Monthly Archives: July 2018

Mengubati Vertigo

MENGOBATI VERTIGO CUKUP dengan LUBANG HIDUNG

👃 Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan kanan, apakah fungsinya sama?

👃 Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bedanya; sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan yg kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin).

🔻Jika SAKIT KEPALA, cobalah MENUTUP Lubang hidung sebelah KANAN, bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 menit, sakit kepala akan sembuh.

🔻Jika merasa LELAH, lakukan sebaliknya. Tutup lubang hidung sebelah KIRI dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Tak lama kemudian, Anda akan merasakan segar kembali.

🔻Perempuan bernafas lebih dg hidung sebelah kiri, sehingga hatinya gampang sekali dingin. Laki-laki bernafas lebih dg hidung sebelah kanan, sehingga gampang sekali marah.

🔻Apakah Anda memperhatikan pada saat bangun, lubang hidung mana yg bernafas lebih cepat? Sebelah kiri atau kanan?

🔻Jika lubang hidung kiri bernafas lebih cepat, Anda akan merasa sangat lelah. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, Anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

🔻Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi efeknya akan lebih baik diterapkan kepada orang dewasa.

🔻Pada suatu malam, saya duduk menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri. Dalam kurang dari satu minggu, sakit kepala saya sembuh. Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang, sakit kepala saya tidak kambuh lagi.

🔻Luar biasa, sungguh sempurnanya pengaturan ciptaan Allâh.

Silakan di-share Untuk Teman, Sahabat, Keluarga, dll. Selamat mencoba dan semoga bermanfaat.

Sumber :
Thibbun Nabawi oleh Imam Ibnul Qoyyim
InsyaAllaah BERMANFAAT

Rahsia besar dalam Rumahtangga

RAHSIA BESAR MENCIPTA HUBUNGAN MAWADDAH DI DALAM RUMAH TANGGA

Ya,rahsia besar yang tak ramai orang tahu,terutamanya pasangan suami dan isteri.Izinkan sy kongsi kan sedikit RAHSIA BESAR ini.

Tak lama,hanya pinjam 5 minit sahaja untuk membaca.

Baru baru ni waktu sy balik Johor, sy berpeluang bertemu dengan seorang Ustaz, iaitu Ustaz Sadini.

Ustaz Sadini merupakan seorang bekas doktor,dan berkahwin dengan anak dari Mufti Brunei. Tutur kata memang begitu menenangkan jiwa yang mendengar setiap tazkirah yang keluar dari mulut nya.

Sempat sy bertanya pada dia,
“Macamana nak buatkan suami mendengar nasihat dan pendapat isteri?Sebab macam yang kita tahu,ramai suami diluar sana yang meletakkan ego di depan sekali bila buat apa apa keputusan di dalam rumah tangga”

Ustaz Sadini jawab,
“Sebelum tu saya nak tanya,pernah tak kamu mendoakan angota badan suami kamu?”

Ustaz Sadini pandang semua yang hadir,dan tanya lagi pada yang lain,

“Ada doakan anggota badan suami?Suami pulak,ada doakan untuk anggota badan isteri?”

Ustaz Sadini pandang sy semula,menunggu jawapan.Ahhh sudah!Apa nak jawab? Sebab sy tak paham maksud soalan tu 😂

Tapi sy jawab juga,
“Saya biasa doakan suami saya dalam setiap sujud terakhir ketika solat,minta supaya ALLAH permudahkan setiap usaha suami mencari rezeki,menjadi suami dan ayah yang penyayang dan bertanggungjawab”

Ustaz Sadini :
“Baik. Saya tak cakap benda tu salah yer.Cuma kurang betul.Kurang betul sebab pasangan suami isteri harus mendoakan anggota badan antara 1 sama lain.Tapi tak ramai pasangan buat perkara ni.Sebab tu kurangnya hubungan yang MAWADDAH di dalam rumah tangga”

Persoalannya,bagaimana nak mendoakan anggota tubuh badan pasangan secara specific?

Di sini sy kongsi kan yerrr.

