Monthly Archives: January 2018

Aku Melihat..

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.

Allah menjamin rezekiku, sejak 9 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.

Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, “Dari mana dan digunakan untuk apa”

Kerana rezeki hanyalah “hak pakai”, bukan “hak milik”…

Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.
Jujur bila berkata,
Hayati bila membaca,
Ikhlas bila menerima…

_semoga bermanfaat_
#SHARE

Peringatan

*PERINGATAN SESAMA KITA*

​AKU MENYINDIR DIRI KU SENDIRI​

Tidak tua,
tidak yang muda,
tidak laki-laki,
tidak perempuan,
kalau sudah letak HP,
ditinggal sekejap dilihat lagi,
ditutup sekejap dibuka lagi…

Semua sangat sayang dan cinta pada yang namanya​ HP…

Pergi ke mana-mana, HP dalam poket…

berkumpul kawan dan teman bawa beg sandang isinya mesti ada HP…

Sehari HP boleh keluar masuk dari beg atau poket baju lebih dari lima puluh kali… he…he…😝

Habis mandi lihat HP…

Habis menyapu lihat HP…

Habis masak lihat HP…

Habis cuci baju lihat HP…

Habis makan lihat HP…

Habis saja tetamu pergi lihat HP…

Bangun tidur lihat HP…

Tengah malam terjaga lihat HP…

Pendek kata setiap masa mesti HP…

Kerana setianya dgn HP data tinggal sedikit cepat-cepat gi topup..

Lowbat satu strip kalut cari pengecas bateri…

Internet lemah ‘siput’ terus marah dan dimaki…

Apa lagi kalau “ngam” low bateri letrik plak terputus TNB yang dipersalahkan … he…he…

suami / isteri panggil pura-pura tidak dengar, HP nya bunyi cepat-cepat lari mencari di mana HP …ha…ha…😁

selesai jer satu kerja atau apa saja, yang dicari mesti HP…

Kalau perempuan, namanya
​Nokia Binti Samsung​.

Kalau laki-laki, namanya
​Sony Bin Lenovo​.

Semoga saya tidak ‘berjangkit’ virus spt itu.

Yang terasa dirinya seperti itu jangan senyum-senyum sendiri…

Nanti suami / isteri kita tidak faham dengan sikap kita.

​DOA UNTUK KITA YANG CINTA HP​ :
“YA Allah, ampuni dosa-dosa ku yang ada HP ini Ya ALLAH, kerana aku :

1. Lebih banyak mengisi kredit HP daripada memberi sumbangan di Masjid / Surau.

2. Lebih banyak baca
SMS / WhatsApp / FB daripada membaca Al-Quran.

3. Lebih kerap update status daripada update ‘keimanan’ diri kepada-Mu, Ya Allah…

4. Lebih suka buka BLUETOOTH daripada BERLUTUT SUJUD BERDOA.

5. Kerap Telefon tapi jarang menziarahi sanak KELUARGA.

6. Isi Relod RM 30 tidak puas, tapi nak derma RM 1 ke tabung masjid terasa byk sangat.

7. Kalau dengar HP bunyi terus saja cepat-cepat angkat, tapi bila terdengar azan di masjid/surau buat tak tau saja…

Ya Allah, Ya Tuhan ku… ampuni dosa-dosa ku yang ada HP ini…

Dan semoga HP yang aku ada ini memberi manfaat buat kepentingan beribadah kepada-Mu Ya Allah…

Dan semoga sahabat2 dan kaum keluarga ku yang seperti ku juga diampunkan dosa-dosa kami, Ya Allah. Aamiiin.

bukan menyindir, tapi mengingatkan diri ku sendiri. Terima kasih dan mohon maaf jika ada yang tersinggung, aku juga tersinggung, hanya untuk renungan lembut tapi nyata.

