijendela, menantikan kepulanganku.

Lalu 15 tahun berlalu,
kulihat isteriku menyiapkan makanan untuk anak2ku, sudah mulai kelihatan kedutan tua dan lelah di wajahnya. Dia tidak pernah lupa mengingatkan anak2 bahwa hari ini hari Jumaat, jangan lupa solat.

Lalu aku membaca tulisan di atas secebis kertas milik anak perempuanku malam semlm, dia menulis…. “Seandainya aku masih punya papa, pasti tidak akan ada laki2 yang berani tidak sopan denganku dan
aku tidak melihat mama sakit mencari nafkah seorang diri buat kami. Oh Tuhan…. Kenapa Kau ambil papaku, aku perlu papaku Ya Allah..” kertas itu basah karena titisan air

Pengetahuan sihat itu murah

_Banyak yang tidak tahu, kerana memang tidak ada yang memberi tahu, kalau sudah usia kepala 5 dan ke atas, sebaiknya tidak memilih joging, berlari, apalagi melompat…_

_Jangan sampai salah memperlakukan sendi lutut, akibat masih tetap joging, berlari, main tennis, badminton, bola tampar, & aktiviti fizikal lain yang membebani sendi lutut…_

_*Itu yang saya maksudkan dengan “pengetahuan sihat itu murah…”*_

_Contoh lain yang tidak boleh dilakukan di usia kepala 5 & ke atas ini ialah…tidak memijak batu kerikil tanpa alas kaki sehingga persarafan tapak kaki menderita radang akibat tertekan kerasnya kerikil yg sangat keras selama memikul beban tubuh…_

_Alasan bahawa itu sebagai refleksologi…memang tidak boleh diterima akal yg sihat…_

_Refleksologi? Tekanan yg diterima tapak kaki hanya dilakukan oleh ibu jari tangan saja yg tekanannya ibu paling kuat hanya sekitar 5 kg…_

_Namun apabila berdiri di atas kerikil, tekanannya adalah seberat beban tubuh…_

_Kerana tidak ada yang memberitahu dan hanya kerana mendengar kata-kata orang, bahawa memijak batu kerikil tanpa alas kaki amat menyihatkan…maka yg mahu menjadi sihat…telah menjadi korban kerosakan saraf tapak kaki…_

_*Kesan buruk memijjak batu kerikil itu boleh mengakibatkan terjadinya fascitis/plantaris.*_

_Murahnya pengetahuan yang memberi informasi tidak memijak kerikil tanpa alas itu menjadi mahal kalau kita tidak tahu…_

_Salam sihat…_
_Dr HANDRAWAN NADESUL_

_*YOGA*-nya orang Islam itu dengan gerakan SOLAT._

_*MEDITASI*-nya orang Islam itu duduk tenang sambil berZIKIR._

_*SELF HEALING*-nya orang Islam itu melakukan MUHASSABAH._

_*DETOX*- nya orang Islam adalah dengan rajin berPUASA._

_*PEMBERSIHAN*- nya orang Islam boleh dengan SEDEKAH._

_*VITAMIN*- nya orang Islam adalah sikap MUDAH MEMAAFKAN._

_*UBAT AWET MUDA*- nya orang Islam: TIDAK MENCAMPURI urusan yang tidak perlu._

_*NUTRISI TERBAIK*- nya orang Islam adalah BERBAIK SANGKA (Huznuzon)._

_*PEMBERSIH HATI*- nya orang Islam dengan menahan GHIBAH (mengumpat)._

_*PENYUCI JIWA*- nya orang Islam adalah : Menjauhi sifat IRI HATI & DENGKI._

_*PENGAWET PAHALA*- nya orang Islam: Tidak RIAK._

_*PENCEGAH HURU HARA*- nya orang Islam : Menghindari PERDEBATAN._

_*PENGUKUR RENDAH HATI*- nya orang Islam : Tidak menceritakan KELEBIHANNYA kepada orang lain._