💖 Pegang tangan suami/isteri kita,usap tangan nya sambil baca

Allahumma barik lanaa fima rozaktana wakina a’zabannar,

Habis baca sambung,

YA ALLAH,BERKATI TANGAN SUAMI/ISTERIKU AGAR DIGUNAKAN KE JALAN YANG BAIK,DI HARAMKAN DARI API NERAKA

Pelik? Yer,kami semua yang hadir pun tercengang.Doa makan? Itu yang Ustaz Sadini bagitau,ramai ingat doa makan di baca ketika makan sahaja.Sedangkan banyak fungsi doa makan tu,untuk minta apa saja yang kita ada diberkati ALLAH.

💖 Ulang perkara yang sama di setiap anggota badan pasangan kita

💖 Ketika isteri hamil,baca kan juga doa tersebut,sambil lekapkan tapak tangan di perut isteri

💖 Ketika sedang bersama,lekap kan tapak tangan di dada suami/isteri,dan bacakan doa tersebut,minta hatinya di berkati ALLAH dan tidak terpikir langsung untuk berbuat perkara yang tidak di sukai.Minta diharamkan hati nya dari api neraka

ALLAHUUU, sy yakin ramaiiiii sangat yang tak tahu perkara ni kan?Pernah doakan tak anggota tubuh pasangan kita?

Dan yang terakhir ustaz Sadini kongsikan,ketika suami bawa balik sekampit beras.Waktu di tuang ke dalam tong beras,pegang butiran beras tu sambil bacakan juga ,

Allahumma barik lanaa fima rozaktana wakina a’zabannar

Doa agar setiap butiran beras tu diberkati oleh ALLAH SWT.

Sy izinkan kalian SHARE, agar lebih ramai mendapat ilmu kecil,yang merupakan salah 1 RAHSIA BESAR mendapatkan hubungan yang MAWADDAH di dalam rumah tangga 💖

Sedekah

Assalamu’alaikum,
Semoga tulisan ini memberi inspirasi kpd kita semua :

Jika seseorang itu memberi *sedekah*, dan dia tahu bahawa *sedekah* nya itu sampai kpd Allah SWT dahulu sebelum orang yang disedekahinya, maka dia akan mendapat kegembiraan dalam pemberiannya.

Adakah kamu tahu antara kebaikan² *sedekah* itu ?

_Perhatikan nombor 17 hingga 19_

Rujukan dari hadits²…

1. *Sedekah* adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah SWT,

2. *Sedekah* ialah perbuatan yang paling mulia antara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah dgn memberi makanan kepada orang,

3. *Sedekah* akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan Inn Syaa Allah menjauhi api neraka jahanam,

4. *Sedekah* mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur,

5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang² yang telah meninggal dunia adalah *sedekah* dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari *sedekah* tersebut,

6. *Sedekah* mampu mensucikan ruh dan menambah pahala kebaikan,

7. *Sedekah* adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah SWT,

8. *Sedekah* boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat kita sengsara disebabkan masa lampau kita,

9. *Sedekah* mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa² yang telah dibuat,

10. *Sedekah* adalah kepastian untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada kita,

11. Orang² yang memberi *sedekah* ialah orang² yang baik dan siapapun yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT,

12. Orang yang memberi *sedekah* dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT In Syaa Allah,

13. Orang yang memberi *sedekah* adalah tergolong dari golongan orang² yang disayang oleh masyarakat

14. Memberi *sedekah* adalah perbuatan yang mulia,

15. *Sedekah* mampu melepaskan kita drpd kesusahan dan doa² akan dimakbulkan Allah SWT In Syaa Allah,

16. *Sedekah* mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia,

*17. Sedekah* mampu memanjangkan umur seseorang dan bisa memberi kejayaan hidup,

18. *Sedekah* adalah obat,

*19. Sedekah* mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas &

20. *Sedekah* ialah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang² atau burung².

Yang terakhir sekali…..

_*Sedekah* yang paling baik adalah jika anda membagikan pesan yang baik ini kepada orang lain dan diniatkan sebagai sedekah…_

dengan cara bkongsi tulisan ini kita akan mendapat bahagian pahala *sedekah*,
Jika yg membaca tulisan ini tergerak hatinya untuk bersedekah…inshaa Allah

Semoga bermanfaat!🕌🕋

Rahsia..