Renung renungkanlah…

Senafas ke Barzakh

KEPADA GROUP YG DISAYANGI…

*Kepada teman2 yg sudah mencapai umur 40an’, 50an, 60+*

Ini ada beberapa
nasihat yg baik yang boleh dipraktikkan.
Lakukannya demi kehidupan yang lebih bahagia.

*Nasihat pertama*

Cubalah berurut urat saraf 7 kali setahun untuk lancar perjlnan darah. walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf.

*Nasihat kedua*

Banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.

*Nasihat ketiga*

Cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.

*Nasihat keempat*

Kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.

*Nasihat kelima*

Jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh temeh.

*Nasihat keenam*

Biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.

*Nasihat ketujuh*

Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.

*Nasihat kelapan*

Banyakkan gurau senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan.

*Nasihat kesembilan*

Banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.

*Nasihat kesepuluh*

Bersedekah,berzakat dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke jalan fisabillilah semoga saham2 ini membantu kita di akhirat kelak.In syaa Allah..

*Nasihat kesebelas*

Makanlah makanan sunnah .Dengan usia dalam lingkungan ini macam2 penyakit mengejut boleh datang.Ingatlah orang yang tersayang..Duit boleh dicari tapi tanpa kesihatan yang baik duit yang banyak tiada makna jua..

*Semoga beroleh manfaat*

Senafas Ke Barzakh : https://goo.gl/N91mmH

Potassium berlebihan

Copy n Paste

DURIAN JADI PEMBUNUH
Oleh: Dr Mohd Syamirullah

Sejak seminggu dua ini, di hospital tempat saya bertugas, kami mendapati peningkatan kes-kes jantung (serangan jantung dan tekanan darah tidak terkawal), kencing manis (diabetis ketoacidosis dan paras gula tidak terkawal) yang sangat ketara. Saya sendiri selaku pegawai perubatan nefrologi (buah pinggang) menerima beberapa kes pesakit buah pinggang yang berkomplikasi sehingga ada yang terpaksa dihantar ke hospital besar, bahkan ada yang meninggal dunia.

“Makcik nak makan durian..dah sembilan tahun sejak dia disahkan menghidapi penyakit buah pinggang, dia tak pernah sentuh durian. Jadi semalam dia minta kat anak dia..makan seulas sahaja.. sedar-sedar pagi ini dah keletihan, sesak nafas, sakit dada.” ujar seorang gadis muda, sambil mengurut-urut dada ibunya yang laju.

Pesakit ini datang ke jabatan kecemasan dengan bacaan serum potassium setinggi 7.3. Rentak jantungnya (ECG) menunjukkan sinus arrest, dengan kadar denyutan jantung hanya 32 per minit. Hemodialisis kecemasan dilakukan, hanya menurunkan bacaan serum potassium untuk sementara sahaja sebelum kembali meningkat.

Beliau meninggal dunia akibat kegagalan jantung (cardiogenic shock).

POTASSIUM

Ada banyak jenis mineral dan garam galian yang diperlukan oleh badan manusia. Kalsium, fosfat, magnesium, potassium, sodium adalah diantaranya. Kesemua galian dan garam mineral ini, dikawal kandungan dan kuantitinya oleh buah pinggang kita. Tidak boleh terlalu kurang, dan tidak boleh terlalu lebih.

Potassium, adalah sejenis bahan galian dan unsur elemen yang penting bagi tubuh manusia. Ia bertanggungjawab ke atas fungsi otot untuk mengecut (contraction). Kekurangan potassium, dipanggil hypokalemia, contohnya disebabkan muntah atau cirit birit yang berterusan boleh menyebabkan seseorang menjadi lemah, sengal dan lenguh seluruh badan, cramping dan muscle ache (myalgia).

Terlebih potassium pula, dipanggil hyperkalemia, boleh membahayakan nyawa kerana ia mengganggu fungsi contraction otot jantung. Hyperkalemia, adalah sebuah medical emergency yang perlu dirawat SEGERA, kerana ia boleh menyebabkan cardiac arrhythmia bahkan asystole.

