Monthly Archives: March 2018

Kekayaan di usia tua

KEKAYAAN DI USIA TUA

Rata-rata orang menjadi kaya apabila mencecah usia 50 tahun dan ke atas.
Mereka perolehi kekayaan dari pelbagai punca dan sumber semulajadi.

Antaranya:
1. Ada PERAK di rambutnya.
2. Ada EMAS di giginya.
3. Ada GAS di perutnya.
4. Ada KRISTAL di ginjalnya.
5. Ada MINYAK di darahnya.
6. Ada GULA di air kencingnya.
7. Ada KAPUR di tulangnya.
8. Ada INTAN di hempedunya.
9. Ada CINCIN di jantungnya.
10. Ada BATU di pundi kencingnya.

Namun mereka umumnya tidak sombong dan merendah diri.
Ini dapat dilihat dari jalannya yg kian menunduk.

Kekayaan dan sifat yang diperolehi di usia tua ini merupakan suatu mesej dari Allah bahawa kehidupannya didunia hampir tamat dan peringatan untuk bersiap kehidupan akhirat yang kekal.

Jika kita bertemu

Jika kita bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI,
itulah waktunya kita untuk MENIMBA ILMU.

Jika kita bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI,
itulah waktunya kita untuk saling BERTUKAR ILMU.

Jika kita bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI,
itulah waktunya kita untuk MENYAMPAIKAN ILMU.

Jika kita bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT,
itulah waktunya kita untuk MUHASABAH DAN MERENUNG.

Jika kita bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA UMPATAN DAN MENGADU DOMBA,
itulah waktunya kita untuk DIAM & BERLALU PERGI..

💓🌸☝️😊
@Dakwah_Itu_Cinta 🌹🕌🌹

quran

TIPS LEPASKAN DIRI DARI SEKSA KUBUR

Ustaz Ahmad Dusuki @Radio IKIM

■⭐Jangan sekali-kali tinggalkan al Quran. Ini cara mudah lepaskan diri dari seksaan kubur.

■⭐Rumah yg dibacakan al Quran, pada waktu malam rumahnya bercahaya, sehingga dikenali malaikat.

■⭐Jika mati orang yg suka baca al Quran ini, cahaya di rumahnya akan diangkat ke langit & malaikat-malaikat akan tau, “ooo..mati sudah si pembaca al Quran ini, mari kita solatkan rohnya”.

■⭐Di dalam kubur, malaikat akan berlemah lembut dgn mayat.

■⭐Al Quran akan duduk di dada kita selepas kita selesai dimandi & dikafankan & terus menemani kita di dalam kubur.

■⭐Azab kubur bermula sebaik mayat tidak dapat menjawab soalan malaikat.

■⭐Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari.

■⭐Penting 7 hari ini kita mendapat doa dari anak yang soleh supaya hari-hari kita indah di dalam kubur.

■⭐Masa mayat duduk kita akan sedar, “ohh…aku dah meninggal dah”.

■⭐Sebelum mati, tolong pastikan sekurang-kurangnya ada al Mulk dalam dada kita.

■⭐Dalam kubur al Quran akan berkata kepada mayat, aku ini al Quran yg dulu kamu baca dgn suara yang lantang & mendayu.

■⭐Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke syurga.

■⭐Lepas tu baru al Quran akan lepaskan mayat kpd dua malaikat yg akan menyoal.

■⭐Jgn lupa salawat, cintailah Nabi sepenuh jiwa

⭐⭐⭐Jangan lupa share kalau nota ni bermanfaat

ujub

Penyakit *UJUB* ialah perasaan kagum dan bangga diri dengan kelebihan dan kebaikan yang dimiliki.

Ia adalah muqaddimah kepada *takabbur* _(sombong/angkuh)_ apabila dia mula membandingkan dirinya dengan org lain.

_*Imam Ibnu Qoyyim al-Jauziyah rahimahullah*_ (691H1270M) _berkata dalam nasihatnya…_

“Jika Allah mudahkan bagimu mengerjakan *solat malam*, maka janganlah memandang rendah orang-orang yang tidur.”