_*PENDETEKSI KEIKHLASAN*- nya orang ISLAM : Tidak menyebut KEBAIKAN & KEBAJIKANNYA._

_*SARIPATI*-nya dalam beribadah itu adalah DOA, dan ROH-nya dalam beramal itu adalah IKHLAS._

_*INFO PENTING MUSLIM & MUSLIMAH*_

_*DAFTAR UBAT :*_

_1. Sering sakit = silakan puasa._
_2. Wajah gelap = solat Dhuha._
_3. Hati sempit = baca Al-Qur’an._
_4. Susah bahagia = solat tepat waktu._
_5. Emosi kacau = wudhuk dan istighfar._
_6. Gelisah = banyak doa dan olahraga._
_7. Tertekan = baca “lahaula walaquwwata illa billah”._
_8. Kurang berkat rezekinya = dekati yang halal saja._
_9. Miskin melulu = muliakan orang tua & banyak bersedekah._

🌱 _*Salam Fastabiqul Khairat…*_ 🌷

dr. Handrawan

Bengkel Pengurusan Jenazah

So last weekend saya join Bengkel Pengurusan Jenazah di Manjung Perak with some of my favourite girls in town.
.
Jujur, ini adalah pengalaman pertama saya.
Dan alhamdulillah it was a very spiritually awakening experience!
Ingatkan ustazah tu ajar cara nak urus jenazah je, tapi rupanya cara nak siapkan diri jadi JENAZAH sekali. Meremang segala bulu 😑
.
InsyaAllah lepas ni nak kerapkan diri join Bengkel Pengurusan Jenazah, sebab Rasulullah saw pesan dalam Hadis Ibnu Majah;
“Orang paling cerdik, adalah orang yang paling banyak mengingati mati dan yang paling bagus persiapannya.”
.
Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam orang2 paling cerdik itu 🙏🏻
.
So let me share with you some knowledge yang saya dapat dari bengkel baru-baru ni. Dan supaya korang tak menguap baca, saya tulis dalam point form dan guna bahasa pasar tani je k. Kalau menguap jugak, sila libas diri sendiri dengan batu nisan. 💁🏻‍♀️
.
🔴 Ganjaran bagi orang yang menguruskan jenazah adalah, akan diampunkan segala dosanya– kembali bersih seperti bayi yang baru dilahirkan. Dan ganjaran bagi orang yang menunaikan solat jenazah pula adalah, pahala sebesar 2 Bukit Uhud. Siapa yang pernah pergi Madinah akan tahu betapa besarnya Bukit Uhud ni.
.
🔴 Cara kematian kita sangat berkait rapat dengan cara hidup kita. Kalau nak kematian yang baik, hiduplah dengan cara yang Allah suka.
.
🔴 Ini beberapa tanda kematian yang akan dirasai oleh SEMUA bakal jenazah:
.
1) 100 hari sebelum mati: Seluruh badan akan rasa gementar, dan hati kerap terdetik untuk berubah jadi lebih baik. Tapi dalam masa yang sama, syaitan pun semakin giat menghasut.
.
2) 40 hari sebelum mati: Pusat akan rasa berdenyut-denyut. Dan malaikat maut akan datang ziarah kita 210 kali sehari (setiap 7 minit).
.
3) 7 hari sebelum mati: Takde selera makan.
.
4) 3 hari sebelum mati: Rasa berdenyut pada tengah dahi (antara dua kening). Bagi orang beriman, bila dah rasa tanda ni, mereka akan mula berpuasa.
.
5) 1 hari sebelum mati: Rasa berdenyut pada ubun2. Ini bermaksud takkan ada lagi Asar pada hari esok untuk kita.
.
Semua tanda2 ni kita akan rasa selepas masuk waktu Asar. Sebab tu para ulama galakkan kita solat Asar pada awal waktu (15 minit pertama selepas masuk waktu)
.
🔴 Setiap kematian manusia akan melibatkan sekurang2nya 30,000 malaikat yang turun dari langit, termasuk malaikat Izrail. Dan roh kita akan ditarik secara berperingkat:
.
1. Dari ibu jari kaki ke lutut (ditarik oleh 10,000 malaikat)
2. Dari lutut ke pusat (ditarik oleh 10,000 malaikat)
3. Dari pusat ke halkum (ditarik oleh 10,000 malaikat)
4. Dari halkum keluar dari jasad (ditarik oleh Malaikat Izrail)
.
🔴 Sakit mati adalah sakit yang paling sakit, diibaratkan macam tubuh dipukul dengan 300 pedang yang tajam. Ketika roh kita ditarik sikit-sikit, seluruh tulang dan organ akan rasa seperti dipatah2kan dan dilaga2kan. Sakitnya yang teramat sangat, sampai takde satu suara pun yang mampu dikeluarkan.