Bagi orang yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang, khususnya end stage yang bergantung kepada dialisis, mereka ini tidak lagi boleh menghasilkan air kencing. Tubuh badan mereka tidak lagi boleh mengeluarkan bahan-bahan kumuh yang antaranya terdiri daripada garam mineral dan zat yang berlebihan ini. Dalam kes ini, potassium.

Umum mengetahui, bahawa antara makanan yang paling banyak mengandungi potassium, adalah pisang. 100 gram pisang, mengandungi 358 mg potassium. Yang keduanya, adalah sayur bayam (spinach). 100 gram bayam mengandungi 558 mg potassium.

Namun tak ramai yang mengetahui, dua jenis buah-buahan tempatan kita sebenarnya mempunyai kandungan potassium yang tinggi. 100 gram durian mengandungi 436 mg potassium, iaitu lebih tinggi dari pisang. Begitu juga dengan nangka, 100 gram nangka mengandungi 448 mg potassium, lebih tinggi dari keduanya.

Atas sebab itulah, saya menggesa kepada anda yang mengenali sesiapa sahaja sama ada ahli keluarga, jiran mahupun rakan yang menghidapi penyakit kerosakan fungsi buah pinggang, khususnya yang bergantung kepada dialisis, agar BERPANTANG buah-buahan ini. Ia boleh meragut nyawa mereka.

BERPANTANG dalam erti kata mengurangkan atau kalau boleh, berhenti terus pun tak apa. Mungkin sekali sekala hanya dalam kuantiti yang sedikit, bukannya sekaligus. Secara kasarnya, pesakit buah pinggang tetap memerlukan dietary potassium yang mencukupi, iaitu sekitar 1500 ke 2000 mg sehari. Pendek kata jika pesakit mahu makan durian, maka kurangkan makanan high potassium lain seperti yang dinyatakan di atas.

Jangan pula tengahari sudah makan gulai nangka, malamnya hendak menjamah durian pula!

Saya kongsikan di sini, sebuah case study yang berlaku di sebuah hospital di tanah air : http://e-mjm.org/2011/v66n1/Hyperkalaemia.pdf

Bahkan sebenarnya, KURMA yang kita selalu makan, mengandungi kandungan potassium yang jauh lebih tinggi. 100 gram kurma mengandungi 656 mg potassium, hampir dua kali ganda pisang.

Cumanya, kita lazimnya jarang mengambil kurma dalam kuantiti yang banyak mencecah 100 gram. Kita biasa makan ketika berbuka puasa dalam jumlah kiraan ganjil sahaja, kerana itu ia jarang memberi kesan kepada kita.

Namun awas, kerana mutakhir ini ada banyak produk yang memproses kurma. Ada yang dijadikan jus yang sudah tentu memekatkan konsentrasi potassium yang ada didalamnya. Ada yang menjadikannya cokelat, ada yang diproses dalam minuman seperti kopi dan sebagainya.

Tapi, kurma kan makanan Nabi? Makanan “sunnah”? Mustahil lah ia boleh bawa keburukan.

“Itula dengar sangat cakap doktor ni, doktor ni semua kan belajar ilmu dari yahudi, sampai tak reti nak bezakan mana sunnah. ”

Dalam bidang toksikologi, kita ada sebuah prinsip asas yang dipanggil sola dosis facit venenum, bermaksud “the dose makes the poison.”

Kita juga ada dalam bidang farmakologi, sebuah subbidang khas dipanggil farmakokinetik yang mengkaji tentang bagaimana tubuh badan manusia memproses setiap bahan khususnya ubat-ubatan.

Setiap tubuh badan manusia secara individu, mempunyai kapabiliti tersendiri memproses setiap bahan yang ada.

Bagi manusia yang sihat seperti kita, habiskan sebijik durian pun tak apa. Kerana buah pinggang kita sihat, ia boleh mengkumuhkan dan membuang potassium berlebihan.