Sayyidina Ali bin Abi Talib telah berkata:

Simpan rahasiamu berdua saja:

1. Dirimu
2. Allah swt

Jagalah di dunia ini dua keredhaan:

1. Ibumu
2. Bapamu

Mohonlah bantuan ketika susah dengan dua hal:

1. Sabar
2. Solat

Jangan risau dua hal ini:

1. Rezeki
2. Ajal

Kerana keduanya berada di bawah kekuasaan Allah swt.

Dua hal yg tak perlu diingati selamanya:

1. Kebaikanmu terhadap orang lain.
2. Kesalahan orang lain terhadapmu.

Dua hal yang jangan dilupakan selamanya:

1. Allah swt
2. Alam Akhirat

Selalu dekat dengan 4 orang ini:

1. Ibumu.
2. Ayahmu.
3. Saudara lelakimu.
4. Saudara perempuanmu.

Empat orang ini janganlah kamu kasar kepada mereka:

1. Yatim
2. Miskin
3. Fakir
4. Orang Sakit

Empat hal yang memperindah dirimu :

1. Sabar
2. Tabah
3. Tinggi ilmu
4. Dermawan

Empat orang yang hendaknya kamu dekati:

1. Orang yg Ikhlas
2. Orang yg setia
3. Orang yg dermawan
4. Orang yg jujur

Empat orang yg hendaknya jangan kamu jadikan teman:

1. Tukang bohong
2. Tukang curi/rasuah
3. Tukang hasut
4. Tukang adu domba

Empat orang ini jangan sampai kamu tahan kedermawananmu terhadap mereka:

1. Isterimu
2. anak2 mu
3. Keluargamu
4. Sahabatmu

Empat hal yang hendaknya kamu kurangi:

1. Makan
2. Tidur
3. Malas
4. Bicara berlebih2an/gosip

Empat hal yang jangan kamu putus :

1. Sholat.
2. Qur’an.
3. Zikir.
4. Silaturrahimi.

Kirimkan artikel ini kepada orang yang anda sayangi ✋

Agama adalah keseluruh kehidupan

*السلام عليكم ورحمةالله وبركاته*

_*Salam Subuh*_☪

*Agama adalah Seluruh Kehidupan*

Agama adalah seluruh kehidupan.
Ada yang lahir ada yang batin.
Iman, Islam dan ihsan adalah patinya atau ajaran terpokok.
Pecahan dari tiga aspek tadi yang merupakan satu pakej jadilah agama itu luasnya seluruh kehidupan.
Adakalanya disebut hablumminallah wahablumminannas.
Hablumminallah adalah asas dan tapak agama dari Tuhan.
Hablumminannas adalah cabangnya atau buah daripada hablumminallah.
Ertinya agama itu ia berlaku dan mesti berlaku
di mana-mana.
Di dalam masjid sudah tentu semua orang tahu.
Ia berlaku di pejabat, di pasar, di tengah masyarakat, di dalam perjuangan, di dalam kebudayaan dan perhubungan.
Di rumah tangga, di dalam perhubungan, di dalam negara atau antarabangsa.
Berlaku di dalam jiran tetangga, di dalam pendidikan formal atau tidak formal.
Berkasih sayang, rasa bersama, bekerjasama,
bersatu-padu adalah agama.
Di dalam perhimpunan, di dalam perayaan, di dalam mesyuarat, di dalam bersukan mesti ada agama.
Bertimbang rasa, perikemanusiaan, bertolak ansur, berlapang dada, itu agama juga.
Di waktu memandu di jalan raya, membersihkan bandar, ketika bertugas menjadi nelayan, bekerja di kilang, semuanya agama.
Mentadbir negara, menjaga negara, menjaga keselamatan dan keamanan juga agama.
Berkawan, berkenalan, berbual, makan, rehat-rehat, tidur dan baring adalah agama.
Begitulah luasnya agama, tidak seperti yang difaham selama ini oleh kita.
Tanggapan ramai orang Islam agama itu hanya semata-mata.
ibadah rukun Islam serta sunat-sunatnya.
Kalau agama itu berlaku di mana-mana selagi berlaku syariat Tuhan sebagai disiplinnya itu ibadah umumlah namanya.
Ertinya agama atau ibadah itu berlaku di udara, di darat, di laut, di hutan, di bukit, di gunung, di padang pasir, selagi ada manusia.
Kalau agama berlaku di mana-mana ertinya ibadah umum berlaku di mana-mana sahaja selagi ada manusia.
Sekiranya agama berlaku di mana-mana sahaja selamatlah manusia.
Kerana maknanya agama itu ‘tidak kacau’
mengikut bahasa Sanskrit.
Ertinya orang beragama tidak huru-hara di dalam kehidupan.
Ertinya aman damai, harmoni, bahagia.
Tapi makna agama itu telah dipersempit maka manusia hidup huru-hara di mana-mana bahkan berlaku di masjid.
Kerana itulah umat Islam hina di mana-mana
kerana agama yang diamalkan selama ini adalah sempit.