.
🔴 Lepas roh dah terpisah dari jasad, jasad akan diuruskan untuk pengebumian, manakala roh akan diangkat ke langit setingkat demi setingkat dan ditanya tentang akidah, ibadah, hubungan dengan ibu ayah dan sebagainya. Bagi roh orang beriman, ia akan disambut oleh jutaan para malaikat di setiap tingkat langit yang memuji2 betapa wanginya roh nya.
.
🔴 Lepas jasad dah selamat dikuburkan, roh akan dimasukkan semula ke dalam jasad sehingga ke paras pusat, dan bermula lah sesi soal jawab bersama dua malaikat – Munkar & Nakir.
.
🔴 Ketika jenazah diuruskan untuk pengebumian, ia akan dengar 5 suara ini:
.
1. Ketika dicabut nyawanya, suara itu berkata–
“Adakah kau meninggalkan dunia, atau dunia meninggalkan kau?”
.
2. Ketika dimandikan, suara itu berkata—
“Di manakah jasad/badan kau yang cantik/gagah selama ni? Sekarang ia akan kembali kepada Penciptanya.”
.
3. Ketika dikafankan, suara itu berkata—
“Berbahagialah jika engkau berkawan dengan redha Allah, dan celakalah jika engkau berkawan dengan ingkar Allah.”
.
4. Ketika disolatkan, suara itu berkata—
“Segala apa yang telah engkau kerjakan ketika hidup, akan diperlihatkan semula di hadapan Allah.”
.
5. Ketika dikuburkan, suara itu berkata—
“Lihat, inilah rumah engkau sekarang.”
.
🔴 Ini adalah adab2 ketika menziarahi / menghadapi orang yang sedang nazak:
.
1. Perlahan2 mengiringkan badannya ke sebelah kanan, dengan wajahnya menghadap kiblat.
2. Ambil sedikit air, dan basahkan bibirnya.
3. Membaca syahadah di telinga kanannya dengan sebutan yang jelas.
4. Memaafkan kesalahannya dan mendoakan agar perjalanannya ke barzakh dipermudahkan.
.
🔴 Orang yang paling afdhal menguruskan jenazah adalah anak/waris si mati. Dan jika yang mengkafankan itu adalah anaknya yang soleh, roh si mati akan berkata dengan bangga ketika diangkat ke langit—
“Inilah pakaian yang dipakaikan oleh anak2ku yang soleh.”
.
🔴 Ketika menguruskan jenazah, latih jiwa untuk bersangka baik dan latih mulut untuk berkata yang baik2, walau apa pun yang dilihat pada jenazah. Walaupun kita nampak benda2 yang “kurang baik” kat jenazah, tetapppp kena doakan yang baik2 untuknya.
.
🔴 Ini pesanan roh kepada orang2 yang menguruskan jasadnya:
.
1. Buka baju aku perlahan2, kerana aku baru saje diseret keluar oleh para malaikat.
.
2. Jangan siram tubuhku dengan air panas, kerana tubuhku rasa seperti baru dibakar.
.
3. Jaga auratku dan gosok tubuhku perlahan2, kerana tubuhku sedang penuh luka.
.
4. Jangan diikat (dikafan) lagi kepala aku, kerana aku mahu lihat wajah anak2 dan suami/isteri ku– yang aku takkan jumpa lagi lepas ini.
.
5. Wahai kaum keluarga ku, jangan sakiti anak-anakku, kerana mereka kini anak yatim, dan aku takkan ada lagi untuk mereka lepas ni.
.
6. Wahai kaum keluarga ku, percepatkan perjalanan aku ke kubur, dan kalian lihatlah apa yang aku bawa– sehelai sepinggang– harta dan keluarga semuanya ditinggalkan.
.
🔴 Kita digalakkan berbaik-baik dengan jiran tetangga, kerana mereka inilah orang2 pertama yang akan mendatangi jenazah kita. Kebiasaannya jiran sampai lebih awal berbanding ahli keluarga sendiri.
.
🔴 Kita TAK BOLEH minta maaf pada jenazah, atau minta dia mendoakan kita kepada Allah. Sebaliknya, kita yang perlu maafkan dia dan doakan kebaikannya di alam sana.
.
🔴 Perbuatan meletak buku yasin / Al-Quran di atas atau di tepi jenazah, adalah perbuatan yang salah. Yang sepatutnya, kita baca yasin atau apa2 surah dalam Quran, dan niat dalam hati sampaikan pahala bacaan kepada jenazah.