Tetapi bagi pesakit ESRD, ini tidak boleh bagi mereka. Mereka tidak boleh mengkumuhkan potassium, sebab itulah hatta seulas durian pun boleh membahayakan nyawa mereka.

Begitu juga dengan pesakit ESRD dan kegagalan fungsi jantung. Mereka ini, PANTANG air berlebihan.

Air, benda yang bagus bagi manusia. Bahkan kita digalakkan meminum sehingga 4 litre air sehari.

Tetapi ini, tidak benar bagi pesakit ESRD dan CCF. Mereka ini, hanya dibenarkan meminum sekitar 500ml air sahaja. Sekiranya lebih, air ini tidak dapat dikumuh keluar dan akan berkumpul di kaki sembab, bahkan sehingga ke paru-paru menyebabkan sesak nafas.

Begitu juga contoh seterusnya, nasi untuk pesakit kencing manis. Benar, nasi tu makanan berkhasiat dan berzat. Namun sudah tentulah pesakit kencing manis, tidak boleh mentekedarah nasi seperti orang sihat.

Atas sebab itulah, saya mengambil kesempatan ini menyeru kepada kita semua, agar BERHATI-HATI dengan sesetengah pihak yang bermotifkan keuntungan menjual “bahan-bahan beracun.”

Mereka ini mengambil kesempatan atas keterdesakan dan atas nama “ikhtiar” seorang pesakit, serta memanipulasi dan memomokkan dengan ketakutan ke atas “bahan kimia”.

Bahkan ada yang sanggup menggunapakai nama agama. Arwah seorang ahli keluarga saya sendiri, antara yang terpedaya, mengamalkan “kopi habbatussauda” kerana terpengaruh dengan dakwaan penjualnya bahawa ia mampu menyembuhkan penyakit darah tinggi yang dihidapinya. Beliau dihasut dengan dakwaan ubat hospital tidak boleh menyembuhkan, boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dsb, dan disuruh mengamalkan ‘perubatan sunnah’ iaitu habbatussauda. Kesudahannya, kombinasi darah tinggi yang tidak terkawal dan faktor pengambilan kaffein yang berterusan, beliau meninggal dunia akibat strok (angin ahmar).

Berhati-hatilah dengan apa sahaja yang dipanggil “natural” kerana apa yang “natural” bagi seorang, mungkin menjadi “pathological” bagi seorang yang lain.

Dapatkan nasihat doktor YANG MERAWAT ANDA, bukannya orang sebarangan, hatta saya sekalipun sering ditanya di FB “bolehkah saya ambil supplemen ini”, saya tidak akan menjawabnya kerana saya tidak mempunyai maklumat mengenai kesihatan orang yang bertanya. Saya tidak tahu fungsi buah pinggang anda normal atau tidak, fungsi hati anda ok atau tidak, apa masalah kesihatan yang anda ada.

Akhir kata, orang yang bertanggungjawab atas kesihatan anda, first and foremost adalah diri anda sendiri. Justeru buatlah pilihan yang selamat dan letakkanlah kepercayaan kepada orang yang betul. Kerana in the end, yang akan menanggung kesannya, adalah anda sendiri.

jangan tertipu pasal servis kereta

JANGAN TERTIPU dan DITIPU LAGI.

1> Minyak hitam

Minyak hitam yg bukan sintetik tu setiap 5,000 km @ 3 bulan whichever is earlier. Kalu yg sintetik – mungkin 7,500 km atau 10,000 km.

2> Filter

Sama seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa – 5,000 km. Minyak Synthetic – 7,500 km hingga 10,000 km. Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)

3> Spark plug

20,000 km ikut schedule maintenance book Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal…benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje…Harga sekitar Rm 20-25 untuk 4 biji.

4> Bateri kereta

18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan…kalau kita selalu topup air suling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa topup dan selalu kering. 6 bulan pun bateri boleh kong!

Free maintenance battery lain pulak ceritanya…tak payah top up air, harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu…so, beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai. BOSCH, CENTURY… tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!

Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. Bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama. Kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L…begitu la citernya!