Dunia makin kepenghujung

FENOMENA-FENOMENA YANG BERLAKU TANPA KITA MENYEDARI DUNIA SUDAH SEMAKIN HAMPIR KE PENGHUJUNGNYA

1. Ramai memiliki rumah besar tetapi anggota keluarga semakin kecil.

2. Anak-anak ramai semakin bijak tetapi akhlak semakin rendah.

3. Perubatan semakin canggih tetapi penyakit semakin banyak.

4. Melancong keliling dunia tetapi tidak kenal tetangga berdekatan.

5. Pendapatan semakin meningkat tetapi ketenteraman jiwa semakin kurang.

6. Kualiti ilmu semakin tinggi tetapi kualiti emosi semakin rendah

7. Manusia semakin banyak tetapi rasa kemanusiaan semakin menipis.

8. Pengetahuan semakin luas tetapi adab semakin tidak terkawal.

9. Ramai kawan di dunia maya tetapi tidak mempunyai teman sejati.

10. Minuman semakin banyak jenisnya tetapi air bersih semakin kurang.

11. Jam tangan pelbagai jenama tetapi tidak pernah tepati masa.

12. Ilmu semakin tersebar tetapi fikiran semakin sempit.

13. Pembelajaran semakin mudah tetapi guru tidak lagi dihargai.

14. Teknologi dan informasi semakin canggih tetapi fitnah dan aib semakin berleluasa.

15. Orang yang rendah ilmunya banyak bicara tetapi yang tinggi ilmunya banyak terdiam.

Renung-renungkanlah…

(Dipetik daripada majlis ilmu)

Allah ada

Best baca ni… Walaupun copy paste jer….

*BACA DENGAN TENANG, SLOW AND STEADY.. PASTIKAN BACA SAMPAI HABIS*

Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing2.

Ada yg masih single…-
Ada yg nikah 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah..
Ada yg dah nikah 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yg baru nikah bulan lepas, hari ni dah mengandung.

Ada yg grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yg grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yg muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yg umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tak sama…
Jadi tak perlu merasa kita ‘tertinggal’ hanya bila nampak org lain lebih berjaya,masa kita belum sampai…
Obama retired masa umur dia 55, tapi Trump ‘bermula’ pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yg berbeza.
Tapi sama2 dapat jadi Presiden.

Ada yg dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yg dah ada cucu di umur yg sama…
Malah ada yg baru menimang cahaya mata pertama di umur yg sama…

Ada yg ‘depan’ dari kita…
Tapi ada juga yg ‘belakang’ kita.
Semua org bergerak dalam laluan yg berbeza pada zon masa yg berlainan.

ALLAH ada perancangan berbeza utk kita semua.
Jgn dengki, jgn sakit hati, jgn sedih…
Mereka bergerak dgn zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

You are not late.
You are not early
You are just on time.
Jgn stress.
Keep going..teruskan dgn apa yg dikerjakan.

Percayalah bahawa perancangan ALLAH jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.

Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Ada org, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh.
Difikiran nya siapa lah yg akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada org, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapa kah yg akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada org, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yg nak jaga aku nanti.

Ada org, anaknya semua lelaki…..
Juga terfikir siapalah yg akan jaga aku nanti.
Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku???

Ada org, anaknya semua perempuan, sama juga.
Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing2.. siapalah yg nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yg jaga kita itu ALLAH.

Berapa ramai org yg anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga org yg saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada org yg usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak2 ada di sisi menjaga.

ltulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak ALLAH.
Yakin
Yakin
Yakin

Jgn runsingkan kerja ALLAH.
Runsingkan kerja kita yg asyik tak siap ni.