.
🔴 Wanita yang sedang haid BOLEH menguruskan jenazah dan boleh berzikir berhampiran jenazah. Cuma tak boleh baca surah dan solat jenazah sahaja.
.
🔴 Takde dalil yang menyatakan tak boleh menangis atau mengalirkan air mata berhampiran jenazah. Kita boleh menangis sambil mengucup jenazah, cuma pastikan tidak meninggalkan najis pada jenazah (hingus, air mata yang bertahi mata, etc)
.
🔴 Elakkan pembaziran ketika menguruskan jenazah. Contohnya, jika arwah ibu pernah pesan masa dia hidup untuk dikafankan dengan telekung sutera– kalau boleh elakkan. Sebab permintaan macam tu sebenarnya satu pembaziran dan takde faedah. Lebih baik jika telekung tu diwakafkan atau disedekahkan kepada orang yang masih hidup. Selagi telekung tu dimanfaatkan untuk solat, arwah si ibu tadi dapat pahala yang berterusan.
.
🔴 Isteri yang kematian suami, kena mula ber’edah sejurus selepas suaminya menghembus nafas terakhir. Bila isteri dapat tahu suami dah meninggal je, kena terus tanggalkan semua perhiasan diri (barang kemas, make up, etc), jaga batas pergaulan (walaupun rumah tengah ramai tetamu yg datang ziarah jenazah suami), dan isteri tak boleh mengiringi jenazah suami ke kubur. Tapi lepas semua urusan selesai dan semua tetamu dah balik, isteri boleh pergi ziarah kubur suami.
.
🔴 Hukum derma organ adalah harus. Dengan syarat, atas persetujuan si mati ketika dia hidup. Selagi organ tu bermanfaat pada jasad orang lain, si mati akan dapat pahala berterusan.
.
🔴 Didik anak dengan ajaran Islam sehingga dia mengamalkan Islam dalam hidupnya, sebab itulah yang bakal menerangi kubur dan “merehatkan” ibu bapa di alam barzakh nanti.
.
🔴 Kalau kita jaga aurat ketika hidup, nescaya Allah akan pelihara aurat jenazah kita ketika mati.
.
🔴 Nak bibir sempat ucap syahadah sebelum mati, jagalah hubungan dengan Allah. Kerana hanya orang2 yang disukai dan dipilih Allah yang akan diringankan bibirnya nanti.
.
🔴 Amalkan surah Al-Mulk atau sekurang2nya Al-Ikhlas (3 kali) sebelum tidur, untuk dapat ketenangan di alam barzakh.
.
🔴 Baca Al-Quran setiap hari (walaupun 1-2 ayat), sebab kat dalam kubur nanti, ketika semua amalan lain dihalau, hanya Al-Quran yang “berdegil” untuk tunggu dan teman kita yang sedang ketakutan. Itupun, kalau kita jadikan “dia” sahabat karib ketika hidup.
.
🔴 Kalau susahhhh sangat nak cari masa untuk baca Al-Quran, minta dengan Allah. Peluk Al-Quran seeratnya dan doa —
.
“Ya Allah, aku rindu nak baca Al-Quran. Berilah aku kelapangan masa dan kelapangan hati untuk membacanya setiap hari. Berilah aku kesempatan untuk bersahabat karib dengannya sehingga ke barzakh.”
.
.
Ok cukup lah kot setakat ni je.
Panjang sangat dah. 😁
.
Dalam hidup ni,
nak buat apa pun, buat lah.
Nak jadi apa pun, jadilah.
Nak jadi kaya ke, nak jadi jutawan ke, nak ramai follower ke, nak jadi famous ke, nak jadi artis ke, nak beli private jet ke—
ikut suka.
.
Tapi ingat, last sekali kita akan—
MATI.
.
Tanya diri–
apa bekalan yang aku dah siapkan untuk dibawa berjumpa Allah?
Adakah kubur aku nanti salah satu taman syurga atau salah satu lubang neraka?
.
Selamat berfikir,
dan hiduplah–
untuk mati.
.
.
Footnote: Apa yang saya kongsikan ni mungkin 1% je dari kesuluruhan ilmu dan pengalaman yang saya dapat dari Bengkel Pengurusan Jenazah hari tu. Ilmu fardhu kifayah macam ni memang kena hadir kelas dan berguru. Tak boleh setakat belajar kat internet je. Saya doakan semua yang baca post ni diberi kelapangan masa untuk experience Bengkel Pengurusan Jenazah juga. 😊