“Jika Allah mudahkan bagimu melaksanakan *puasa*, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak berpuasa dengan tatapan menghinakan.”

“Jika Allah memudahkan bagimu pintu untuk *berjihad*, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak berjihad dengan pandangan meremehkan.”

“Jika Allah mudahkan pintu *rezeki* bagimu, maka janganlah memandang orang-orang yang *berhutang* dan kurang rezekinya dengan pandangan yang mengejek dan mencela kerana itu adalah titipan Allah yang kelak akan dipertanggungjawabkan.”

“Jika Allah mudahkan *pemahaman agama* bagimu, janganlah meremehkan orang lain yang belum faham agama dengan pandangan hina.”

“Jika Allah mudahkan *ilmu* bagimu, janganlah *sombong* dan *bangga diri* kerananya, sebab Allah lah yang memberimu pemahaman itu.”

“Dan boleh jadi orang yang tidak mengerjakan qiyamullail, puasa (sunnah), tidak berjihad dan sepertinya *lebih dekat* kepada Allah darimu.”

“Sesungguhnya jika engkau terlelap tidur semalaman dan pagi harinya menyesal…
lebih baik bagimu daripada qiyamul lail semalaman namun pagi harinya engkau merasa *TAKJUB* dan *BANGGA* dengan amalmu.”

Sebab tidak layak orang merasa bangga dengan amalnya kerana sesungguhnya dia tidak tahu amal yang mana yang Allah akan terima.”

*sekadar perkongsian n ingatan utk diri sendiri😔

TIPS LEPASKAN DIRI DARI SEKSA KUBUR

TIPS LEPASKAN DIRI DARI SEKSA KUBUR

Ustaz Ahmad Dusuki @Radio IKIM

■⭐Jangan sekali-kali tinggalkan al Quran. Ini cara mudah lepaskan diri dari seksaan kubur.

■⭐Rumah yg dibacakan al Quran, pada waktu malam rumahnya bercahaya, sehingga dikenali malaikat.

■⭐Jika mati orang yg suka baca al Quran ini, cahaya di rumahnya akan diangkat ke langit & malaikat-malaikat akan tau, “ooo..mati sudah si pembaca al Quran ini, mari kita solatkan rohnya”.

■⭐Di dalam kubur, malaikat akan berlemah lembut dgn mayat.

■⭐Al Quran akan duduk di dada kita selepas kita selesai dimandi & dikafankan & terus menemani kita di dalam kubur.

■⭐Azab kubur bermula sebaik mayat tidak dapat menjawab soalan malaikat.

■⭐Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari.

■⭐Penting 7 hari ini kita mendapat doa dari anak yang soleh supaya hari-hari kita indah di dalam kubur.

■⭐Masa mayat duduk kita akan sedar, “ohh…aku dah meninggal dah”.

■⭐Sebelum mati, tolong pastikan sekurang-kurangnya ada al Mulk dalam dada kita.

■⭐Dalam kubur al Quran akan berkata kepada mayat, aku ini al Quran yg dulu kamu baca dgn suara yang lantang & mendayu.

■⭐Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke syurga.

■⭐Lepas tu baru al Quran akan lepaskan mayat kpd dua malaikat yg akan menyoal.

■⭐Jgn lupa salawat, cintailah Nabi sepenuh jiwa

⭐⭐⭐Jangan lupa share kalau nota ni bermanfaat

kenduri

Satu idea menarik

“BERKENDURI” SETIAP HARI

Memandu dalam panas terik, terasa haus dan teringat sekilometer lagi ada orang jual air tebu tepi jalan. Bila sampai, saya memberhentikan kereta dan memesan dua cawan air tebu utk minum dalam kereta dan bawa balik ke rumah

Bila saya menghulur duit kepada penjual, dia yang biasa dengan saya kerana selalu singgah beli air tebunya berkata, “Bang, hari ni dah ada orang bayar. Tadi ada seorang pembeli datang masa saya baru buka, dia serah duit RM50 dan berpesan supaya guna duit tu sebagai bayaran kepada siapa saja yang singgah beli air tebu saya hingga habis duit tersebut. Katanya sedekahnya hari ini.” Subhanallah.