Jgn runsing belum ketemu jodoh
Jgn bising masih belum ada zuriat
Jgn sedih hanya kerana beranak sorang
Jgn kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jgn cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jgn takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jgn pertikaikan…
“eh nanti tua siapa nak jaga kau.”
Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti
Sempat ke kita tua?

Yang sakit pun sama,
sentiasa redha dan sabar. Tunggu keputusan Allah kepada diri kita.

Sakit dari Allah sembuh pun dari Allah, kita cuma iktiar dengan jalan yg betul dan teruskan perjalanan dengan sabar sehingga datang keputusan Allah.

Masa depan kita sentiasa dlm kekuasaan ALLAH.
Dan ALLAH itu Maha adil.
Setiap org akan dapat apa yg ALLAH kata dia layak dapat. Kuatkan pergantungan kpd ALLAH, itu yg paling penting.

Pendek kata ALLAH ADA.Jangan takut
,,
ALLAH sebaik-baik perancang ALLAH sebaik-baik pelindung
😊😊😊

Rezeki tu…

Dulu…
Dulu saya fikir solat dhuha dan membaca zikir itu pembuka pintu rezeki. Dulu juga saya fikir, rezeki itu apabila ada wang, gaji yg besar, banyak tender yang masuk, Banyak simpanan di bank, banyak aset seperti kenderaan, tanah,rumah
Kesemuanya soal harta dan kekayaan

Setelah mencari dan mengetahui lebih mendalam apa makna rezeki dalam Islam, ternyata saya tersasar besar…

Ternyata, langkah kaki yg *dimudahkan untuk hadir ke majlis ilmu*, itu adalah rezeki.

Langkah kaki yg *dimudahkan untuk solat berjemaah di masjid*, adalah rezeki.

Hati yg Allah jaga *jauh dari iri, dengki, dan kebencian*, adalah rezeki

Ada *teman yang soleh dan saling mengingatkan dalam kebaikan*, itu juga rezeki

Ketika *ujian datang penuh getir penuh kesusahan dibantu Allah*, itu juga rezeki.

Mempunyai *orang tua yang sakit* ,ternyata itu adalah rezeki, kerana ianya adalah merupakan ladang amal pembuka pintu syurga bila kita Ikhlas mengurusnya.

*Tubuh yang sihat*, adalah rezeki… Bahkan apabila *diuji dengan sakit*, itu juga bentuk lain dari rezeki kerana sakit adalah *penggugur dosa*.

Dan mungkin akan ada jutaan senarai lainnya bentuk rezeki yang kita tidak sedari…

*Suami Isteri dan anak anak sihat* itu rezeki,
*Anak-anak pembelajarannya lancar dan cerdik* itu rezeki.
*Hidup aman bersama sama jiran tetangga* itu rezeki.

Walhal apa yang harus kita waspada ialah ketika hidup kita cukup, penuh dengan kemudahan dan kebahagiaan, padahal begitu banyak hak Allah yang belum mampu atau tidak kita tunaikan… 😔

Mari sebarkan kebaikan dan nikmati rezeki yg Allah amanahkan kepada kita.

*ۚﻭَﻣَﺎ ٱﻟْﺤَﻴَﻮٰﺓُ ٱﻟﺪُّﻧْﻴَﺎٓ ﺇِﻻَّ ﻣَﺘَٰﻊُ ٱﻟْﻐُﺮُﻭﺭِ*

*_… Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu._* (Al-Hadid – 57:20)

Berkongsilah ilmu walaupun satu huruf… Aaminn ya Robb…😁👍

7 cara mengundang rezeki

Ada 7 lagi cara untuk mengundang Rezeki Allah seperti berikut…

– Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 10% dari jumlah pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya MAHA KAYA.

– Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam didatangi rumah orang miskin. Dia angkat sendiri makanan untuk mereka.

– Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia tidak mahu dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.

– Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.

– Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia solat dhuha & berdoa, ketika orang lain sudah sibuk, dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.

– Ada yang mengundang rezeki tiap 1/4 malam bangun solat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redha, hidupnya pun berkat.

– Ada yg mengundang rezeki dengan cara menanam pokok agar semua makhluk bumi boleh menikmati oksigen.