Berapa harga

TETAPLAH MENJADI BAIK

Seorang profesor di kelas filsafat bertanya pada mahasiswanya, “Berapa harga selembar kertas?”

Salah seorang mahasiswa menjawab, “Tergantung apa ISI kertasnya prof …
Jika kertas itu cek yg BERISI nominal dengan jumlah yg banyak, tentu kertas itu akan menjadi sangat berharga.

Kemudian ia pun bertanya lagi, “Berapa harga sebuah kanvas?”.

“Tergantung siapa Pelukisnya”. Jawab seorang mahasiswa di bangku depan.

Sang profesor melanjutkan pertanyaanya, “Berapa harga sebuah buku?”.

“Tergantung siapa Penulisnya”, respon mahasiswa di bangku tengah.

Kemudian sang profesor melanjutkan pertanyaan berikutnya, “Berapa harga sebuah film?”.

“Tergantung siapa pemain & sutradaranya”. Sahut mahasiswa di bangku belakang.

Sang profesor bertanya kembali, “Lalu, berapa harga sebuah KEHIDUPAN?”.

Kali ini tak ada seorang pun yg menjawab, kelas beberapa saat senyap sepi…

Lalu sang profesor memecah kesunyian ini dgn berkata, “Tergantung bagaimana kita sebagai manusia MENGISI dan MENJALANINYA setiap hari.”

Kemudian ia melanjutkan penjelasannya, “Tapi kadang nilai kita di mata orang lain itu dinilai rendah, BERMASALAHKAH?…

Kelas kembali senyap sepi … lalu sang profesor menjawabnya kembali: “BIARKANLAH…
Sebab sejatinya dari kita lah yg tahu nilai hati & perbuatan kita, bukan orang lain…

Bila kita menabur benih² yg baik, niscaya hasil tuaiannya pun pasti akan baik, dan hasil karya kita akan bernilai baik dan tinggi.

Saudaraku…
Nilai dari kebaikan itu adalah ditentukan oleh karakter, integriti, kejujuran dan ketulusan hati kita.