Saya nak ajak anda semua merenung sejenak beberapa iktibar dari insiden ini. Si pembeli ini yang meninggalkan duit untuk membayar minuman kepada siapa saja telah bersedekah seikhlasnya bila dia tidak mengetahui dan tidak mahu ambil tahu siapa yang menerima sedekahnya. Malah memberi minuman disebut Rasulullah SAW sebagai antara sedekah yang utama, apa lagi ketika mereka yang bermusafir di jalan kehausan, yang miskin mahupun yang mengayuh basikal.

Malah mungkin juga yang kaya dan yang berkereta besar akan menerima air tebu ini sebagai sindiran daripada Allah. Mungkin berbuat kenduri di rumah, kita masih terdetik sedikit rasa menunjuk, megah, ujub tetapi cara ini walaupun kecil lebih “selamat” daripada sifat yang merosak amal dalam memberi makan dan boleh dibuat setiap hari.

Mudahnya nak berbuat baik, antara hendak dengan tidak. Kenapa nak tunggu ada beratus atau beribu RM baru nak berkenduri, memberi jamuan makan, minum sedangkan ada sedikit, buatlah sedikit.

Memberi makan atau minum yang disebut dalam Al-Quran bukan mesti buat kenduri di rumah, bukan mesti ada baca tahlil. Di samping itu, kita dapat membantu peniaga kecil yang berusaha untuk rezeki keluarganya.

Si penjual pula dalam insiden ini ternyata seorang peniaga yang amanah. Bukan mesti berniaga berjuta, bersifat amanah dan jujur baru masuk syurga tapi amanah dan jujurlah di tahap manapun perniagaan kita meskipun sekedar perjual nasi lemak, In shaa Allah moga kita beroleh syurga.

Penjual air tebu ini boleh terus melenyapkan wang yang diamanah kepadanya kerana tiada siapa yang tahu, tetapi dia tidak berbuat demikian. Peniaga yang beginilah yang patut kita beri sokongan, moga urusniaganya dengan kita menjadi kebajikan. Moga lebih banyak peniaga yang demikian, kerana berniaga juga suatu sunnah dan menjadi amal soleh.

Lihatlah bagaimana Allah SWT mengatur rezeki untuk peniaga yang amanah ini di mana RM50 adalah bersamaan 35 cawan air tebu yang mungkin telah sebahagian daripada jualannya hari itu. Sesungguhnya yang menggerak hati untuk bersedekah adalah Allah SWT dan Dialah memilih hamba-Nya yang amanah.

Jom kita menjadi insan yang amanah dan jujur dalam apa juga kerja yang kita buat. Jom kita berbuat baik, bersedekah dengan apa cara pun. Kreatiflah juga dalam memberi. Berhentilah daripada memberi alasan tidak cukup duit, tidak ada masa nak berkenduri, tidak ada ruang untuk bersedekah.

Apa kata saya cadangkan suatu hari kita taja sedikit minuman di kantin sekolah atau di kafeteria tempat kita kerja yang tentunya ada anak yatim dan miskin serta “staf yang memerlukan” yang turut mendapat minuman, menaja nasi lemak yang dijual oleh seseorang di awal pagi, menaja goreng pisang yang dijual waktu petang dan sebagainya.

Hakikatnya ia adalah kenduri, memberi makan seperti yang disuruh oleh Rasulullah SAW, yang boleh selalu dilakukan, yang tidak dibuat di rumah, lebih menyenangkan, tiada khemah, tiada jemputan, tiada sambutan tetapi ganjaran tidak berkurang berbanding berkenduri di rumah yang lebih banyak karenah.

Fikir fikirkanlah, kalau tak setuju, berilah senyuman, kalau setuju, jom kita mulakan.

Wallahu’Alam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...