Rezekimu bukan dari bossmu atau pelangganmu.

Tapi dari Allah swt.

Jemputlah rezeki datang dengan cara-cara yang Allah Redhai.

Terapi Ruqyah

*Terapi Ruqyah Syar’iyyah semua Penyakit Medis dan Penyakit Non Medis*

*1.Terapi Membuang penyakit .*

pegang dada kiri bacakan:
Al-Anbiya ayat 83 (7x)
Jika mual dan ingin muntah itu reaksi pengeluaran.

*2.Terapi Migrain.*
pegang kepala yg sakit bacakan :
surat Al-Fatihah 7x.
Al-Hasyr ayat 21 ( 3x.)

*3.Terapi untuk segala macam sakit kepala.*
pegang ubun ubun dan bacakan:
At-Taubah ayat 14.
Yunus ayat 57.
An-Nahl ayat 69.
Al-Isra’ ayat 82.
Fussilat ayat 44.

*4.Trapi penyembuhan mata dan penajaman penglihatan.*
Pegang alis mata dan bacakan surat Qaf ayat :22. (7x.)

*5.Terapi sakit gigi* peganglah pipi dari bagian gigi yang sakit.
Bacakan:
Al-Mulk ayat 23 (7x)
Al An’am ayat 13. (7x)

*6.Terapi sakit tengorokan.*
Perbanyaklah membaca Al-Qur’an.
Minum madu 2sendok makan pagi dan sore.

*7.Terapi mimisan.*
peganglah batang hidung bacakan surat Hud ayat 44 . (7x.)

*8.Terapi sakit telinga*
letakan tangan ke telinga yg sakit lalu bacakan
Al-Hasyr ayat 21 (3x atau lebih)
Ayat Qursi (3x atau lebih)

*9.Terapi Penyakit Kulit.*
Letakan ujung jari pada kulit yg sakit
Bacakan surat Al-Baqarah ayat 259.
Baca sebanyak 3x.

*10.Terapi panu*
Bacakan surat Al-Baqarah ayat 266.
7x

*11.Terapi Bisul.*
Sentuh dengan telunjuk dan bacakan surat Taha ayat 105-107. (7x)

*12.Terapi Penyakit Dada.*
Peganglah dada dan bacakan surat Taha ayat 25-28.
7x atau lebih sampai ringan.

*13.Terapi nyeri dada.*
Pegang dada dan bacakan surat Al -Insyiqaq fuul dan surat yunus ayat 57.
Sebanyak 7x.

*14.Terapi penyakit. Jantung,Struk,Nyeri Lambung.*
Buatlah air minum boleh air zamzam,air putih ,bacakan surat al-Fatihah 7x
Ayat Qursi 7x
tiupkan ke air selesai membaca. Minum air setiap hari sebelum makan coba selama satu minggu atau lebih.

*15.Terapi penyakit Hati.*
Letakan tangan kanan pada posisi hati.
Perbanyak Istigfar
Bacalah surat Ghafir(Al -mu’min)
7 buah kurma di bacakan surat Al- Fatihah 7x lalu di makan.
Perbanyak zikir Laaillahaillallah.

*16.Terapi Kejang.*
Bacakan surat Al -Quraisy ayat 1-2. (7x)

*17.Terapi sengatan ular dan kala jengking.*
Bacakan surat Al-Ikhlas An-Nas Al-Falaq.

*18.Terapi Rematik.*
Letakan tangan kanan pada tubuh yang sakit.
Bacakan surat
Ali Imron ayat 145. (3x)
Al-Anbiya ayat 30 (7x)

*19.Terapi mempermudah proses kelahiran.*
Buatlah air Ruqyah bacakan surat.
Al-Fatihah (7x)
An -Naziat ayat 46 (7x)
Al -Ahqof ayat 35. (3x)
Al -Insyiqaq ayat 1-4 sebanyak 7x.
Air diminumkan dan di balurkan ke perut.
Air boleh air tawar dan lebih baik air zamzam.

*20.Terapi Demam.*
Pegang kening dan bacakan
Al-Fatihah 3x.
Al -Anbiya 69-70. (7x)
Dan buatkan juga air kompres Ruqyah dan ayatnya sama dengan di atas.