Semoga bermanfaat…………
Tetap Senyum……😄

NEWBIE AT 40 PLUS

NEWBIE AT 40 PLUS

Jika anda yang membaca status ini berumur 40 tahun atau lebih, ini coretan untuk Ceo & pembaca.

Ceo pun dah berumur 48 tahun. Kita sebaya. Alhamdullillah. Baiklah, jom teruskan bacaan kita.

Pencapaian kita ketika umur 40 sekarang adalah hasil dari puluhan tahun kita yang dulu.

Pekerjaan, kawan-kawan, tindakan, ilmu, penasihat, aktiviti harian, buku bacaan, kewangan & ianya membentuk diri kita sekarang.

Adakah impian atau cita-cita sudah tercapai? Atau masih mengharapkan sesuatu keajaiban terjadi.

Jangan mengharapkan takdir yang hebat berlaku untuk mencapai impian sejak azali. Jika kita mula bekerja atau berniaga sekitar umur 25 tahun sehingga umur 40 tahun.

15 tahun sudah cukup kita ambil sebagai fasa pengalaman & deretan ilmu yang di kutip sepanjang tempoh tersebut.

Fasa 40 ke atas adalah peluang ke2. Masih ada peluang untuk kita perbaiki diri & upgrade. Gunakan pengalaman yang lalu sebagai kelebihan.

Tapi awas, jika 2nd half pun buat perkara yang, bila dah umur 55 tahun pun di kuatiri masih kekal takuk lama. Tanam pokok betik mana mungkin berbuah durian Musang King.

Apa nak buat Ceo?

Kita ubah apa yang kita buat. Rutin lama mesti di peralusi. Dulu berjam setiap hari lepak kedai mamak, sekarang kurangkan & tukar aktiviti tersebut.

Mungkin kita dah boleh mulakan bisnes sendiri. Bila dah ada perniagaan sendiri, kita mesti belajar ilmu & buat skil baru.

Antara aktiviti yang boleh bantu mendapatkan perkara tersebut :

+Mulakan membaca buku bisnes, hartanah, motivasi, kisah kejayaan, kewangan & keagamaan. Mulakan dengan 2 buku sebulan.

+Tambah networking. Cari kawan baru. Jika nak menjadi seorang Usahawan berjaya, pastikan ada 3 atau lebih nombor telephone Usahawan yang berstatus berjaya.

Boleh belajar dengan mereka. Berkawan dengan semua orang tapi lebihkan masa dengan mereka.

+ Hadir program ilmu yang bermanfaat. Registerkan diri di seminar bisnes. Setkan mesti hadir minima 3 kali dalam setahun. Sediakan bajet untuk ini. Sediakan soalan sebelum hadir.

Aktif di dalam bilik. Biar penceramah atau mentor di depan kenal kita. Branding diri adalah jenama nombor satu.

+ Belajar ilmu kewangan peribadi. Ini ilmu mahal yang perlu kita kuasai. Ilmu ini tiada di mana-mana Universiti. Cari buku, beli, baca berulang kali & hadam lumat.

Bila ilmu tentang duit dah bertambah, kita dah bersedia mengurus duit sedikit & wang yang banyak. Ramai yang tersontot sebab jahil & bodoh sombong.

Penipu lebih bijak dari mereka walaupun dulu bekas student deretan A.

+ Ubah sikap kita. Hampir 100% kegagalan berpunca dari sikap. Nak ubah menjadi orang berjaya tapi sikap tak nak berubah. Macam mana?
Ubah sikap adalah PERCUMA.

Pilihan di tangan kita. Kunci kejayaan sentiasa berada di genggaman. Ini hak mutlak yang ada untuk semua.

Tak perlu minta kebenaran sesiapa untuk ubah hidup. Jangan sabatoj diri sendiri.

Kejutkan HULK yang lama tidur di dalam diri. Berapa lama nak jadi penonton & tukang tepuk tangan kejayaan orang lain?

Jadilah versi terbaik di peluang kedua ini.

Do the best, let ALLAH do the rest. Aamin.

Kredit to CEO SamadKinto

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...