5> Timing belt

60,000km untuk kereta Proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000 km dan Honda CRV tahan sampai 160,000 km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000 km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun! Mekanik pun sengeh aje la, buat apa tolak rezeki dari duit orang!

6> Clutch plate

Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom “clutch slipping” berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan, sebab tu mereka kata bila 100,000 km baru tukar clutch!

7> Fuel Filter

Tukar aje la sekitar 40,000 km sekali. Benda ni pun murah Rm 15-20 je.

8> Air Filter

Ditukar setiap 20,000 km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.

9> ATF (Automatic Transmission Fluid)

Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000 km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000 km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar…jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak yang bikin servis. Caj hanya sekitar Rm 200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari Rm 100…ikut saiz kereta anda!

10> Gear Oil

Untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.

11> Brake Fluid & Power Steering Fluid

Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

12> Radiator Coolant

Sebotol Rm 15-20… selalunya warna hijau! 60,000 km boleh la tukar sekali! Kalau air radiator korang warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13> Air-Cond Belt / Alternator Belt

Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-Con & juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian “ribs”nya dah ada “crack-crack” yang halus…maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin admin ingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau masa “3 bulan” “6 bulan” & seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan @ dalam English nya lebih dikenali sebagai “Preventive Maintenance”

14> Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alat ganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran!

15> Contohnya, kalau kita buta-buta ikut apa yg di syorkan oleh pembuat alat ganti. Contohnya “shock absorber” perlu diganti setiap 20,000 km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.

16> Minyak hitam mineral untuk 5,000 km / 3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000 km / 6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000 km / 1 tahun. Kalau boleh hati-hati beli minyak hitam di kedai spare sebab banyak minyak cap ayam yang disediakan khas untuk tipu orang. Botol mungkin ada cap Castrol, Shell, Petronas, Eneos & lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah made in China. Dalam satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel tertentu. Bos mereka ini sentiasa mengarahkan pekerja untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refil serta bubuh seal baru supaya dapat mengaut keuntungan dari duit orang. Elok beli minyak di stesen minyak – confirmed genuine. Unless kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang kita beli tu.

17> Minyak gear manual ditukar setiap 40,000 km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000 km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus untuk kereta lama – bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF – ditukar setiap 20,000 km. Sama macam di atas.

18> Flush? kalau dalam buku takde kata – maka tidak perlu. Air filter pun sama – 20,000 km. Coolant – tukar tiap-tiap 20,000 km. Nak tukar tiap-tiap 50,000 km pun boleh dengan syarat guna air suling @ RO water. Timing belt – ditukar setiap 80,000 km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000 km(Wira 1.6) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi & ia selalu inspect timing belt keretanya. Merekah takda, gigi still elok – tak perlu tukar. Aircond belt, alternator belt, power steering belt – tukar semasa tukar timing belt @ apabila nampak crack.

19> Water pump

Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke-2. Let’s say kita tukar timing belt setiap 80,000 km, maka apabila kita menukar timing belt untuk kali kedua pada 160,000 km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge.

20> Spark plug

Every 20,000 km @ selagi plastik kat tengah tu masih putih & tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak – engine dah agak uzur & kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus – minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket – tukar apabila minyak leaking kat area tu @ sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Orang panggil nie top-overhaul.

21> Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000 km. Tapi ada gak yang 80,000 km kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugak skit.

22> Brake pad

Tukar bila haus @ bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yang lain.

23> Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yang di letak di dalam blok enjin. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000 km ikut ketetapan pengeluar Jepun tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear & tear timing belt yang dibuat dari adunan getah, plastik & fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000 km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000 km. Admin tak begitu pasti tentang ini.

24> Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000 km bagi semua enjin straight 4 twin spark & juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik yang kerek & cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000 km. Tak perlu tukar pada 30,000 km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus & enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000 km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service & penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sebagai ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda & Toyota. Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya.

25> Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. Ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00 km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sedia kala…………

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...