*21.Terapi menghilangkan Kesedihan ,kedukaan.*
Baca surat
Al-Fatihah 7x
Al-Insyirah 7x
Perbanyak Istigfar.
Perbanyak zikir Laillahaillallah.

*22.Terapi insomia/sulit tidur.*
Sebelum tidur jalankan sunnah sebelum tidur.
Baca surat Ghafir dan perbanyak
Zikir Laillahaillallah.
Perbanyak mengucap Sholawat kpd Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam
Perbanyak istigfar.

*23.Terapi Penyembuhan Kanker.*
Perbanyak tilawah.
Perbanyak mendengar Al- Qur’an boleh sehari 30 juz atau surat pilihan Al- Baqoroh fuul.
Selanjutnya buat Minyak Zaitun Ruqyah dan rebusan daun sirsak Ruqyah.
Ayatnya:
Al-Fatihah. 7x
Al-Baqorah. 1-5
Al- Baqoroh 164-165 (3x)
Ayat Kursi
Al- Baqoroh 255-257 (3x) Al- Baqoroh 285-286. (3x)
Ali Imran ayat 18 (7x)
Ali Imron ayat 26-27, (3x)
Al-A’raf ayat 54-56.
Al-A’raf 117-119 (7X)
Yunus 80-82 (7x)
Thaha 65-69. (7x)
Al-Mukminun 115-118 (3x)
Al- Hasyr ayat 21-24 (7x)
Al-Ikhlas, An-Nas ,Al-Falaq 7x
Air gunakan untuk minum dan mandi.
Minyak Zaitun untuk di balur.
Lakukan selama 14/30 hari In Syaa Allah sembuh.

Semoga ada manfaatnya.

Silahkan di amalkan dan bagikan ke Saudara/i kita
*Niat karena ALLAH SWT*

Salam Ukhuwah, salam Tauhid
*Barakallahu fiikum*

Muslim

*Kata Dr. Ali As-Sholabi daripada Libya , mengingatkan terdapat 3 perbezaan penting di antara Muslim sebenar dan Muslim yang keras pendirian nya , dalam satu kupasan menarik :*

1 ) *Muslim sebenar ,* sibuk dengan iman nya sendiri , semetara *Muslim yang keras ,* sentiasa sibuk dengan iman orang lain .

2) *Muslim sebenar ,* sentiasa berusaha memasukkan diri nya dan orang lain ke dalam Syurga . *Muslim yang keras ,* akan berusaha memastikan orang lain memasukki Neraka .

3) *Muslim sebenar ,* sentiasa mencari orang lain bagi mohon maaf serta memohon ampun untuk mereka akan kesalahan dan kegelinciran , *sementara Muslim yang keras ,* akan sentiasa mencari kesalahan orang lain dan kesilapan serta kekurangan mereka , bagi menghukum dan bercakap tentang mereka .

*Sebenar nya , sejak sekian lama , kita tidak melihat ulasan dan kupasan yang amat teliti , bagi penyampai nasihat seperti ini , sebarkan sekira nya ada manfaat .*

Nabi Muhammad saw no 1

Michael Hart, pengarang buku *”100 Manusia Paling Berpengaruh”*,telah mengambil masa 28 tahun untuk disiapkan.
Beliau menyenaraikan *Nabi Muhammad SAW Nombor 1* dalam senarai tersebut.
Ketika beliau sedang memberi kuliah di London, beliau disorak dan diganggu. Orang ramai telah mempertikaikan mengapa beliau meletakkan Nabi Muhammad sebagai Nombor 1?
Beliau telah berkata:
“Nabi Muhammad telah berdiri di tengah kota Mekah pada tahun 611 dan telah berkata kepada manusia ketika itu: *” Aku adalah Pesuruh Allah”*
Empat orang telah beriman kepada baginda; SAHABAT KARIBNYA, ISTERI baginda dan DUA orang kanak-kanak!
Sekarang, walau setelah 1400 tahun, bilangan orang-orang Islam telah melebihi 1000 juta dan masih terus bertambah. *Mustahil baginda adalah seorang pembohong, kerana pembohongan tidak akan bertahan sehingga 1400 tahun! Begitu juga tidak mungkin anda boleh membohongi 1000 juta orang!*

Satu perkara yang perlu direnungkan ialah walau selepas sekian lama, jutaan orang-orang Islam tidak akan teragak-agak untuk mengorbankan nyawa mereka untuk hanya satu perkataan yang akan menyakiti Nabi mereka”.

*”Adakah seorang pun dari kalangan orang-orang Kristian yang sanggup bertindak sebegitu untuk Jesus?”*

Selepas itu,seluruh auditorium diam terpaku!

Sekiranya anda mengasihi Nabi Muhammad SAW, kirimkanlah hal ini kepada seluruh kenalan dan kawan-kawanmu yg beragama Islam, sekiranya setiap orang Islam menyebut ; Astaghfirullah wa atubu ilaih,; Astaghfirullah wa atubu ilaih; sekarang dan seterusnya, dalam hanya beberapa saat ribuan juta orang akan menyebutnya dan ia akan meredakan kemurkaan Allah. Kamu tidak akan rugi maka sebarkanlah…Demi Allah saya akan menyebarkannya walaupun saya sedang sibuk.

Serah penjagaan anak kepada Allah

Setiap kali hantar anak ke Taska atau pengasuh, serahkanlah ‘penjagaan’ itu sepenuhnya kepada Allah. Minta Allah jaga anak dan juga jaga hati si penjaganya sebab hati manusia ni Allah yang pegang.

Abah ajar dulu, keluar saja dari rumah pagi pagi tu terus baca ayat-ayat ni:

1. Bismillahi tawakkaltu alallah 3x
(بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ)

2. Bismillahillazi la yadhurru 3x
(بسْمِ اللهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ)

3. Ayat kursi

4. Surah 3 Qul

5. Hasbunall wa ni’mal wakil
(حَسبنا الله و نعم الوکیل نعم المولی و نعم النصیر)

Dah habis baca, hembuskan pada anak. Ayat-ayat ini bukan sahaja untuk hantar anak ke Taska atau pengasuh, tapi juga untuk kita apabila nak keluar rumah. Moga Allah jauhkan segala bahaya dan niat tak baik orang dari setiap penjuru yang kita tak tahu.

Dan apabila kita dah berikhtiar, serahkan sepenuhnya pada Allah. Tetapi jika tetap terjadi musibah itu, sesungguhnya Allah yang lebih mengetahui hikmah disebaliknya.

Wallahu’alam (C&P)

Takziah buat keluarga anak syurga Adam Rayqal. Semoga kuat menghadapi ujian yang berat ini 😢💔

Hari jumaat checklist

Zain MKFAI:
CHECKLIST AMALAN HARI JUMAAT

🌸 Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah;
اللهم صَلٌِ عَلٰى سَيِّدنَِا مَُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَنُبِيِّكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ
وَعَلٰى آلِهِ وصَحْبِهِ وسَلّم
🌸 Membaca Surah Al-Kahfi, Al Imran Dan Ad Dukhan
🌸 Mandi sunat hari jumaat bagi mereka yang akan menunaikan solat jumaat
🌸 Memperbanyakkan berdoa di sepanjang hari jumaat
🌸 Memperbanyakkan membaca Al-Quran
🌸 Memperbanyakkan amalan bersedeqah khususnya sebelum solat
🌸 Memperbanyakkan amalan sunat
🌸 Memotong kuku kaki dan tangan
🌸 Memperbanyakkan zikrullah khususnya istighfar
🌸 Memakai pakaian sunnah, iaitu berpakaian putih
🌸 Memakai wangi-wangian
🌸 Hadir awal ke masjid
Selepas Salam Solat Jumaat, Jangan bergerak atau Mengalihkan kedudukan kaki Dan punggung lalu baca Subhanallahil ‘Azhiimi WABIHAMDIHI. Dan baca Fatihah 7x Dan 3 Qul 7x. InsyaAllah Allah Akan Mengampunkan dosa pembaca dari Jumaat yang lepas Dan akan memelihara pembaca dari melakukan dosa sehingga Jumaat Akan datang.

Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari dimana berlakunya hari kiamat

Baca Selawat Sa’adah di bawah ini 1000x
اللًهُمَّ صَلِ وسَلِّمْ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمُّدٍ وعُلٰى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ ونَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومِ الله

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...